Tips Meningkatkan Link Popularity

Sebelum ini saya ada kongsikan 10 perkara penting dalam SEO, pada entri kali ini saya akan kongsikan tips bagaimana meningkatkan Link Popularity sesebuah blog atau laman web. Tahukah anda apa itu Link Popularity? Mungkin sebahagian daripada anda sudah pernah mendengar malah sudah memahaminya.

Untuk pengetahuan anda, Link Popularity adalah sangat berkait rapat dengan Search Engine Optimization (SEO). Kerana melalui link popularity ini juga mampu meningkatkan pagerank dan trafik sesebuah blog atau laman web.

Link Popularity merupakan sebuah standard atau sebuah parameter di mana blog atau laman kita memiliki banyak pautan atau link yang berasal dari blog atau laman web lain. Pautan atau link ini biasanya dikenali dengan Backlink atau Inbound Link, di mana ia merupakan bahagian yang amat penting untuk meningkatkan trafik ke blog atau laman anda sehingga ia mampu meningkatkan segalanya yang menjadi tujuan blog atau laman anda dibina.

Pada kebiasaannya, anda pasti bertanya bagaimana hendak mendapatkan pautan atau backlink dari blog atau laman web lain. Di bawah ini saya kongsikan beberapa cara atau tips untuk meningkatkan Link Popularity anda dan sebagian besar anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan Link Popularity tersebut.

10 Tips Meningkatkan Link Popularity

  1. Daftar Blog Anda Pada Pelbagai Direktori
    Ini adalah amat mudah kerana terdapat ribuan Web Direktori yang telah tersedia untuk anda daftarkan blog anda secara percuma hinggalah ada yang berbayar. Namum sebahagian besar web direktori ini adalah percuma dan mudah untuk dilakukan. Cara ini adalah penting untuk anda jika ingin mendapatkan kunjungan yang signifikan. Pilihlah Web Direktori yang berkesan.

    Link Popularity 01
    DMOZ dan Yahoo! adalah dua nama besar untuk web direktori terbesar di dunia. DMOZ adalah percuma tetapi ianya adalah sangat sukar untuk anda mendaftarkan blog atau laman di sana. Namun, jika sudah berjaya mendaftarkan blog anda di sana pasti ada perubahan pada trafik ke blog anda.

    Selain itu juga, anda boleh mencuba dengan pelbagai web direktori dengan mencari “free web directory” di enjin carian seperti Google. Pasti terdapat pelbagai laman yang menyediakan khidmat web direktori secara percuma buat anda semua. Buat pengetahuan anda, Google dan Yahoo! juga ada menyediakan perkhidmatan web direktori.

