Teknik SEO Salinan atau Duplikasi Kandungan

Duplikasi kandungan atau salinan kandungan membawa maksud mana-mana helaian kandungan yang sama digunakan berulang kali dalam blog anda atau isi kandungan (penulisan kandungan utama) diguna pakai pada kandungan yang sama. Jom kita pelajari apa itu duplikasi kandungan dalam siri teknik SEO blog pada kali ini.

Pada peringkat permulaan, ianya telah digunakan sebagai salah satu helah untuk mendapatkan populariti laman yang lebih tinggi (dalam konteks SEO) di mana agen carian akan melihat berlaku peningkatan pada bilangan laman. Penambahan bilangan laman seterusnya akan meningkatkan peluang untuk kata kunci diindeks. Walau bagaimanapun, helah ini sudah tidak boleh dipakai lagi pada hari ini.

Kajian menunjukkan antara dua kandungan atau halaman perlu memiliki 75% kandungan berlainan untuk memastikan ianya adalah unik. Sesetengah pendapat mengatakan 75% adalah meliputi dari segi kod aturcara dan bukan kandungan sahaja.

Isu duplikasi kandungan pada Google

Google merupakan sebuah enjin carian yang sangan sensitif kepada isu duplikasi kandungan ini. Sekiranya anda berniat untuk menggunakan kandungan yang sama dalam mana-mana laman blog anda, berhati-hati kerana Google telah mengaplikasikan tapisan kepada duplikasi kandungan di dalam algoritmanya.

Tapisan ini akan mengesan mana-mana laman yang berbuat demikian dan memberikan penalti terhadap laman yang menduplikasikan kandungan secara besar-besaran dalam proses meningkatkan popularitinya.

Sekiranya anda menguruskan laman dinamik yang menggunakan pangkalan data sebagai storan simpanan maklumat (contohnya “Content Management System, CMS”) atau template yang dikendalikan oleh sistem, beberapa perkara ini perlu dititikberatkan agar tidak dikenakan penalti oleh Google:

  • untuk pangkalan data, pastikan setiap laman hanya boleh dikunjungi melalui satu URL atau alamat sahaja
  • bagi sistem enjin template, masukkan elemen-elemen yang digunakan secara berulang dalam setiap laman ke fail luaran. Contohnya fail-fail Cascading Style Sheet (CSS) dan JavaScript.

Secara asasnya, setiap laman seharusnya mempunyai tajuk dan data meta yang unik, memandangkan cebisan-cebisan maklumat ini digunakan untuk menentukan populariti laman.

Bagaimana mengelakkan duplikasi kandungan

Untuk memastikan duplikasi kandungan tidak berlaku, pastikan 75% kandungan artikel di antara dua laman adalah unik. Contohnya dalam 100 baris ayat yang ditulis, 75 baris daripadanya adalah unik dan tidak diulang dari mana-mana bahagian dalam laman atau artikel lain. Sehubungan itu, satu laman perlu mempunyai bahagian tertentu yang memaparkan penerangan, informasi dan maklumat untuk navigasi ke laman yang lain.

Tetapan ini diaplikasikan kepada keseluruhan domain atau url. Sekiranya anda “meminjam” maklumat dari laman yang lain dan laman tersebut terlebih dahulu telah diindeks oleh agen carian, kebarangkalian Google tidak akan memaparkan laman anda dalam sebarang keputusan carian adalah tinggi. Ini kerana mereka telah mengesan kandungan tersebut adalah duplikasi daripada laman yang sedia ada. Ini terarah kepada aktiviti plagiat dan sebagainya.

Ianya mudah untuk mengelakkan berlakunya duplikasi kandungan di dalam sesebuah laman, pastikan kandungan artikel anda 75% lebih unik daripada kandungan asal. Ini memastikan yang kandungan anda tidak dikenakan penalti atas sebab duplikasi. Ini bermakna, tidak menjadi kesalahan jika anda menggunakan 25% untuk duplikasi kandungan.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

27 thoughts on “Teknik SEO Salinan atau Duplikasi Kandungan”

  1. Jika sudah terlalu banyak persamaan antara sumber dan artikel baru, gunakan sahaja tag rel=”canonical”. Haha.

    Reply
  2. Adakah ia memberi kesan kepada direktori artikel? Saya tak nafikan pemilik direktori artikel itu sendiri perlu menapis kandungan yang dihantar. Bagaimana kes yang terlepas pandang itu? Terima kasih. 🙂

    Reply
  3. Info lengkap..terima kasih kerana berkongsi. aku mula2 kenal blog suka copy org punya…skrg aku dah faham dan takut nak buat lagi..sbb mungkin akan kena saman…haha..tq bro

    Reply

Leave a Comment