Tips Mengawal Pemakanan

Tips mengawal pemakanan yang anda patut ketahui. Tambahan jika ada salah seorang yang inginkan tubuh badan yang lansing dan menarik.

Pada pandangan saya, ramai yang akan fikir berkenaan diet. Tapi sejauh manakan diet yang diamalkan benar-benar membantu dalam mendapatkan tubuh badan yang diinginkan. Tahukah anda bahawa aktiviti seharian anda sebenarnya mampu mendorong nafsu makan yang berlebihan?

Begitu juga dengan saya yang gemar bersukan, nafsu makan akan meningkat setelah saya menjalankan aktiviti bersukan. Paling ketara, jika saya habiskan masa di pejabat dengan suasana yang sejuk dari penghawa dingin. Pasti saya akan berasa lapar, saya pasti anda juga begitu.

Oleh yang demikian, jika sebelum ini saya ada kongsikan beberapa jenis makanan sihat. Kali ini saya ingin kongsi bersama anda beberapa tips untuk mengawal pemakanan atau nafsu makan yang berlebihan. Diharap perkongsian ini mampu membantu anda semua.

Tips Mengawal Pemakanan dan Nafsu Makan

tips mengawal pemakanan
Di bawah terdapat beberapa tips mengawal pemakanan dan nafsu makan:

Jangan abaikan waktu makan
Jika anda berasa dengan mengabaikan waktu makan supaya anda boleh menurunkan berat badan, anda ternyata salah. Sesibuk mana pun anda, anda harus merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat.

Ia bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal. Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuantiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

Minum banyak air kosong
Bila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon sebagai perasa. Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

Dapatkan tidur yang cukup
Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.

Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

Periksa sebab rasa lapar
Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata.

Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan.

Sumber: Tupai

Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda semua dalam mengawal pemakanan dan nafsu makan. Diingatkan juga, pemilihan dalam makanan juga adalah amat penting. Jadi ambil makanan yang sihat.

Tips Mengawal Pemakanan

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

5 thoughts on “Tips Mengawal Pemakanan”

Leave a Comment