Baju Melayu merupakan pakaian tradisional orang Melayu yang khususnya dipakai oleh orang lelaki sejak dahulu lagi. Malah ianya sudah dipelbagaikan corak, rekabentuk dan macam-macam lagi agar ianya kelihatan lebih menarik dan menyerlah di mata orang ramai.
Tetapi jika dilihat zaman sekarang, amat sukar untuk melihat para jejaka memakai baju Melayu lengkap kecuali pada Hari Raya atau hari akad nikah beliau. Jika dipakai pun mungkin pada hari Jumaat sahaja, itu pun belum pasti lengkap bersama songkok dan sampin.
Bersempena Hari Raya yang bakal menjelma, saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsikan lima sebab mengapa orang lelaki perlu memakai baju Melayu.
5 Sebab Mengapa Lelaki Harus Pakai Baju Melayu
- Figure Flattering atau Kelihatan Serasi
Anda tidak perlu risau baju Melayu sesuai untuk dipakaikan dengan tubuh badan anda. Ini kerana baju Melayu telah direka serasi dengan setiap tubuh badan lelaki, tidak kira kecil atau besar. Sehingga mampu kelihatan tegap seperti pahlawan Melayu, Hang Tuah. Paling tidak pun seperti pengantin baru.
- Beraneka Gaya
Baju Melayu bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur atau status boleh memakai baju Melayu. Ingat lagi betapa tampannya Shah Rukh Khan apabila beliau mengenakan baju Melayu berwarna hitam?
- Simbol Kepimpinan
Lelaki yang memakai baju Melayu masih ingat akan asal-usul beliau. Beliau merupakan kombinasi tradisional dan moden pada masa sama. Baju Melayu merupakan pakaian pilihan para pemimpin, oleh itu PM dan Menteri akan berpakaian baju Melayu lengkap sebelum menghadap Agong. Apabila anda memakai baju Melayu, pasti ciri-ciri kepimpinan terserlah.
- Faktor Menarik Meningkat Sekurangnya 95 %
Kita sedia maklum bahawa para jejaka kelihatan lebih kacak apabila mengenakan suit. Tetapi tahukah anda apabila seorang lelaki memakai baju Melayu, beliau akan kelihatan lebih menarik dan kacak.
- Menarik Perhatian Gadis
Siapa yang tidak sukakan seorang jejaka yang mengenakan baju Melayu? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai baju Melayu. Seorang lelaki yang memakai baju Melayu mampu membuatkan seorang gadis kahwini beliau!
Jadi apa lagi, jangan tunggu Hari Raya baru ingat nak pakai baju Melayu. Paling tidak pun, kita pakai setiap hari Jumaat di waktu ke pejabat ataupun ke kuliah. Pasti akan kelihatan lebih menarik dan tampan. Apatah lagi mampu menarik perhatian para gadis. :p Baju Melayu
Omg!! sy mmg jatuh cinta sgt bila lihat lelaki pakai baju Melayu..even Chinese yg pakai Bju Melayu pun sy rase mrk segak sgt.. satu mcm ade aura je yg menarik..bile mrk pakai bju kemeja atau coat, itu nmpk biasa dn formal tp bile pakai bju melayu, mrk nmpk muda, fresh, sopan, matang, segak, lemah lembut, berbudi bhsa, bersih, nmpk spt org yg berasal dr kluarga baik2, nmpk rendah diri..
Hnya dgn berbaju melayu sj tanpa berkata2 cukup menggmbrkn satu personaliti yg hebat. Hanya sepasang bju sj.. Walaupun komen sy nie dlm thn 2016 sgt lambat, tp sy nk komen jgk..huhu
bkn tue sj, malah mrk yg berbaju melayu kelihatan relaks, cool, tenang, bijak, kelihatan professional, dan bersahaja..
Kalau kita yang Melayu ni pakai, sapa lagi nak pakai. Saya teringat masa konvokesyen haritu, yang pakai baju melayu boleh dikira dengan jari. Sedih sangat. Kan lebih segak berbaju melayu..
payah sikik pakai baju melayu, byk soal
abg nak gi mana ni, buat apa, dgn sape. kalau pakai baju biasa x tanya pulak heheheh
haha, yang itu jadi masalah bila sudah berumahtangga. sudah macam filem p.ramlee pula. butang baju melayu aku mana pah? :p
mcm tau2 je bro memang isteri saya panggilan dia “Pah” sharifah hahahah
wah, dah boleh jadi p.ramlee dalam madu 3 ni. hehe
Baju melayu perlu dijadikan tradisi seperti di Brunei. Majlis kahwin bukan pengantin sahaja pakai, semua tetamu lelaki pakai baju melayu.
Wah! Menarik tu, di Malaysia memang susah nak lihat orang lelaki memapai baju melayu ketika majlis perkahwinan. Yang pakai pun kebanyakan tuan rumah dan sanak saudara sahaja.
Macam mana ek Shah Rukh Khan boleh dapat Dato?
kerajaan negeri beri di atas promosi yang dilakukan beliau dalam sebuah filem yang dibintanginya, tak silap saya.
kalau aku ckp disebabkan kita kan Melayu..
hihi.. baju melayu mmg tak lari dari org melayu. 🙂
Baju melayu ni pakaian adat yang harus dilestarikan dan dijaga… 🙂
Baru nak pergi beli baju melayu nih buat raya, ngee 😀
sudah menjadi adat resam kita orang melayu..orang arab beraya tak pakai baju melayu pun…hheeeee
Rase mcm janggal kalo pakai baju melayu g pejabat…baju batik ok skit
kat rumah aku banyak baju melayu..ada yang seluar dah tak muat nak pakai..perut makin banyak six pack..hahaha
haha…itu bisa diatur, pakai sahaja dengan atlas. :p
pergh sekarang macam upah lebih mahal dari harga kain dia
beli yang siap sudah, janji sedap dipakai.
lepas nie pergi shsopping pakai baju melayu baru perempuan terpikat..haha
haha, try bro. aku dah buat dah kelmarin, usah kata gadis terpikat tertarik. siap mat2 motor pun bersiul. haha
ohhhhh paham-paham 😀
apa yg hg paham mazri?
Aku pahamlah nape kena pakai baju melayu… Huhu