Masalah Pinjaman PTPTN Terbongkar

Sudah hampir sebulan lebih saya berada di tempat saya belajar iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk semester terakhir pembelajaran saya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Pelbagai dugaan dan masalah yang saya terpaksa harungi sepanjang saya berada di UniMAP.

Paling menyedihkan lagi apabila keadaan ibu saya di kampung masih dalam keadaan yang kurang memuaskan ditambah pula bapa saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu di rumah. Tambahan pula, perniagaan runcit di rumah semakin teruk. Hinggakan untuk mendapatkan RM50 pun tidak mampu dicapai, barang-barang untuk dijual juga sudah tiada.

Masalah demi-demi masalah yang muncul dalam kehidupan saya sekarang, terbaru masalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terpaksa saya hadapi. Pada kebiasaannya, duit pinjaman PTPTN akan masuk ke akaun saya selewat-lewatnya seminggu selepas buka semester baru.

Kini sudah hampir sebulan lebih semester baru dibuka, pinjaman PTPTN saya masih tidak masuk. Kemudian saya merujuk ke Jabatan Bendahari UniMAP pada 3 Januari untuk mengetahui masalah yang dihadapi, kemudian saya diminta untuk merujuk terus dengan PTPTN. Pihak PTPTN memaklumkan saya melalui emel pada 5 Januari, pihak universiti masih belum membuat pengesahan.

Apa yang saya fikir mungkin dalam seminggu lagi perkara ini akan diselesaikan, tetapi hinggalah semalam pinjaman PTPTN saya masih tidak masuk. Dalam masa itu juga saya ada bertanyakan masalah pengesahan dengan Jabatan Bendahari, saya diminta untuk merujuk HEPA. Semalam saya telah ke HEPA untuk mendapatkan maklumat pengesahan saya.

Alangkah terkejutnya saya apabila pihak HEPA telah memaklumkan kepada saya bahawa nama saya berada di dalam kelompok kedua. Iaitu pelajar mempunyai status akademik P1, di mana Purata Nilai Gred (PNG) kurang daripada 2.0. Memang benar saya tidak mengambil peperiksaan pada semester lepas, ini kerana saya tidak mengambil apa-apa kertas untuk menduduki peperiksaan. Hanyalah projek akhir tahun (FYP) yang tidak memerlukan peperiksaan dan memerlukan sekurang-kurangnya dua semester untuk mengeluarkan PNG.

Saya telah merujuk masalah ini dengan pihak Unit Peperiksaan UniMAP, mereka telah menyatakan terdapat masalah pada sistem dan mereka meminta saya meninggalkan nombor telefon untuk menghubungi saya kelak. Baru saya tahu mengapa pinjaman PTPTN saya tidak masuk, rupanya status akademik saya P1.

Masalah ini telah memberikan kesukaran kepada saya, tambahan pula saya dimaklumkan kemungkinan pinjaman PTPTN saya masuk pada awal Februari depan. Bagaimana saya hendak menyara hidup saya di sini, dengan hutang pada rakan-rakan juga telah mencecah ratusan ringgit. Itu dengan rakan-rakan, dengan pihak Maxis lagi yang tidak henti-henti menghubungi saya mengenai bil yang tertunggak.

Tekanan saya dibuatnya, bagaimana saya hendak makan kalau duit poket kosong. Malah negatif lagi adalah, aktiviti saya seharian juga kian terbatas. Maklumlah, hampir semua perkara memerlukan wang. Kenapalah hidup ini memerlukan wang, wang dan wang? Ya Allah, ringkanlah beban yang hambaMu pikul ini. Permudahkanlah hidup hambaMu ini, kepadaMu jua aku berserah.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

52 thoughts on “Masalah Pinjaman PTPTN Terbongkar”

  1. Ingat lg..zaman aku dulu (thn 2002) ade yg xdpt loan sampai 6bln. Aku sendiri dpt loan pas 3bln study, tu pn sbb byk kali aku gi Wisma Chase Perdana utk jumpe pegawai dia sendiri….kalo x maybe akupn xdpt loan.

    sengkek beb masa tu…hanya Allah yg tau

    Reply
    • biasalah tu, tapi kita tak boleh salahkan pihak PTPTN. mungkin menjadi masalah apabila pinjaman terdahulu tidak dibayar lagi.

      Reply
      • itu cite 10thn lps.
        sbnrnya..aku bsyukur gak sbb dpt loan ptptn. kalo xde loan, maybe xpt nk smbg blaja.
        yg aku xphm skarg ni nape dh meminjam pastu liat nk bayar. beli kete interest 4% blh lak bayar tp loan study 3% dijadikan issue.
        sungguh aku xpaham…

        Reply
        • tahu takpa, mana silapnya aku pun tak tahu. pinjam waktu study boleh plak. duit tu pun bukan beli buku sangat pun, siap beli hp baru lagi. bila kena bayar, liat ya amat.

          Reply
          • rase2 ade org nak pecaya x kalo aku ckp…semua loan ptptn blh jadi FOC (Percuma)….

            info: aku ni almost nk dpt 3rd grade degree…tapi aku blh jadikan loan ptptn aku ni…PERCUMA.

            Reply
  2. arghhh.. nape tyka punye pt tak masok lg ?
    padahl budak len batch yang same dah masok dah. pelik kan. pastu pt kate takde masalah. rase bank islam y problem nih. tah mcm mane wat keje tah. hish,. geram betol laa

    Reply
  3. owh….pernah mnjadi pemimpin pelajar n pernah mndapat kepimpinan gemilang ye….tahniah!! tp ini lagi pelik n mushkil laa…da dpt anugerah sedemikian pn masih lg pegawai2x layan isa seperti bola pingpong??

