Kenali Google Penguin

Google Penguin baru sahaja dilepaskan pada 24 April 2012 yang lalu dan ia merupakan sebuah lagi algoritma enjin carian terkenal iaitu Google. Rasanya saya baru mengenali Google Panda dan belum sempat mempelajarinya dengan lebih mendalam. Kini keluar pula algoritma Penguin pula.

Secara ringkasnya, apa yang saya faham mengenai Google Penguin ini. Ia merupakan sebuah algoritma carian yang dibina oleh Google untuk menghukum laman atau blog yang bersifat spamming. Seperti “keyword stuffing” atau “cloaking” yang melanggar peraturan daripada Google.

Apa itu Google Penguin?

Algoritma Google Penguin merupakan algoritma khusus untuk menghukum laman atau blog yang suka melakukan spam (webspam), manakala Google Panda pula lebih fokus kepada artikel blog. Ini bermakna, kedua-duanya akan bekerjasama untuk memperbaiki hasil carian di Google.

Dengan adanya algoritma ini, hasil carian di Google akan lebih berkualiti dan tidak memberi ruang kepada blog yang mengamalkan duplikasi kandungan dan keyword stuffing atau lebih kepada webspam.

Mengapa Google Penguin dibina?

Ini mungkin kerana Google dan pengguna sudah mula membenci dengan laman dan blog yang berada di halaman pertama carian di Google, tapi isinya hanyalah bersifat spam dan mempunyai script carian sehingga pengguna tercari-cari untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Ini juga sering berlaku kepada saya, sehingga memakan masa yang lama untuk mendapatkan satu-satu maklumat daripada internet.

Adakah blog anda terkena gigitan Google Penguin?

Ianya mudah sahaja untuk mengetahui blog anda sama ada terkena panahan atau gigitan Google Penguin ini. Jika terdapat satu perubahan statistik pengunjung atau trafik ke blog anda dalam jumlah yang besar dalam beberapa minggu ini, tentunya blog atau laman anda sudah terkena gigitan Google Penguin.

Mungkin juga ada beberapa blog bakal menerima impak yang positif dengan penambahan trafik daripada Google. Oleh yang demikian, kepada sahabat blogger yang merasakan blog anda mempunyai ciri-ciri spam dan keyword stuffing atau mempunya script carian seperti Busuk.org (contoh) segeralah memperbaikinya supaya blog anda terus hidup di alam maya ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Google Penguin di Google Webmaster Central

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

34 thoughts on “Kenali Google Penguin”

  1. Pingback: APA ITU GOOGLE PENGUIN | borak info
    • bukan tak elok, just busuk pakai script salah. search script, maknanya orang search kat google keluar busuk dulu, pastu melarat dalam busuk merata-rata. itu akan susahkan pencari, maka google tidak suka.

      Reply
      • Haha. Aku rasa diorang sengaja buat macam tu. So, at the first place Busuk yang akan berada dekat 1st page Google dulu berbanding entri sebenar. Orang biasa hanya akan pandang traffik yang diorang dapat daripada Busuk tapi terlupa yang diorang pun sebenarnya dipergunakan oleh Busuk. Betul tak? 🙂

        Reply
  2. ada baca kat blog Rina As, teman dari indonesia dok lepak blog aku tu
    memang gandingan panda dengan penguin ni memang tak terlepas pandang la, silap silap kena penalty kick. GOAAL!! 😀

    dan pasal script busuk sebelum update minor untuk pagerank ini lama dh buang,sebab tengok semacam je.

    Reply
    • Wah, ada teman dari seberang ya pak. Terbaiklah, tapi aku memang selalu rujuk blog dari seberang juga. Boleh kata SEO dan pengetahuan mereka dalam blogging jauh lebih baik daripada kita rasanya. Pasal busuk, memang busuk bro. :p

      Reply
  3. tau takpe..baru je kenal google panda ni dah google penguin plak..terasa gak rank jatuh..tapi trafik alhamdulillah makin bertambah baik…nice info bro.

    Reply
    • Penternak yang berjaya, awesome tu. Orang yang tahu pasal SEO, rasanya tak menjadi masalah. Yang rajin main keyword stuffing tu baru masalah. 😀

      Reply
  4. haha, kalo camnie habeslaa semua peserta contest ‘lelaki kacak’ tue.. semua kena gigitan penguin laa pasnie.. haha!

    Reply
  5. Kedua-dua aggregator ni diguna utk kebaikan pengguna internrt dan juga pemilik blog / website. Harap-harapnya, kadar carian di Google lebih berkualiti lepas ni.

    Reply
    • Yurp, bagi aku kedua-duanya amat penting. Sebab aku sendiri kadang-kadang meluat search google, benda yang dicari tak jumpa. Hope, google penguin dapat membantu. 🙂

      Reply

Leave a Comment