Agak terlewat juga hendak mengemaskini blog kesayangan saya ini, maklumlah agak sibuk untuk menyiapkan projek akhir tahun saya yang akan dibentangkan pada pertengahan bulan Mei 2011 nanti. Jika sebelum ini saya ada berkongsi berkenaan blog terhangat di pasaran, pada kali ini saya ingin kongsikan pula mengapa blog ini menjadi pilihan saya.
Terlebih dahulu saya ingin maklumkan pada anda semua bahawa artikel ini adalah untuk menyokong sebuah projek rakan blogger saya iaitu saudara Ilham atau lebih dikenali dengan Denaihati. Sebuah projek yang diberi nama Network Blogger yang bertujuan untuk mengumpul blogger-blogger seluruh Malaysia dan membina sebuah rangkaian blogger.
Dalam artikel terbarunya sebelum ini, saudara Denaihati telah meminta agar rakan-rakan blogger yang turut serta dalam projek ini untuk menyenaraikan kenapa suka lawat 5 blog ini? Jikalau diikutkan memang banyak sebab yang tertentu bagi saya untuk kerap melawati 5 blog yang menjadi pilihan saya. Bahkan lebih daripada 5 blog yang saya gemar lawati.
Baiklah, tanpa membuang masa dengan mukadimah yang panjang lebar. Saya senaraikan antara sebab-sebab saya suka melawat 5 blog yang menjadi pilihan saya sebelum ini.
-
Denaihati.com – Sebab utama saya suka melawat blog Denaihati ini adalah kejutan demi kejutan yang sering beliau lakukan, terutama dalam projek-projek yang beliau lancarkan. Bukan sekadar projek menulis entri suka-suka seperti “Blogger Terkentut” yang sekadar inginkan backlinks daripada blog anda semata-mata atau dengan kata lain mengamalkan teknik viral backlinks secara percuma yang blogger lain tidak sedar. Sebab itulah saya tidak pernah sertai “Blogger Terkentut” itu. Maaf jika kenyataan saya bertentangan dengan fahaman anda semua. Projek yang dilancarkan oleh blog Denaihati jauh lebih berbeza, bukan keuntungan kepada beliau, tetapi keuntungan kepada semua blogger. Semua dapat merasa kesannya, kalau tidak percaya. Sila tanya kepada blogger-blogger yang menyertai projek Network Blogger ini, mengapa dan apa untungnya. Sebab yang kedua sudah pasti contest yang dianjurkan, memang memberi kesan kepada blogger yang menyertai. Bukan sekadar bersaing untuk memenangi Apple iPad 2 atau wang tunai semata-mata, tetapi pelbagai ilmu blogging yang boleh dipelajari. Seperti tips SEO, tips backlinks dan lain-lain lagi. Siapa yang belum mengikuti blog Denaihati, boleh ikutnya sekarang juga. Selain itu juga anda berpeluang untuk menjadi rakan blogger di Facebook page beliau dan kongsikan artikel blog anda di sana. Memang berbaloi.
