Kata Kunci Merupakan Perkara Terpenting Dalam SEO

Salam 1Malaysia dan salam kemerdekaan, sudah agak lama saya tidak menulis mengenai SEO. Seperti yang saya janjikan kepada yang ingin belajar mengenai ilmu SEO dan ingin mengetahui apa itu SEO dengan lebih mendalam. Saya kongsikan entri seterusnya mengenai SEO iaitu kata kunci merupakan perkara terpenting dalam SEO.

Kata kunci merupakan elemen terpenting dalam SEO untuk semua Agen Carian. Ini kerana Agen Carian bergantung kepada frasa carian (string) semasa proses carian dijalanakan. Mungkin ia kelihatan mudah tetapi kita haruslah mempelajarinya dengan sangat mendalam untuk memilih dan menggunakan kata kunci dengan lebih baik. Beberapa kajian atau percubaan perlu dilakukan agar pemilihan kata kunci yang tepat dan betul digunakan selain kita mengoptimumkan penggunaannya.

Pemilihan Kata Kunci Yang Tepat Untuk Dioptimumkan

Beberapa puluh tahun yang lepas, satu laman web boleh berada di kedudukan yang tertinggi hanya menggunakan satu perkataan untuk kata kunci. Sekarang, dunia internet telah dilambakkan dengan ribuan laman web setiap hari menjadikan ketumpatan untuk kata kunci semakin meningkat. Jadi penggunakan dua atau tiga untuk kata kunci adalah lebih relevan.

Anda boleh lakukan sedikit eksperimen atau percubaan menggunakan kata kunci solo yang mana ianya teramat mudah untuk berada di tahap tertinggi (top 10) untuk seminggu. Tetapi akan jatuh dengan mudahnya ke tangga ke 30 atau 50 selepas seminggu kerana persaingan yang besar dari laman web yang lain yang telah menggantikan tempat laman web anda.

Jadi untuk mengatasinya, cuba masukkan beberapa frasa gabungan kata kunci untuk tags sebagai sandaran kepada kata kunci solo untuk meraih kedudukan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, katakan kata kunci pilihan anda adalah “web“, hasilkan beberapa variasi tambahan seperti “web 2.0“, “web teknologi” dan “pembangunan laman web“. Contoh ini bukanlah perkara penting untuk pengoptimuman agen carian tetapi langkah ini meluaskan skop dan idea mengenai “web”.

Oleh yang demikian, anda perlulah bijak menentukan sesebuah kata kunci yang ingin anda sampaikan dalam setiap entri anda. Pelbagaikan frasa gabungan kata kunci untuk tags, meletakkan tags yang banyak dengan frasa gabungan kata kunci juga adalah amat digalakkan.

Nota Kunci: Untuk mengetahui lebih apa kepentingan kata kunci dalam SEO, jangan lupa melanggan Blog Mohd Isa melalui email dengan memasukkan email anda di ruangan sidebar yang telah disediakan. Terima kasih.

Kredit: Kripkorn Studios

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

66 thoughts on “Kata Kunci Merupakan Perkara Terpenting Dalam SEO”

  1. Pingback: Teknik SEO — Blog Mohd Isa
    • kalau ikut keyword semasa, better rujuk berita semasa atau hiburan semasa. itu untuk keyword semasa, kalau keyword untuk jangka masa panjang. sila guna keyword tools di google adwords. cuba masukkan keyword dan bandingkan global monthly search dan local search…kalau permintaan byk…itulah keyword terbaik. tp kena tengok pesaing gak. 🙂

      Reply
    • kalau pandai guna lagi senang kot bro, tambah plak kalau adsense di blog kita. memang sesuai sgtlah pakai adword keyword tool tu.

      Reply
  2. tapi ada yang aku tak paham bab keyword ni. contoh aku buat tentang kereta proton. aku letak “kereta protona” sebagai keyword. macam ko kata kat atas, gunakan phrase yang relevan. kalau aku letak “jual beli kereta” macam mana plak tu sedangkan dalam entry aku tak der pon tentang jual beli kereta ni?

    Reply
  3. Pingback: Ketumpatan Keywords Dalam SEO — Blog Mohd Isa
      • ouuchhhh…
        i c..
        thank kongsi…
        makin buka mata sknk ttg SEO ni…
        tapi itulah makan masa jugk…
        tak pe2 slow2…bro kn ada..haha

        Reply
        • betul tu, setiap perkara memerlukan masa bukan
          lagi pun ilmu seo ini meluas
          jadi perlu mengambil masa yang panjang untuk difahami
          banyakkan bereksperimen dengan keyword
          nanti mantaplah
          🙂

          Reply
  4. Pingback: Pemilihan dan Penetapan Keywords Dalam SEO — Blog Mohd Isa
    • thanks bro, mudah-mudahan apa yang aku kongsikan ni dapat dimanfaatkan oleh blogger kita.

      psst…macam mana dengan projek kita? nak go on ke idak…kalau tak aku nak minta kebenaran dari ko, aku nak mempelbagaikan projek kita. mcm blogging tips dan thesis tutorial. aku tgk dah byk blogger kita gunakan thesis ni. 🙂

      Reply
    • memang tahu pun, ada caranya lagi yan.
      kalau yan perasan la.
      setiap keyword yg org guna
      pasti ada di setiap perenggan.
      🙂

      Reply
  5. Dulu penah terpikir untuk kejar SEO yang tinggi
    Tapi lama2 macam niat berbloggin kerana minat makin pudar
    Last2 lupakan hasrat nak kejar trafik
    Cuma berblogging kerana minat dan sharing kepada pembaca 🙂

    Reply
    • betul tu, niat kita adalah untuk berkongsi
      tapi kalau apa yang kita kongsikan tidak ada yang menerima bagaimana pula
      betul tak?
      jadi, bagi aku. aku kongsikan apa yang patut dan memudahkan apa yang kita kongsikan untuk di cari.
      barulah itu dikira perkongsian yang betul
      🙂

      Reply
  6. Pingback: Tweets that mention Kepentingan Keywords Dalam SEO — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  7. yaaaa! keyword plg penting. hoho. prefect explanation,bro! senang nak faham compare sesetengah tu,.. ayat dia,pitam nak baca T___T dah la guna term2 canggih kan hehe

    Reply
    • haha, tahu takpa. kata kunci adalah segala-galanya. yeke, yang ini mudah lagi kot. byk lagi part yang perlu di ketahui. nantikan entri seterusnya. kita guna term2 yang paling simple. insyaAllah. 🙂

      Reply
  8. memang keywords sgt penting…
    jadi pandai2 la bereksperimen ye hehe…
    post2 lama tu tetap orang berkunjung jugak macam kat blog aku 🙂

    Reply
    • aku pun masih dalam proses nak memahaminya dengan lebih mendalam. bro tulis sahaja, mana tahu kita mempunyai pengetahuan yang berbeza. 🙂

      Reply
  9. Nak bersaing solo keyword memang tak dapat sebab ia dah dibolot oleh high PR website spt Wkipedia etc. Jadi kita kena bijak membentuk log tail keyword kita sendiri.
    Petua yang saya pakai -lebih baik tersenarai sekali sekala di mukasurat 1 SERP (search engine results page) daripada kerap tersenarai tapi di mukasurat 10.

    Reply
    • betul tu, tapi sekarang ni susah nak jumpa orang yang mencari single keywords. better letak keyword yang berfrasa lagi bagus.

      betul2, tersenarai itu satu bonus dari tak tersenarai lansung. 🙂

      Reply
  10. Pingback: IMCurtain.com
  11. Pingback: pligg.com
  12. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment