10 Teknik Terpenting Dalam SEO

Agak lama juga saya tidak menulis artikel mengenai tips SEO di sini, baiklah kali ini saya akan kongsikan 10 teknik terpenting dalam SEO. Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi mutu blog-blog daripada blogger Malaysia.

  1. KEYWORD

    Keyword atau kata kunci merupakan nadi dalam SEO, keyword tergolong dalam beberapa kategori seperti meta content dan meta description. Penggunaan keyword yang paling penting adalah pada tajuk artikel anda. Kerana ianya akan menjadi keyword utama pada kandungan artikel anda. Oleh yang demikian, anda perlulah memikirkan tajuk yang sesuai dengan artikel anda dan pastikan ianya berkaitan dengan artikel anda. Jangan sesekali menggunakan tajuk yang berlainan dengan artikel anda, sebagai contoh menggunakan tajuk berbahasa inggeris tetapi artikel berbahasa melayu.

    Dalam masa yang sama juga anda perlu mencari perkataan yang sering dicari oleh pengguna internet. Contohnya artikel anda berkenaan dengan meningkatkan trafik blog, antara tajuk yang sesuai adalah “Cara-cara meningkatkan trafik blog” atau “Tips meningkatkan trafik blog.” Penggunaan perkataan “cara-cara” atau “tips” adalah lebih baik bebanding “kaedah” yang jarang digunakan pada enjin carian. Anda juga perlu mengetahui bahawa tajuk merupakan elemen utama semasa proses mengindeks oleh agen carian.

  2. LINK dan IMEJ

    Jika anda seorang yang mahir mengenai bahasa HTML, anda tentunya sudah mengetahui di dalam tatatanda a href dan juga img boleh ditambah dengan attribute lain seperti title dan alt. Attribute title dan alt ini mampu membantu anda dalam meningkatkan trafik daripada enjin carian.

  3. READ MORE

    Kebanyakkan blog atau laman web gemar menggunakan pautan seperti “Read More” atau “Click Here”, dalam SEO ianya adalah sesuatu yang baik bagi meningkatkan jumlah pageview. Oleh yang demikian, anda disarankan untuk menggunakannya. Ianya menjadi kerugian jika anda terus memaparkan artikel penuh di muka hadapan laman anda.

  4. FORUM

    Jika anda seorang yang suka berforum, pastikan di bahagian signature anda masukkan mengenai laman web atau blog anda berserta pautan ke laman anda. Ini merupakan salah satu teknik untuk mendapatkan backlinks ke laman anda. Bayangkan anda berkomen atau membalas beberapa thread yang berada di dalam laman forum yang anda sertai, setiap kali itu juga signature anda dipaparkan. Di situ sahaja anda boleh mendapat beberapa backlinks ke laman anda. Tetapi harus diingatkan, jangan sesekali menjadi seorang spammer. Ianya akan menjadi lebih efisen jika laman forum yang adalah sebuah forum yang memberikan “dofollow” kepada setiap pautan.

  5. KOMUNITI

    Dalam SEO, perkara yang paling penting adalah kesabaran. Di mana ianya memerlukan masa untuk mengindeks setiap artikel anda, anda tidak boleh mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Cuba sertai mana-mana komuniti yang mempunyai ramai ahli seperti di Facebook dan Twitter. Selain itu juga, anda digalakkan menyertai segmen seperti “5 Blog Paling Kerap Dilawati” yang dianjurkan oleh Denaihati. Cuba dapatkan pertukaran pautan, ini dapat meningkatkan trafik dan backlinks ke laman anda.

  6. SITEMAP

    Perkara yang paling penting dalam pembinaan sesebuah laman, pastikan laman web atau blog anda mempunyai sitemap yang dibina dalam format seperti xml. Contohnya anda boleh melihat sitemap blog saya di https://mohdisa.com/sitemap.xml. Sitemap ini adalah penting bagi memudahkan agen carian mengindeks laman anda. Sitemap yang baik dan teratur mampu menarik minat agen carian melawat dan mengindeks laman anda dengan lebih kerap lagi.

  7. URL atau PERMALINK

    Penggunaan url atau permalink yang teratur adalah baik untuk proses mengindeks, elakkan penggunaan underscore (_) pada url atau permalink. Gunakan tanda hyphen atau lebih dikenali sebagai tanda dash (-). Ada juga yang berpendapat penggunaan tanda hyphen yang melebihi daripada 3 kali boleh dianggap spam link oleh agen carian.