    Reply
  4. jangan nak tunggu mpp yang mulakan…yg pegang mpp pn dr kalangan pelajar jugak so bukan senang untuk menjaga kebajikan semua pelajar dlm uniMAP 2….jadi kite sendiri la usaha untuk berjumpa dan ceritakan masalah ini pd mereka…insyaAllah dorg akan mainkan peranan n membantu…

    Reply
    • haha, lawak pun ada dengan komen ni. macamlah sy ni tak pernah menjadi pemimpin pelajar, kalau tak. takkan saya pernah dapat anugerah kepimpinan gemilang unimap. 🙂

      Reply
  5. salam….cadangan jew: setiap institusi kan ade mpp/jpp cerita masalah ini pd diaorg…insyaAllah diorg boleh tolong. tidak pon pergi jumpe terus ngan pegawai kebajikan or pegawai hal ehwal pelajar kat UniMAp 2….=)

    Reply
    • mpp? susah benar nak cari mpp kat unimap ni. dah pergi berjumpa dengan pelbagai pegawai di unimap ni. macam bola ping pong dibuatnya. 🙂

      Reply
  6. Pingback: Monthly Review – January 2011 — Blog Mohd Isa
  7. pening bila fikirkan masalah berpunca daripada sistem pengurusan yang tak efisien. samalah kita, pernah alami situasi yang hampir sama cuma aku dulu bukan kes berkaitan dengan PTPTN, tapi kes gred mata pelajaran tak dikreditkan dalam transkrip

    Reply
    • itu lagi besar masalahnya, tp kalau diikutkan samalah. sebab klu tak ubah status akademik aku tu, maybe akan keluar pada transkrip kelak.

      Reply
  8. bro, banyakkanlah bersabar. Ingatlah bahawa segala rezeki kita dalam dunia yang sementara ini semuanya datang dari Allah S.W.T. Berdoalah kita kepadaNya agar segala perkara yang susah kita hadapi selama ini diringankan. Insyaallah Dia akan menolong umatNya yang sentiasa ingat kepadaNya

    Reply
    • insyaAllah bro, aku dah byk bersabar kot. tapi takpalah, maybe ini ujian daripadaNya. aku terima dengan redha, bro. nnt aku menulis lg kat blog ko blh?

      Reply
  9. pernah terjadi pada aku… terpaksa kerja pasar borong punggah sayur2an, sejam derang bayar rm15(masa tu) aku ambik 4 jam sehari untuk tampung perbelanjaan… nasib baik makan derang support. Harap bersabar bro dengan dugaan2 ini…

    Reply
  10. mana MPP bahagian kebajikan.. adoi.. wakil pelajar tak ambik cakna kot, ke kita tak alert mereka ni wujud? apa2 pun cube kite terjah ke MPP,tgok kredibility mereka.. muahahaha, ada barang2 menarik bgtahu,leh aku promote

    Reply
    • aha, baru aku ingat. mana MPP yerk? tak nampak rupa pun. hoho, takda hal bro. bila nak wat promotions. aku tlg hebahkan. terbaik punya. 🙂

      Reply
  11. Sabar ye.. itulah yang boleh aku sumbangkan. Namun kalau kita renungkan halus2.. ramai manusia yang berada dikedudukan yang ‘berjaya’ adalah manusia yang pernah melalui kesusahan dan keperitan hidup. Kerana kesusahan itu telah mengajarnya erti ‘sebuah kehidupan’. Allah itu maha adil.. jika kita bersabar dengan dugaannya, maka Allah akan membalas dengan berlipat kali ganda. Yakinlah.. Allah kan ada.

    Reply
    • terima kasih bro, atas kata2 peransang yg diberikan. mudah2an dengan apa yg aku lalui sekarang ini memberi seribu hikmah kelak. insyaAllah aku akan terus berusaha dan berdoa kepada Allah. terima kasih sekali lg bro.

      Reply
  12. Sabar bro, banyak lagi orang lain yang senasib dengan ko ni. Paling penting adalah terima dengan hati yang terbuka dan minta kepada yang Maha Esa.

    Reply
  13. Xpe bro.. Dugaan kita dalam menuntut ilmu tu ada hikmahnya.. Siapa tahu suatu hari nnt bro akan jadi org yang lebih senang dan masa tulah bro akan teringat zaman bro sekarang. Masa itulah bro akan dapat didik org lain & lebih menghargai apa yang bro jalani sekarang.. Jai dulu pun mcm bro.. Pagi ke kulian, balik petang masuk kje kul 10 mlm smpai 7 pagi.. Kul 9 nak masuk kuliah balik.. Bila diingat2 kembali, ada hikmahnya dan boleh hidup selesa mcm sekarang. Yang penting bro bersabar dan sentiasa berdoa.. Mmg kesilapan tu daripada pihak mereka, tapi bila difikir2kan, ada hikmahnya..

    Reply
    • jai study mana dulu? oklah tu ada tempat nak kerja. mcm aku, kat perlis. mana ada kedai buka 24jam, 7e adalah. nak kerja siang, ptg kena pegi training. pg nak kena buat projek. mlm dah penat. tak tahu nak buat macam mana lagi.

      Reply
  14. 🙂
    kalau fikir mmg pelik sebab masalah ko sama dengan aku.,
    ni pon aku baru balik dari bendahari, dalam seminggu dye kata masuk..
    ingatkan aku sorang yang bernasib macam ni..
    hutang keliling pinggang da..

    Reply
    • itulah, aku dah dekat sebulan lebih tak masuk2. last2 baru aku dapat tau, yg nama aku dalam kelompok kedua. memang pressure abislah. rasa nak mengamuk pun ada. hutang usah cakaplah, dah menimbun.

      Reply

Leave a Comment