Jom Menangi Duit Raya RM200

Salam sejahtera, salam Ramadhan dan salam 1Malaysia. Sudah hampir sebulan kita berpuasa, bermakna raya pun bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ada yang sibuk menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sempena menanti ketibaan bulan Syawal nanti, saya ingin hebahkan sebuah contest oleh rakan saya iaitu saudara Tuan Sidiq yang baru membuka blog self hosting di cdiqlife.com baru-baru ini. Contest memenangi duit raya yang menawarkan hadiah berjumlah RM200 memang mudah untuk disertai.

Anda hanya perlu menyambung ayat di bawah ini tidak kira berapa panjang pun, janji ianya menarik dan lebih menarik. Pastikan ia sekreatif yang mungkin, kerana pemenang akan dikira melalui ayat yang kreatif sahaja.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana …

Berikut adalah hadiah yang bakal anda menangi dengan mudah sahaja.
Hadiah Idea Kreatif:

  • Tempat pertama: RM100
  • Tempat kedua: RM30
  • Tempat ketiga: RM20
  • 2 hadiah saguhati: RM10

Hadiah Blog Referral Terbanyak:

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10

Apa tunggu lagi, sertailah sekarang juga. Mana tahu, anda adalah seorang yang bertuah untuk memenangi hadiah pertama iaitu RM100. Untuk keterangan lanjut dan syarat-syarat contest ini bolehlah layari Contest: Menangi Duit Raya Sehingga RM200 sekarang juga.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

45 thoughts on “Jom Menangi Duit Raya RM200”

  1. Kalau sebagai hadiah suatu pertandingan, nilainya kecil sahaja. Tapi sebagai duit raya, RM100 tu banyak juga! Dah 15 tahun saya tak rasa duit raya. 8 orang yang layak untuk menang kan?.. best gak kalau masuk ni hehe.

    Reply
    • biasalah tu, bukan mudah nak menawarkan hadiah yang lumayan. tambahan pula yang menganjurkan contest adalah student dan tanpa penaja. sekadar menghargai pembaca dan blogger. apa lagi, sertailah. mana tahu ada rezeki dapat duit raya tahun ni. 🙂

      Reply

Leave a Comment