Khasiat susu badam yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Tahukah anda bahawa susu badam banyak khasiatnya yang baik untuk dijadikan sebagai amalan minuman diet yang terbaik?
Ianya mudah sahaja, di mana anda hanya perlu mengisar kacang badam dan campurkan dengan sedikit air panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan sedia untuk diminum dengan merasai khasiat susu badam.
Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan
Jika sebelum ini saya ada kongsikan beberapa khasiat susu kambing, kali ini saya akan kongsikan beberapa khasiat susu badam untuk membantu dalam memelihara kesihatan kita.
Kalsium
Sebut sahaja susu, sudah pasti melibatkan kalsium. Tahukah anda bahawa khasiat susu badam adalah kandungan kalsium yang dua kali ganda lebih tinggi dan kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Selain itu juga, kandungan vitamin D di dalam susu badam dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda agar lebih kuat.
Penambah Rasa
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa susu badam juga boleh digunakan sebagai penambah rasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya lebih sedap berbanding susu yang lain. Sudah pasti dengan menambah rasa dengan susu badam dalam masakan akan memberi lebih khasiat pada masakan anda.
Asid Lemak Omega 3
Tahukah anda mengenai peranan asid lemak omega 3 dalam penyakit kardiovaskular yang telah terbukti. Kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam susu badam sangat baik untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia berupaya menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan vitamin E, selenium, magnesium, potassium, zat besi dan serat. Bukan sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.
Awet Muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses penuaan.
Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, saya sarankan anda meminum segelas susu badam. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada tandingannya dalam memberi tenaga kepada tubuh badan kita.
Selain itu, khasiat susu badam juga boleh menjaga tekanan darah anda supaya sentiasa berada pada tahap normal. Agar perkongsian pada kali ini dapat membantu anda dalam amalan gaya hidup sihat. Selamat mencuba!
Khasiat Susu Badam
Salam.. macam mn sukatan utk 150ml susu kambing… berpa bj badam.. dan waktu bila sesuai diminum..
Kesehatan akan menjadi mahal memang
Bro..susu tu susu kotak ke atau tepung?
Tak pernah lagi minum rasanya..
macamlah aku pernah minum, nak buat sendiri memang malaslah jawabnya. :p
Susu badam memang mempunyai khasiat yang tinggi tetapi harganya agak mahal berbanding susu lain.sekali sekala bolehlah diminum.
Ya! Benar, harga memang jadi masalah. Tapi apa salahnya, habiskan duit untuk kesihatan. Sekali-sekala sudah. 🙂
Badam juga untuk kekuatan pria juga. Boleh cuba. 🙂
Serius? Wah! Kena kerap lagi la jawabnya. :p
Badam ni buat homemade best ni, nampak susu dia macam kacang soya pun ada.
Yurp! Homemade is the perfect way to eat or drink. Terbaik!
wow menarik.1st time dgr
bab susu badam, memang jarang dengan. orang lebih gemar makan dengan coklat. 🙂
Tapi badam mahal bro.. Takleh nak makan selalu.. :'(
janganlah selalu, buat secara berkala sudah. tiga hari sekali atau seminggu sekali pun sudah mencukupi. 🙂