LinkedIn Kini Berbahasa Malaysia

Pernahkah anda mendengar mengenai sebuah laman sosial iaitu LinkedIn? Sudahkah anda mempunyai akaun LinkedIn? Kini lebih menarik lagi, LinkedIn sudah boleh didapati dalam Bahasa Malaysia. Menarik bukan, kini anda mampu membina rangkaian anda sendiri dengan Linkedin dengan mudah.

Apakah Linkedin?


Linkedin Dalam Bahasa Malaysia

Menarik bukan? Kini anda boleh menambah kenalan bagi kepentingan sesuatu seperti mengenai kerja-kerja anda, dan berhubung dengan kenalan yang lebih profesional. Yang paling baik untuk blogger, ia juga merupakan salah satu teknik SEO blog yang dapat dilaksanakan di sana. Cuba lihat pengumunan terbaru oleh LinkedIn di bawah:

linkedin bahasa malaysia
Jika anda sudah mempunyai akaun LinkedIn dan ingin menukarkan akaun anda ke Bahasa Malaysia, sila klik Tukar ke Bahasa Malaysia. Untuk melihat profil saya di LinkedIn, sila klik sini. Terima kasih. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

29 thoughts on “LinkedIn Kini Berbahasa Malaysia”

    • linked in la, kan sudah diterangkan dalam video di atas. yang pasti dapat mengembangkan network, bisnes dan projek kita. 🙂

      Reply
  1. bagus ni… harap2 bahasa yang diguna tu mudahlah difahami. jangan bercampur aduk dengan slang indon pulak… nak kena cuba study linkedin ni. boleh apply untuk marketing bisnes nanti.

    Reply
    • rugi kalau tak aktif, rasanya boleh integrate dengan twitter dan rangkaian sosial yang lain. membantu dalam memperkembangkan lagi network kita.

      Reply
  2. memang mula2 kekok nak guna.. tapi lama kelamaan boleh jadi advantage untuk mereka yg promote network. boleh cuba buat conversion yg mana lebih efektif – bi atau bm. apapun syabas! 🙂

    Reply
    • aku belum explore habis lagi, apa yang dapat dilihat. melalui linkedin ni memang membantu kita dalam mempromosikan network kita, dibantu pula dengan recommended daripada linkedin sendiri. memang terbaiklah.

      Reply
  3. aku baru je daftar linkedin ni. tapi masih rasa janggal dengan penggunaan bahasa malaysia sebagai bahasa perantara dalam sesebuah website

    Reply
      • Salam hormat Mohd Isa,

        Saya ingin menjelaskan sedikit kekeliruan berkenaan tanggapan bahawa LinkedIn diterjemahkan menerusi Google translate, sebenarnya tidak, ianya diterjemahkan oleh saya sendiri, anak Malaysia yang sekarang menetap di Amerika Syarikat. Saya berusaha gigih bagi memeastikan yang tatabahasa serta ejaannya tepat bersesuaian dengan Bahasa Malaysia yang standard atau baku. Tujuan laman web ini diterjemahkan ke dalam Bahsa Malaysia adalah bagi menyokong penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan profesional, sejajar dengan semangat patriotik yang ingin saya semaikan agar menyayangi bahasa sendiri. Saya merasakan bahawa kebanyakan minda rakyat Malaysia dikaburi dengan anggapan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris adalah lebih profesional dan maju. Malangnya, kebanyakan negara maju lain menyayangi bahasa mereka sendiri dan menjadi maju bukan disebabkan oleh penggunaan Bahasa Inggeris. Saya berharap agar rakyat Malaysia menggunakan LinkedIn untuk menyesuaikan diri dengan konsep profesionalisme melalui alam maya, berhubung dengan kenalan secara siber, di mana suatu hari nanti resume atau CV kertas akan luput penggunaannya. Sekian Terima kasih. Wasalam.

        Reply
    • yurp, pelbagai kaedah sekarang nak promote network atau perniagaan kita sekarang ini. tanpa mengeluarkan wang pun dah boleh promote. 🙂

      Reply

Leave a Comment