  2. Berforum Secara Aktif
    Cara ini juga dapat membantu anda meningkatkan Link Popularity anda, carilah forum yang boleh menempatkan link atau URL blog anda di bawah komen ataupun topik yang dibincangkan oleh anda. Atau ianya lebih dikenali sebagai signature.
  3. Meninggalkan Komen Pada Blog Lain
    Selain itu, anda juga perlu aktif meninggalkan komen di blog lain tertutama blog yang memasang plugin CommentLuv dan lebih bagus lagi blog tersebut adalah blog DoFollow. Teknik ini merupakan sudah menjadi kebiasaan kepada blogger di seluruh dunia. Harus diingatkan, jangan pula anda menjadi seorang spammer. Untuk itu anda digalakkan meninggalkan komen yang menarik dan bukan sekadar meninggalkan jejak di ShoutBox kerana ia tidak memberikan kesan kepada blog anda.
  4. Artikel Pemasaran
    Link Popularity 02
    Teknik ini mungkin jarang diamalkan oleh blogger di Malaysia. Artikel Pemasaran merupakan sebuah teknik pemasaran melalui artikel yang anda tulis. Seperti membuat ulasan atau review terhadap sesebuah produk untuk dijual seperti program affiliate yang anda sertai. Kemudian anda boleh mengirimkan artikel anda ke direktori pemasaran seperti EzineArticles, eHow, ArticleBase, GoArticles, Buzzle dan lain-lain.
  5. Social Bookmarking
    Link Popularity 03
    Mudahkan pembaca blog anda untuk menambahkan link blog anda ke berbagai laman Social Bookmarking seperti Delicious, StumbleUpon, Digg, Reddit, Google Bookmark, Yahoo Buzz dan lain-lain. Ini lebih mudah dengan menggunakan fasiliti daro ShareThis atau AddThis. Tapi bagi saya untuk blog berbahasa Melayu, cukuplah sekadar menggunakan butang Retweet, Facebook Share dan Google Buzz seperti yang saya gunakan.
  6. Membuat Press Release
    Tahukah Anda apa itu Press Release? Ia adalah seperti pengumuman atau pemberitahuan di mana anda boleh memberithu keadaan blog anda. Sebagian besar laman khusus press release membenarkan anda menambahkan URL blog anda sehingga ia menjadi backlink ke blog anda. Namun sayang kebanyakan laman yang menyediakan press release bersifat berbayar seperti PRWeb, WebWire, Free Press Release dan agak susah untuk mencari yang percuma.
  7. Menjawab Pertanyaan
    Link Popularity 04
    Yahoo! Answer adalah sebuah laman yang sangat baik untuk menambah backlink dan meningkatkan trafik blog anda. Carilah pertanyaan yang mampu anda jawab dan mampu dijawab dengan jawapan yang terbaik di antara yang terbaik. Yang pasti, anda jangan lupa meninggalkan URL blog anda sebagai rujukan kepada penanya.
  8. Beriklan
    Iklan teks adalah sangat berkesan berbanding iklan banner. Oleh yang demikian carilah laman yang menyediakan slot pengiklanan untuk anda iklankan blog anda. Sudah pasti di Malaysia ini mempunyai banyak laman yang menyediakan khidmat pengiklanan secara percuma.
  9. Maksimumkan Penggunaan Jaringan Sosial
    Link Popularity 05
    Sudah pasti di antara anda memiliki akaun Facebook, Friendster, Myspace dan Twitter. Jadi gunakan ia sebagai landasan anda memperkenalkan blog anda. Terutama melalui Facebook dan Twitter. Dengan Facebook anda boleh membuka Group atau Fan Page untuk membincangkan setiap entri atau artikel yang anda tulis. Jangan lupa menambahkan url artikel tersebut. Twitter pula adalah medium pantas untuk anda menghebahkan entri atau artikel tebaru di blog anda.
  10. Link Berbayar
    Cara lain yang cukup efektif sebenarnya adalah beriklan dengan membayar sejumlah wang untuk diletakkan secara tetap pada sebuah laman iklan yang membawa hasil signifikan. Terdapat dua cara untuk melakukannya, pertama adalah anda membeli link pada di laman yang menyediakan jaringan atau Ad Network seperti TextLinkAds, LinkWorth, Infolinks dan sebagainya. Kedua adalah dengan membeli review seperti ReviewMe, PayPerPost, SponsoredReviews, BlogVertise, BuyBlogReviews dan lain-lain.

Sumber: Yudhitech Dot Com

Nota Popular: Hidup Seorang Blogger untuk berkongsi dengan segala ilmu yang ada, jika terdapat salah dan silap harap diperbetulkan untuk kita bincangkan bersama-sama. Hidup Blogger! 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

71 thoughts on “Tips Meningkatkan Link Popularity”

  1. Tips yang menarik!! dari tadi saya duk pusing-pusing blog ini membaca artikel-artikel yang amat bermanafaat. Thanks!! teruskan usaha….

    Reply
  2. pertanyaan saya kenapa blog saya tak terindex kat yahoo sedangkan saya sudah submit url kat yahoo. ataupun yang sesuatu perkara yang perlu saya buat..