-
SyahrilHafiz.com – Seorang rakan blogger yang baru saya kenali dalam tahun ini juga seingat saya, artikel yang dikongsikan di blog beliau memang menarik minat saya. Kerana setiap artikel yang beliau kongsikan merupakan tips atau tutorial yang saya cari dan ingin pelajari. Boleh dikatakan apa yang beliau minat, juga menjadi minat saya. Selain itu juga, perwatakan oleh pemilik blog iaitu Syahril Hafiz memang selaber (bersahaja). Boleh dibawa bergurau, kira boleh ngamlah kata orang. Juga sering bertukar-tukar pendapat, terutama dalam ilmu sistem operasi sumber terbuka (open source operating system) Linux seperti Ubuntu dan Fedora. Banyak juga yang saya pelajari daripada beliau, lihat sahaja tutorial terbaru beliau iaitu 6 langkah download Torrent menggunakan Torrific. Menarik bukan, saya mesti cuba. 🙂
-
Wazy84.com – Blog suadara Wazy ini memang mantap dalam bab perkongsian pelbagai jenis perisian (software) komputer dan ebook percuma. Selain itu juga pelbagai artikel menarik yang dikongsikan, kadang-kadang itu suka berkongsi lirik-lirik lagu lama yang mengungkap kisah silam saya dan mungkin anda juga. Tidak cukup dengan itu, dikongsinya pula tips-tips yang jarang kita jumpa. Tips dalam kehidupan seharian seperti cara yang betul mencuci kereta sendiri, mana dapat dalam blog lain. 😛
-
Anarm.net – Sebab utama saya suka lawat blog saudara Anarm ini adalah tema yang digunakan oleh beliau, tema yang dibina olehnya sendiri. Bukan, itu bukan sebab utama saya suka melawat blog beliau. Sebab utamanya ialah artikel yang berkualiti dan dapat membantu masalah-masalah saya. Terutama artikel yang berkenaan dengan dunia pengkomputeran dan blogging. Cara beliau menulis memang bagus, walaupun jarang update. Saya tetap akan melawat blog beliau, membaca artikel-artikel yang belum pernah saya baca di blog beliau. Banyak ilmu yang beliau kongsi begitu juga perisian-perisian komputer yang beliau gunakan benar-benar menarik minat saya untuk mencuba. Kiranya, apa yang beliau terangkan mengenai perisian itu membuatkan saya tertarik untuk mencuba. Kalau beliau jadi promoter, kira hebatlah. 🙂
-
AriffShah.com – Siapa yang tidak kenal dengan Ariff Shah? Hampir semua blogger mengenali beliau, bahkan satu Malaysia rasanya mengenali beliau. Blogger yang sedang giat menuntut ilmu di perantauan. Sebab utama yang membuatkan saya tertarik untuk melawat blog ini selalu adalah dari segi penyampaian artikel beliau, memang menarik. Tidak kira artikel dari segi tutorial, tips, lawak, peribadi dan sebagainya. Memang mengasyikkan, penyampaiannya ala-ala profesional. Agaknya penulisan esei beliau waktu sekolah dulu A kot. 😛
Rasanya setakat ini dahululah, nanti makin panjang pula yang saya melalut. Maklumlah, saya pantang diberi menulis. Ada sahaja yang ingin saya karangkan, tambahan pula kalau bab mengapa dan kenapa ini. Mungkin pendapat saya tidak sama dengan anda, anda bagaimana pula. Jangan lupa memberi sokongan projek Network Blogger oleh Denaihati, jadilah salah seorang rakan blogger di Facebook page beliau dan promosikan blog anda secara percuma di sana.
Amaran: InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan hebahkan sebuah contest yang menarik untuk anda semua. Hadiahnya mungkin tidak setanding Apple iPad 2, tetapi boleh dikatakan nilainya lebih kurang RM 1000. Untuk itu jangan lupa mengikuti Blog Mohd Isa. Check it out!
Pergh! hensem la abang anarm. Ada dalam entri ni. hehehe… 😛
ni baru 1st time bc blog mohd isa…nice man
keren semua blog2 di atas itu…..hehe..aku melawat selalu gak termasuk blog ko Isa…:)
Memang semua hebat. Zida tak dapat nak lawan dorang lagi. otai2 sumee~
ha’a…diorang berlima memang hebat! jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan aku…aku ni masih merangkak-rangkak dalam dunia blogging nih
semua blog ko cakap tu tak berjaya lansung tarik perhatian aku untuk masuk.. tambah-tambah yang last skali tu..haha
diorang semua ni memang hebat. ilmu diorang dalam dunia blogging ni memang banyak
kelima2 blog tu tidak dinafikan memang sentiasa mantap… wah ada kontes akan datang tu…
yeah, tahu takpa. memang mantap la blog dorang. 🙂 join contest tau bro. 🙂
wah. thanks sebab masukkan. hehe..
btw. contest macam menarik tu. modal dah ada. nak tips lagi usha entri bawah ni. harap dapat membantu.