  8. FRAME, IFRAME dan AJAX

    Sebaik-baiknya elakkan penggunaan iframe, frame atau AJAX di dalam laman anda yang bertujuan untuk penukaran isi kandungan. Ini kerana agen carian akan menganggap anda cuba menipu dan seterusnya laman anda boleh disenarai hitam (black list) yang boleh mengakibatkan laman anda tidak dikunjungi oleh agen carian.

  9. SEARCH ENGINE TOOLS

    Anda disarankan menggunakan beberapa utiliti atau alat enjin carian (search engine tools) yang telah disediakan seperti Webmaster Tools oleh Google dan Site Explorer oleh Yahoo! Dengan search engine tools ini dapat membantu anda dalam memahami lebih lanjut lagi mengenai bagaimana enjin carian berfungsi. Selain itu juga ia dapat membantu anda dalam mengetahui tahap perkembangan laman anda.

  10. TAG CLOUD

    Tag cloud ini merupakan teknik terbaru dalam Web 2.0, teknik ini telah diasaskan pada tahun 2004. Penggunaan tag cloud ini dapat mempercepatkan agen carian mengindeks pada laman anda. Tetapi harus diingatkan jangan sesekali menggunakan tag cloud ini pada setiap halaman anda, ini akan dianggap penipuan oleh agen carian. Tidak memaparkannya pun tidak menjadi masalah, janji anda sudah masukkan di dalam meta keyword.

Rasanya cukuplah sampai 10 teknik SEO ini dahulu, insyaAllah saya akan kongsikan lagi artikel-artikel berkenaan SEO di sini. Juga diingatkan, apa yang saya kongsikan di atas adalah melalui pembacaan dan pemahaman saya. Jika terdapat sebarang masalah dan kesalahan bolehlah dibincangkan di ruangan komen. Terima kasih.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

35 thoughts on “10 Teknik Terpenting Dalam SEO”

    • sama-sama, sekadar ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada rakan-rakan blogger sekalian. semoga menjadi panduan kepada tuan. terima kasih juga kerana sudi singgah di blog ini. 🙂

      Reply
  1. Setahu saya yang menyebabkan iframe tak SEO-friendly ialah kerana kandungannya (iframe) tidak diindex oleh search engines. Rasanya ia tak melibatkan penalti dari Google.

    Reply
  2. yerp memang seo penting bagi sesebuah blog terutama sekali blog baru cam aku yang banyak lagi kena upgrade

    Reply
  3. aku cuma teringin nak dapat Google Sitelinks cam blog ko…tapi susah la…SEO ngan Keyword penting gak untuk Traffic…

    Reply
  4. salam..
    kalau ada rakan blogger yang bagi tips
    saya pasti jengah dan cuba ikut..setakatnya
    dah cuba yang terbaik..tunggu hasilnya
    jadi ke tak..terima kasih kerana tips anda..
    🙂

    Reply
  5. eh, takleh guna iframe eh? abestue cane nak embed video youtube? nak embed video youtube kena pakai iframe.. kacau ngan SEO tak kalo embed?

    Reply
  6. Teknik yang sangat bagus. Saya cuba praktikkan. Sekarang ni tengah belajar camne nak masukkan keyword yang betul.

    Bab forum tu saya biasa masuk forum game je. tapi ada jugak sehari 4-5 referrer dari forum macam tu.

    Reply
  7. Assalamualaikum . Artikel anda pada kali ini iaitu tentang SEO menarik saya untuk memberikan sedikit komen kerana pada saya artikel seperti ini membantu saya mengenali blog dengan lebih lanjut

    Reply
  8. thread no dua tu klu wp senang la.. tapi kalau yg guna blogspot agak leceh.. nak2 pulak bagi yang baru nak kenal2 dgn seo nih.. hahha..

    tips mcm ni sesuai untuk yg dah sgt faham tentang seo, bagi yang baru cuba2 mungkin terkial2..

    Reply
  9. aku xde paparkan entri langsung kat homepage.. alt tu pun tgk mood.. kalo rajin baru buat.. tp bagi aku plg penting keyword.. tambah lg kalo nak bersaing dgn blog2 ranking power.. kalo guna keyword sama mesti la tenggelam..

    Reply

Leave a Comment