    Reply
  3. Pingback: Pautan Penting Dalam SEO — Blog Mohd Isa
  4. Sy boleh katakan pernah membuat kerja2 yg Isa listkan diatas tapi untuk adsense. Kdg2 frust bila website kita masuk sandbox

    Reply
    • mister linky? macam mana tu, sebab saya tak pernah pula pasang benda tu. kalau setakat buat backlink di page lain, rasanya lebih berkesan.

      Reply
  5. artikel yang berguna untuk semua bloggers. Yang penting kandungan blog kita haruslah bermanfaat dan menjadi tempat pengguna Internet membuat rujukan atau mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan..

    Reply
  6. bro..memang terbaik bro! sumer teknik ada..tapi nak rajin buat backlink lah yang susah tuh..kalo yang jenis disiplin buat 5 backlink sehari cukup lah..3 bulan dah cukup kot nak bersaing untuk keyword mantap..huhu

    Reply
    • itulah, kalau rajin buat backlink memang bestlah. tambah kalau dapat buat backlink kat domain yg PR dia tinggi2. pergh, memang masyuk abislah. 🙂

      Reply
    • sebenarnya banyak perkara yang perlu diketahui di dalam seo ni. link popularity hanya sekadar sub topik di bawah seo. terdapat banyak lagi sub topik yang perlu dipelajari. 🙂

      Reply
    • tahu takpa, aku dah pening tgk DMOZ tu. cam mana nak taruk link pun aku tak tau. haha, mimpi jela jawabnya. itulah, yahoo! kena bayar. tapi kalau nak bayar better menulis dalam english. baru benar-benar berbaloi. 🙂

      Reply
    • pergh, takdalah mantap sangat. aku sekadar berkongsi ilmu yang aku pelajari dari blogger-blogger lain juga. apa orang kata, lebih berkat ilmu tu jika dikongsi. betul tak?

      Reply
    • betul tu zik, hidup seorang blogger bukan sekadar menulis. bahkan berkongsi segala ilmu yang ada. jadi, sama-samalah kita berusaha. 🙂

      Reply
  7. kenapa aku nampak penerangan tentang CommentLuv diulang 2 kali? 1 tu dah btul dalam tajuk.. 1 lagi ntah camne ada kat dalam isi ‘berforum secara aktif’.. adakah aku telah semakin rabun? oh tidak~

    Reply
    • ayark, baru aku pasan. aku lupa plak nak buang dalam forum tu. sbb time aku wat draft memang aku masukkan berforum ng komen bawah sub topik yang sama. jap aku betulkan. thanks bro. boleh plak aku tak nampak. 🙂

      Reply
  8. Pingback: Tips Meningkatkan Link Popularity — HIDUP SEORANG BLOGGER « Resetter Download
  9. Memang penting langkah2 yang disebutkan di atas.. cuma kita yang x terasa nak buat.. itu yang Pr tak naik2, Kena bersikap agresif, aktif dan pantas kalau nak hasil yang memuaskan dari blogging.

    Terima kasih untuk perkongsian! 😀

    Reply
    • sama-sama, aku pun nak kena praktikan balik sementara ada masa yang terluang ni. sebelum ni asyik tak sempat sahaja. 🙂

      Reply
  10. betul tu. tapi perlu diingat jangan terlalu obses nak litak link nnt orang menyampah pulak sampai Spam orang.

    anyway nice tips.

    Reply
  11. nice list bro..heran aku cmne ko boleh list banyak2 ni.hehe..mmg terbaik tips ni…sape2 yang main seo mmg penting kot benda ni…kena pelajari ni.

    Reply
    • nak heran apanya, sambil menyelam minum air. tp jgn minum sekarang, batal plak puasa. melawat blog orang, kalau ada benda yang menarik. kita boleh kongsikan di blog kita tapi dengan cara kita sendiri. macam aku lebih berminat untuk kongsikan ilmu2 seo. 🙂

      Reply
  12. Pingback: IMCurtain.com
  13. Pingback: pligg.com

Leave a Comment