Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

SARA 1Malaysia. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian. Baru-baru ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1Malaysia.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapat rendah. Perlaksanaan skim SARA 1Malaysia yang dilancarkan setelah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

Melalui skim SARA 1Malaysia tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sehingga RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Kelayakan untuk memohon skim SARA 1Malaysia tersebut adalah seperti berikut:

  1. Isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
  2. Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
  4. Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini anda bolehlah dapatkan di mana-mana cawangan Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda. Borang permohonan akan dikeluarkan pada 30 Januari 2012.

Selain itu juga anda bolehlah melayari laman web rasmi SARA 1Malaysia.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

59 thoughts on “Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia”

  1. kenapa yang bujagn tak boleh apply??..kenapa tak diberitahu atau diwar2 kan sebelum ni??…nak buat..buat arr betul2…..jangan kelirukan rakyattt….apa arr korang ni……dah hantar borang dah buat semua salinan dokumen..tiba dapat call…’maaf encik..orang bujang tak boleh apply’….ape kes?….lain kali orang bank yang edarkan borang tu tanya arr lebih dulu..n rasanya dalam syarat kelayakkan pun tak ada tulis yang orang bujang tak boleh apply…..

    Reply
  2. salam… apa pun hati hati dgn pelaburan ini. segalanya ada udang sebalik mee… apa dah jadi dgn BR1M… yg memohon akan tahu.

    dalam penilaian aku seakan pelik boleh bg pulangan tetap lebih 30% pulangan stiap tahun… ceti along pun xtinggi mcm tu… mcm skim cepat kaya pun ada… tp terpulang la… mohon boleh… tp klu ada ‘saka’ nya… sendiri mahu imgat la… ramai dah terkena ‘saka’ BR1M.

    Reply
  3. korang tau tak…aku bru blik maybank ni….da bwk da rm5000 nk join ni gune modal sendiri…dia kate tk boleh…mesti kene wat kloan…bull shit!!!… sape bole jawabkan….tolong jawab…cakap apakah ini? penipuankah ini? hati panaszzz…

    Reply
      • knp tkleh upload video kt sini ek….aku nk upload video pelancaran sara 1malaysia tu….sape yg ckp…ape yg dia ckp…kalau loan mcmne…klu tk loan mcmne….dia siap ckp lg tu….berape dpt klu yg wat loan…berape dpt klu yg tak wat loan….
        “cakap tak gune…tembak tak kene….banyak cakap…banyak bohong…”

        Reply
    • itu kurang pasti, tetapi apa yg pasti adalah berkenaan dengan istilah isi rumah. bermakna perlu ada tanggungan, baru boleh memohon. so terbuka kepada yang sudah berkahwin.

      Reply
  4. KALAU BUAT PINJAMAN ADAKAH KITA BUAT LOAN BANK?KALAU LOAN BANK SAYA TAK BLH DAPAT SEBAB NAMA BLACKLIST…..ADA CARA LAIN KE

    Reply
  5. saya nak tahu,jika nama sudah blacklist,bolehkah memohon skim ini?jika boleh,dapat la saya bayar untuk bersihkan nama dari blacklist.

    Reply
  6. assalamualaikum….sy ingin bertanya…jika anak yg menanggung keluarga,salah seorang ibu bapa sudah meninggal…layak ka c ank ni memohon pemohonan skim sara 1malaysia????

    Reply
  7. salam satu malaysia,bagaimana dengan individu yang masih bujang dan ingin mendirikan rumahtangga tidak dapat memohon untuk bantuan ini?harap diwujudkan bantuan dan simpanan seperti ini untuk individu bujang untuk melabur dan menyimpan duit kerana kos sara hidup yang agak tinggi sewa rumah sudah rm500 minimum zaman sekarang nie,harap kerajaan dapat memberi perhatian terhadap individu seperti kami yang ingin menjadi insan cemerlang,gemilang terbilang.Harap kerajaan berperanan penuh dalam membentuk masyarakat terbaik salah satu contoh kepada saya dan mungkin ramai lagi yg bernasib sama spt saya,kerana rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.

    Reply
    • betul juga tu, tapi rasanya memang boleh apply kalau ada tanggungan yang lain. seperti menanggung ibu dan bapa. boleh apply bagi yang bujang.

      Reply

Leave a Comment