Salam sejahtera dan salam muafakat membawa berkat, semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Semoga malam Jumaat ini dipenuhi dengan pelbagai ibadah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada yang Satu.
Hari ini saya ingin kongsikan lagi sebuah lagi laman sosial yang memudahkan anda merapatkan silaturrahim sesama manusia. Anda tidak perlu mendaftar atau membuka akaun baru, cukup sekadar mempunyai akaun Facebook ataupun Twitter.
Dengan Savor Chat anda boleh membuka sebuah bilik sembang (chat room) sesama rakan, amat mudah. Anda hanya perlu login dengan menggunakan akaun Facebook mahupun Twitter, kemudian buka sebuah bilik dan jemput rakan-rakan anda untuk berbual sampai bila-bila yang anda suka.
Apa tunggu lagi, jom sertai saya di Savor Chat. Saya sudahpun membuka sebuah bilik untuk para blogger di Malaysia, pasti banyak perkara yang boleh dibincangkan di sana. Terutama dalam mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama blogger.
Savor Chat – Group Chat for Facebook and Twitter. Jom sertai saya di Malaysian Blogger sekarang juga! Jangan lupa dapatkan juga Google SEO Starter Guide 🙂
akan mencubanya.hehe..thanks share bro…
cubalah bro, mana tahu bro boleh buka komuniti ke kat sana. tp tak ramai lagi yg guna savor chat tu. 🙂
smart Isa..banyak explore benda baru..thanks pasal nih..lagi satu aku suka theme thesis nih laju load..smart pun smart ngan watermark ko..masyukk..hehe..cari kat DIY kan ?
takdalah explore semua benda baru, byk lagi yg tak explore ni
kalau ko g DIY alamat kena bayar la
ni aku dapat dari underground jerk
hehe
macam menarik je…
hehe
bagi aku memang menarik, tapi itulah tak ramai yg join lagi. hehe
mantap bro, nanti ada masa aku cuba. yeah
coba, jangan tak coba. tak ramai lagi yg guna tu. hehe
macam2 benda la.. tak terlayan nak join semua…..
haha, itulah pasal. tak tahu nak join yang mana. hehe
wahh best ni jap nak try
haha, aku baru je try. tak ramai org lg yg guna. memang best. mudah untuk berkomunikasi. hehe
wah best2… boleh nak chat dengan ramai2.. ek
boleh bro, aku tgk test ni. jom la join aku kat Malaysian Blogger tu. aku tgh wat experiment. hehe