Khasiat limau nipis memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan kandungan vitamin B yang terdapat pada limau nipis, ianya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat fizikal kita.
Limau nipis selalu dikaitkan dengan perubatan tradisional atau perubatan Islam. Ia juga digunakan sebagai baham di dalam produk kecantikan untuk rawatan kulit, wajah dan rambut. Malah ia juga dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.
Khasiat & Kebaikan Limau Nipis
Tahukah anda bahawa limau nipis juga amat berguna dan mempunyai kebaikan dalam kecantikan tidak kira dalaman ataupun luaran. Jom kita lihat khasiat limau nipis di bawah:
Khasiat Limau Nipis Untuk Rambut
-
Mengatasi masalah rambut gugur – Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
-
Menghilangkan kelemumur – Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.
Khasiat Limau Nipis Untuk Wajah
-
Menghilangkan jerawat – Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
-
Menghilangkan bintik hitam – Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
-
Mengecilkan pori-pori – Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.
-
Menghalus dan mencerahkan kulit – Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.
Khasiat Limau Nipis Yang Lain
-
Menghilangkan bau ketiak – Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.
-
Membersih dan mencantikkan kuku – Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!
-
Melegakan ketegangan – Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.
Sumber: Tupai
Begitu banyak khasiat limau nipis yang boleh kita amalkan, tidak kira dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak kira dalaman ataupun luaran, banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada limau nipis.
Khasiat Limau Nipis
ia wangi lg bau cucian kita
Air kegemaran since darjah 4, limau ais, teh o ais limau, sirap limau, x sangka pulak banyak khasiat. Kat rumah aku ade sebakul limau mmg untuk aku buat air minum. Kalau habis beli lagi sebakul. Hihi…
Tapi part jerawat tu tak kautim la dgn aku. Minum dah sapu dah, 3 tahun muka berjerawat dah. Hmmm… Maybe sbb hormon nk meningkat dewasa. Yelah, aku dtg sini pon nk cari tips jerawat. Huhu.
Thanks for sharing. 🙂
Aduh…
Kalau pedih kena tahan sikitlah. Kulit saya memang rough to touch sekarang. .3.
For greater skin, I must sacrifice something. : )
termyata sangat banyak manfaat jeruk limau.terimakasih sudah berbagi
Thanks info nya Gan
newbie ijin blog walking
Thanks
Bagi yang nak dapatkan anak pokok limau nipis atau benih la senang cerita boleh hubungi saya. Saya usahakan tanaman ni sekarang. Terima kasih 🙂
P/s Lepas ni aku kena rajin blogwalking ke blog ni nampak gayanya selepas Amanz, haha
Wah, banyak jugak khasiatnya ya?
Herm nak cuba part kelumumur tu lah & muka ..
bro lama x updet belog
Byk khasiatnya ni. Tak payah dah beli macam2 ubat yg harga ratus2 tu..tinggal rajin jer..hehe
thanks bro berkongsi..
p/s-ingat dulu2, kalau arwah abah botakkan kepala, letak limau ni…pedih wooo
elok jugak nih.. rambut aku dah gugur bahagian depan nih.. hehe
suka minum air limau panas
gemar minum limau ais lepas training atau game. 🙂
oooo basuh dengan air suam den sapu dengan air sejuk terus thanks bro
sama-sama bro. 🙂
Boleh guna limau nipis untuk membersihkan daki dan berkerak. 🙂
haha, itu sudah pasti bro. tambah-tambah kat ketiak acem. :p
memang banyak khasiat limau nipis ni,kalau batu boleh dicampur dengan madu
sekali baca batu, kalau difahamkan baru tahu batuk rupanya. benar tu bro, batuk memang berkesan. 🙂
Banyak jugak ye khasiat limau nipis ni. Patut la tok bomoh pun guna jugak. haha
Benar tu bro, usah kata bomoh sahaja guna. Pakar pun ada guna tau. Tapi yang sudah diproseslah. 🙂
buat berubah utk alam mistik pun byg jg kegunaannya ni.. c
banyak pula typo ya, sudah menjadi amalan orang berubat tradisional. limau nipis pasti ada.
Air limau nipis + madu boleh buat ubat batuk. Air limau nipis suam boleh buat hilang dahaga. 😉
Bab ubat batuk tu memang benar, nak cepat baik lagi. Peram satu malam. Lagi kuat. Selalu juga lepas bersukan minum air limau, memang melegakan. 🙂
Iya tu, kalau batuk saya sering juga memanfaatkan air limau + madu yang dicampur dalam air hangat untuk meredakan batuk. Insya allah ber-khasiat
bagus untuk mandi.
kalau axion aku habis..aku guna benda ni je basuh pinggan. haha..
limau nipis agak pedih sedikit, tajam orang kampung kata. waktu di kampung dulu, selalu mandi dengan limau kasturi. kebanyakan guna untuk hilangkan bau ketiak. 😛
memang sesuai untuk hilangkan minyak pada pinggan mangkuk, teringat pula cerita orang minyak dengan pontianak yang adflin berlakon tu…haha
eh silap. limau kasturi. limau nipis plak..
haha..
mmg tajam sikit, tp mmg berkesan…cubalah…(macam iklan sabun pulak da…hehehe)
haha nak kasi ketiak bau wangi ..