Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga para pembaca semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa hendaknya demi menyambut bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke-53 buat negara kita yang tercinta Malaysia, tanah tumpah darahku. Syukur alhamdulillah aku ucapkan kepadaNya, semoga bulan ini penuh dengan keberkatan kepada seluruh umat manusia.

Dengan rasa yang amat bersyukur kepada Allah swt, Blog Mohd Isa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan kepada seluruh umat manusia dan rakyat Malaysia khasnya. Bulan Syaaban bakal melabuhkan tirainya, maka bulan Ramadhan akan menjelma. Seluruh umat Islam akan berpuasa, bagi memberkati bulan yang mulia ini. Mari ketahui beberapa kelebihan bulan Ramadhan ini.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya:

  1. Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

    “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

    Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

  2. Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”

    Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi

  3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :

    “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”

    Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi

  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

    Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah.”

    Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

  5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

    Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ”

    Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Semoga apa yang disampaikan di atas, dapat memberi semangat kepada kita untuk terus menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan sentiasa dirahmati olehnya. Sempena bulan kemerdekaan ini juga aku ingin menyerukan kepada seluruh rakyat Malaysia dapat mengebarkan bendera kebanggaan Malaysia, Jalur Gemilang. Demi mengenangkan sejarah kemerdekaan Malaysia. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

34 thoughts on “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan”

  1. Assalamualaikum Bro Mohd Isa,
    Satu peringatan shahdu melembutkan hati , sedia menyambut bulan al-mubarak penuh barakah penuh keimanan keikhlasan beribadat , semoga penghuni bumi umat Rasulallah ini dirahmati, amien.

    .. saya pernah post 2 komen , ingin rakam tk for responding & return vst.

    Reply
    • InsyaAllah, semoga di bulan yang dinantikan ini kita semua mendapat keberkatan daripadaNya. Teruskan beribadah dan beramal dengan seikhlas hati kita.

      Sama-sama.

      Reply
  2. aku masih ingat lagi kalau bulan pose mesti cite umah kedai glamer gile..hehehe..time balik sekolah agama akan lepak depan tv layan cite umah kedai.. 🙂

    Reply
  3. Tak sabaq tunggu bulan puasa, sifat sabar dapat tanam dalam diri 🙂 aku suka..time pas terawikh yang plg best…selamat berpuasa bro Isa & selamat menyambut hari kemerdekaan tak lama lagi..:D

    Reply
    • betul-betul, tp paling best. time berbuka, makan ramai2 dari makan di hari2 biasa. g bazar. best moment. hehe, thanks bro. salam ramadhan dan salam merdeka buat bro juga. 🙂

      Reply
  4. tak sabar nak tunggu ramadhan, bulan yang dinanti2 oleh semua umat islam…

    jom kita rebut2 buat amal dan pahala di bulan yang mulia bulan ramadhan 🙂

    Reply
    • jom2, menambahkan amal dan ibadah kepadaNya. insyaAllah dikurniakan pahala berlipat kali ganda di bulan ramadhan nanti.

      Reply
  5. Pingback: myebuzz.net
  6. Pingback: pligg.com

Leave a Comment