Pada umumnya, SEO terbahagi dua bahagian iaitu on-page optimization dan off-page optimization. Off-page optimization merupakan satu aspek penting di dalam pengoptimuman enjin carian (SEO). Off-page optimization bererti SEO terhasil daripada luar laman web atau blog, di mana ia dibina melalui backlinks dan meningkatkan populariti laman web atau blog.
Sebelum itu, saya galakan anda semua memahami dahulu apa itu anchor text dan mengetahui kepentingan anchor text dalam backlinks. Di mana anchor text amat-amatlah penting di dalam SEO, mungkin anda tidak sedar bahawa hampir semua artikel di dalam internet ini pasti terdapat anchor text.
Tips Dalam Menggunakan Anchor Text Untuk Off-page Optimization
- Gunakan teknik anchor text dalam membina backlinks. Jangan gunakan gambar kecuali anda benar-benar inginkannya.
- Bina anchor text yang mengandungi keyword yang berkaitan untuk laman web atau blog anda. Jika tiada, gunakan anchor text yang berkaitan dengan laman web atau blog anda.
- Pastikan anchor text yang ditulis benar-benar relevan dengan halaman yang dituju. Jangan sesekali anchor text anda menyatakan Piala Malaysia, tetapi halaman yang dituju ialah berkenaan Piala Dunia.
- Sebaiknya anchor text berada di dalam perenggan yang berkaitan dan mirip dengan halaman yang dituju. Jika halaman yang dituju mengenai filem 2012 dan anchor text yang digunakan adalah kiamat maka sebaiknya perenggan untuk anchor text berada juga berkaitan dengan filem 2012 dan tema akhir zaman.
- Sebaiknya aturkan anchor text yang menuju ke laman web atau blog anda:
- Apabila anda memasang link ke laman web atau blog anda sebagai signature forum, pastikan anchor text itu berkaitan dengan halaman anda.
- Pastikan link exchange yang dilakukan dengan blogger lain menggunakan anchor text yang betul, sebaiknya sediakan anchor text untuk mereka.
- Memasang link pada artikel dan di halaman lain, pastikan menggunakan anchor text yang betul dan berkaitan dengan halaman anda.
Itulah di antara tips mudah untuk anda semua dalam menggunakan anchor text pada off-page optimization. Ditekankan bahawa penggunaan anchor text adalah penting dalam membina backlinks dan bagi meningkatkan populiriti sesebuah laman.
Saya tahu, bahawa ramai blogger gemar bertukar-tukar link. Tapi pastikan ianya memberi faedah kepada kita, bukan sekadar link exchange sahaja. Biar kuantiti kurang, janji kualiti tidak berkurangan.
nak buat terasa malasla pulak..kene usaha lebih nie…
thanks atas informasinya yang sangat bermanfaat
sama-sama, semoga dapat membantu para blogger sekalian. 🙂
payah jugak nak faham ni..
tapa, study slow2. apa yg tak faham tya je.
salam bro. bleh tolong bg contoh anchor text tu?saya kurang faham apa itu anchor text. malu bertanya sesat jalan kan? tu yang kene buat muka tak malu nak tanya.hehehe
anchor text? mudah sahaja, macam nak buat link dalam blog atau laman web. pastikan perkataan untuk link tersebut ada kena mengena dengan link tersebut, mcm contoh dunia kiamat dikaitkan dengan link sinopsis filem 2012. faham tak? hehe
wah.. terima ksih bro.. selama ni baca dalam BI pening gak nak paham…
samalah ng aku, kalau dalam BI tu. berulang kali kot aku baca. baru faham. 🙂
bab on page atau off page optimization, seo, backlink dan apa kejadahnya..aku tak berapa faham sebenarnya secara detail. Aku sendiri kalau suruh terangkan apa benda seo tu kekadang susah nak terang kat orang. Yang aku tahu, aku buat ajer apa yang orang kata macam SEO, tup-tup, first page. Aku rasa faktor usia sesebuah blog banyak mainkan peranan penting. Kalau kena plak dengan gabungakn keyword dan tag, memang senang-senang trafik masuk.
betul tu, usia kematangan sesebuah domain juga memain peranan penting. ditambah pula dengan susunan SEO yang baik, PR yg tinggi juga turut membantu. tetapi kalau rajin buat backlink, lagi senang nak duduk di first page SERP. serius, cubalah join SEO contest dan buat backlink banyak-banyak. serius boleh menang. 🙂
yg pasal link entri ke lain tu penting jugak..takut tersalah link pulak
tahu takpa, kadang2 takut gak tersalah content. kalau nak tgk contoh terbaik, amanz.my lah. dia memang rajin bab in bound link ni. 🙂
lupa dah pasal anchor text nih. takut plak pasal anchor text yang berlainan content tuh. mau tanya la, kalau camni bleh tak, contohnya la entri tips exam dalam entri tuh jugak kita masukkan sekali link entri sebelumnya macam tips exam PTD ke, yang sewaktu dengannya tapi pasal tips exam jugak cuma exam yg lain la.
boleh jer, dalam contoh tu. pastinya tips exam adalah main keyword, memang sesuailah dengan anchor text tu. tapi kalau boleh kaitkan sekali. 🙂
ohhhhh.. paham cikgu
tima kasih dgn ilmu ini cikgu.. saya dah tauuu
sama-sama, jikalau ada masalah. sila ajukan soalan, insyaAllah cikgu akan membantu. ewah2, sejak bila tah jadi cikgu ni. haha
mcm susah je nak dptkan link exchange yg berkualiti..
mudah sahaja, sediakan code untuk link exchange. kasi dorang copy paste jerk. 🙂
anchor text memang penting.. salah satu teknik nak bagi backlinks , tapi ken pastikan betul2 (berkaitan)..
betul tu bro, kalau anchor text berlainan dgn content. akan dikira spammer. baik matilah. hehe
tudia,,blog ni paling banyak anchor aku tengok,,hehe..nice bro
aku pun dh pratikkan benda ni
haha, mana ada. biasa jerk, ada lagi blog lagi byk kot. hehe, praktik saja bro. tak rugi pun, untung ada la. 🙂
lama tak baca pasal nih…
blur2 sudah bermula,but thanks utk entri ini
most welcome bro, biasalah bro. ilmu SEO ni takda penghujungnya, kalau tak ikuti dari awal. memang blur abis. hehe
terbaiklah bro. menambahkan lagi ilmu pasal seo ni. aku kadang2 malas nak bagi backlink dalam entri ke blog sendiri. kadang2 takde yang berkaitan pun. so, aku bagi backlink pada blog yang lain. hehe
aku pun blur2 gak ni.. maknanya bina backlink ke blog sendiri ek..
yurp, untuk meningkatkan pageview. itu dipanggil inbound link, kira link berlegar-legar dalam laman kita sahaja. 🙂
untuk in bound backlink sebenarnya lebih kepada pageview, kalau ada orang klik link tersebut. maka meningkatlah pageview kita. kalau out bound backlink, ada baik juga. memberi rujukan kepada orang lain serta boleh meningkatkan populariti laman kita. itu kefahaman aku, menumpang PR laman lainlah katakan. 🙂
in bound link yang aku malas nak buat selalu. hehe. aku rasa lebih senang buat out bound link sebab dapat tumpang PR blog lain. tu le pasal. 😀
betul tu, tumpang dan menumpang. tetapi harus diingat, limitkan setiap out bound link pada setiap entri. pastikan jgn lebih daripada 3, kalau tak boleh kena pelnati sebagai backlink spammer. 🙂
thanks bro atas infonya. hehe
most welcome bro, kalau ada masalah. tanya jerk, insyaAllah aku boleh bantu. 🙂
dah paham sikit2…petang2 ni otak selalu je blur… nanti nak duduk pahamkan lagi…
haha, biasalah tu intan. ilmu kalau nak dalami kena ambil masa juga. bukan setakat sekali baca sahaja. kena berulangkali. insyaAllah, boleh kuasai.
Salam, ha’ah betul tu isa 🙂
tapi kadang-kadang yan pun tak terbuat mcm nie 😛
haha, biasalah yan. kadang2 sy pun lupa nak buat benda ni semua. tambah2 pula nak kaitkan dengan entri lain2. 🙂