Malaysia Terbaik Di Delhi

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Syukur alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang untuk terus bernafas dan mampu menaip sebuah lagi artikel buat anda semua.

Jika sebelum ini saya ada kongsikan sebuah perkhidmatan dalam talian buat pengguna Facebook dan Twitter di mana anda boleh berbual dalam sebuah bilik (chat room) melalui Savor Chat dengan gembiranya dan sebuah ebook buat pengamal SEO daripada Google iaitu SEO Starter Guide. Kali ini saya ingin kongsikan khas buat rakyat Malaysia, kejayaan yang diluar jangkaan telah dilakarkan oleh atlet Malaysia di Sukan Komanwel yang berlansung di Delhi, India.

Malaysia telah berjaya mengumpul 12 pingat Emas dan telah melepasi sasaran awal iaitu 10 Emas, selain 10 Perak dan 13 Gangsa. Dengan Badminton menyumbang 3 Emas dan 1 Emas dari atlet gimnas kita pada hari terakhir Sukan Komanwel di Delhi. Selain itu, yang lebih membanggakan. Ia merupakan persembahan terbaik Malaysia dalam beberapa edisi Sukan Komanwel.

Kutip 4 emas lagi untuk lakar sejarah baru

KONTINJEN negara berundur dari temasya New Delhi sambil gah mengibar Jalur Gemilang semalam – segala-gala terarah kepada episod gembira dengan tambahan empat pingat emas buat mengatasi sasaran awal dan melakar sejarah pencapaian terbaik dalam temasya Sukan Komanwel.

Jumlah itu – tiga dari badminton dan satu dari ratu gimnas berirama, Elaine Koon – memberi pungutan keseluruhan 12 emas buat mengatasi angka 10 yang ghairah disebut-sebut sebelum ini.

Elaine – nama yang kurang diberikan perhatian – membutirkan emas ke-10 selepas membuat kejutan memenangi acara gelung gimrama selepas beregu campuran, Koo Kien Keat-Chin Ee Hui memulakan buruan pada awal pagi.

Dua emas bonus menyusul daripada Lee Chong Wei dan Kien Keat-Tan Boon Heong untuk mencipta rekod unik pencapaian terbaik di luar gelanggang sendiri, selain mengatasi angka 10 di Kuala Lumpur 1998.

Di Melbourne 2006, kontinjen negara pulang dengan 7-12-10.

“Kita menang beberapa emas daripada acara yang tidak dijangkakan dan ini turut membantu pencapaian terbaik kita,” kata Chef de Mission, Tan Sri Abdul Halil Mutalib.
“Syabas kepada atlit negara yang buat kita bangga dan kini harus bersiap lebih mantap untuk temasya 2014.”

Pencapaian kali ini membanggakan ketika kontinjen negara mengutip purata satu emas setiap hari sejak temasya bermula 4 Oktober lalu.

Sumber: Berita Harian

Semoga dengan pencapaian ini dapat meningkatkan lagi semangat altlet Malaysia untuk terus berjuang dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Syabas buat atlet Malaysia! Malaysia Boleh!

Keputusan Penuh Pungutan Pingat Sukan Komanwel Delhi 2010

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Malaysia Terbaik Di Delhi”

  1. Pingback: Malaysia Berjaya Mendapatkan Emas Ke-9 Sukan Asia 2010 — Blog Mohd Isa
  2. alah rugi meng choo … susah gak ..kalah final dekat tuan rumah nie…tertekan dibuatnya… kecuali lindan lawan dtk LCW masa piala thomas hari tuh… itu bengkek namanya… grr , takpelah janji hari tuh dah terbalas…..hehe

    Reply
    • itulah pasal, kalau tak semua emas badminton malaysia boleh rembat. kita tunggu sukan asia plak, baru ada lawan sebenar malaysia. hehe

      Reply
  3. kalau tak, boleh dpt 1 lg emas kot (emas ke-13).. tp wong mew choo over confident yg akhirnya memakan diri sendiri.. tak pasal2 dia pulang dgn pingat perak je.. apa2 pun, tahniah buat semua atlet malaysia yg beraksi kat delhi tu..

    Reply
    • itulah pasal, kalau boleh dah 13 emas. tp nak buat mcm mana, dah nasib mew choo camtu. lawan plak peserta tuan rumah. hehe, hope lepas ni dia akan lebih berjaya.

      Reply
  4. perkembangan Malaysia yang baik untuk sukan komanwel.
    harapnya sukan olimpik nanti pun kita akan bertambah hebat.

    paling aku suka bila skuad badminton kita pamerkan aksi cemerlang
    walaupun hafiz hashim dengan mew choo tak dapat emas, tapi oklah mew choo dpt perak. permainan chong wei dgn regu emas pulak memang enjoy n bersahaja. ni yang semangat nak main badminton balik ni 🙂

    Reply
    • betul tu, hope malaysia dapat bersaing di arena yg lebih tinggi seperti olimpik. badminton memang da best la setiap edisi komanwel. hehe

      Reply

Leave a Comment