Lelaki Kacak Menulis Blog

Lelaki kacak menulis blog? Lagi-lagi pasal lelaki kacak, maklumlah selagi kontest SEO lelaki kacak tak habis. Selagi itulah lelaki kacak bersepah dalam blog. Temasuklah di dalam blog saya yang tidak seberapa ini.

Artikel pada kali ini bukanlah untuk mengatakan saya ini kacak sambil menulis blog. Tetapi saya ingin menulis mengenai sahabat-sahabat blogger yang hebat menulis blog sehingga berjaya dan menjadi idola saya sehingga hari ini.

Blogger Lelaki Kacak

  1. Denaihati
    Pertama sekali lelaki kacak yang menulis blog pilihan saya, tidak lain dan tidak bukan pemilik blog Denaihati dengan tagline “Hidupkan Untuk Memberi” bersesuaian dengan sifat pemurah pemilik blog yang suka memberi bantuan dan hadiah kepada sahabat blogger yang lain.

    Walaupun saya belum berkesempatan menemui beliau dan sekadar menonton video beliau dalam mempromosikan Toshiba Portege Z830 Ultrabook ternyata beliau seorang yang kacak. Selama saya berkenalan dengan beliau di dalam dunia blogging, saya tahu beliau seorang yang pemurah dan suka membantu.

    Ini termasuklah bantuan yang beliau berikan kepada saya ketika susah dahulu, termasuk menaja blog saya berpindah ke hosting ServerFreak dan kini beliau sedang giat mempromosikan hosting ServerFreak kepada blogger yang ingin gunakan self-hosting dengan harga yang berpatutan.

    Memang puas mengunakan hosting ServerFreak, terutama dari segi khidmat pelanggan yang pantas. Nanti saya huraikan lagi mengenai ServerFreak dalam artikel saya yang akan datang. Bagi yang ingin menggunakan hosting ini, bolehlah lihat Promosi Web Hosting Denaihati Network – Serverfreak berbaloi-baloi.

  2. Amanz
    Tidak sah kalau penggemar gajet dan teknologi di Malaysia ini tidak kenal dengan blog Amaz yang membawa “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa”. Pemilik blog tersebut adalah Aman Firdaus, memang seorang lelaki kacak.

    Kini sudah bernaung di bawah Amanz Network dengan jayanya, pernah merisik untuk menjadi salah seorang daripada network ini. Tetapi tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mungkin pengalaman saya belum cukup untuk bersama lelaki kacak di Amanz Network.

  3. Just Khai
    Yang ini yang paling gempak, pencetus fenomena Oh! dalam dunia blogging di Malaysia. Kini lelaki kacak yang bernama Khai Hassan benar-benar berjaya dengan network blogging sehingga mampu memiliki sebuah kereta KIA Forte Limited Edition lagi hasil dengan blogging.

    Pemilik Oh! Media ini benar-benar membuatkan saya terus terliur untuk berjaya di dalam dunia blogging ini. Tetapi dengan kekangan masa, mungkin ianya sekadar angan-angan di mangkuk tandas sahaja.

    Seorang yang friendly bagi saya, walaupun LALANG yang mengatakan beliau seorang yang sombong. Tetapi dia seorang yang peramah dan baik hati bagi saya, walaupun saya belum pernah hangout dengan lelaki kacak ini. Sekadar komen mengomen di blog dan Facebook, just okay la.

Rasanya cukuplah saya menulis mengenai tiga orang lelaki kacak ini terlebih dahulu di dalam dunia blogging ini. Kalau nak karang panjang-panjang, bukan ada yang nak baca sampai habis pula. Yang tidak tersenarai tu janganlah berkecil hati, anda juga seorang yang kacak.

InsyaAllah, jikalau diberi kesempatan dan ruang waktu akan saya tulis lagi mengenai lelaki kacak menulis blog ini. Mana tahu, anda pula berjaya memikat hati saya.

Nota Kaki: Serius saya amat mencemburui mereka bertiga, saya juga ingin menjadi lelaki kacak seperti mereka. Bilakah? Oh! Lelaki Kacak

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

23 thoughts on “Lelaki Kacak Menulis Blog”

  1. sedang tunggu bro mohdisa beri hadiah pulak selain DH,,,,oh ya aku ada hantar satu request kat contact form,,hehehe ..

    Reply
  2. Pingback: Lelaki Kacak Menulis Blog.

Leave a Comment