terbaik! aku ingat nak buat gak
modal je tengah sedut sekarang
ko nak wat contest apa weh? nak join gak ni. hehe
most welcome bro, blog ko memang terbaik. 🙂 hope bro dapat support contest yg aku anjurkan ni. 🙂
Mantap2 blog dorang tu..
oh, ko nak buat contest yer.. contest apa agaknya tu? SEO ke? 🙂
contest mudah jerk, takda la seo. mana mampu kot, hehe. dah kuar tu, join la bro. 🙂
x sabar nak join..x pernah lg join contest 🙂
contest dah keluar, jangan lupa join ya. 🙂
diorang ni mmg sumber rujukan dan ilmu2 baru serta nak berkongsi pendapat yg terbaik bagi saya. untuk bersantai, mungkin cisdel dan singgit dan isuhangat menjadi pilihan 🙂
yeah, betul tu. untuk santai memang sesuailah lepak cisdel. 🙂
yup aku setuju.. aku biasa bukak no 1, 4 dengan 5 tu je.. nanti aku usya yang lain2 tu
no 2 tade, sedih2..haha
errh baru aku perasan haha no 2 tu aku selalu bukak bila submit dalam apesal.com hahaha 🙂
haha, dem! ko perasan eh..haha
blog cisdel rasa paling berlambak..kiki
aku perasan gak, mula2 join apesal. byk benor cisdel untuk dimakan. haha
apesal ko nyer yerk? hehe, cisdel penuh. 🙂
hahaha bukan la mana mampu aku nak buat apesal tu.. Hosting dia je dah berapa ratus sebulan.. Aku blogger paling awal join apesal haha tu yang mcm byk je tu.. Padahal tak banyak pon.. Skrg ni aku submit sehari 1 entry je
nak juga tu…haha
hoho, blog ngetop tu. haha, blog aku mesti tak selalukan. 🙂
Bro lebih menyukai blog yang berbentuk santai… maybe untuk mengurangkan stress yang bro hadapi
yeah, itu pun ada gak. hehe, bila dah blur suka lepak blog2 macam tu. 🙂
wahh tersenarai la balog aku
heheeh terima kasih bro
terharu jap
Insya Allah,kalau ko buat contest,aku mesti jon la nanti
haha, biasa. blog yg aku rajin lawat, mestilah aku senaraikan. tu contest dah kuar, jgn lupa join tau. 🙂
Sy tak pernah tahu pun blog2 di atas, mungkin sy masih bru dlm dunia blog
wah, mesti 1st time masuk sinikan. anyway thanks. blog di atas antara yg top la. 🙂
a ah, bru je tercelah masuk..hehe
slmt bknalan ^_^
tengok gaya, blog ni pun top (:
sayang jugak ko kat aku ye*terharu* hahaha
ingat selekeh tadi, cup2 aku kacak dan bergaya ok..haha
Kekeke..fine kacak.
Eyhh mstilah dy syg syahrilhafiz. 😛
aik? suspen je tengok mesej ni dalam emel..haha
rupanya oh ana~ hyeee..haha
(versi jeleskan isa jap)
haha, its ok la. aku ok jerk, kasi kawan2 bahagia jerk. aku ni cam cupid jerk. 😛
ades, jeles plak ana ni. ye, syg ana gak. 😛
haha, siut jerk. nak lebih gak, haha. takkan la aku nak kata kawan aku hodoh plak, semua kacak bergaya. 🙂
Sama-samalah kita terjah blog ni. Mesti ada yang menarik yang kita boleh dapat kalau bro yang rekomen.
Blog ariff shah tu memang betullah .Akupun suka masuk. Tips SEO nya juga menyengat
haha, tahu takpa. jji banyak study lagi, takpa bro. pelan2. kalau nak tya apa2, js tya. insyaAllah aku sedia membantu. 🙂
akupun dah lama tak skodeng2 blog yg biasa aku masuk..sbb kebanyakkan blog yg aku suke terjah penulisnya dah busy tak sempat nk update blog.
haha, ko masuk blog pasal duit jerk. mana nak masuk blog picisan. 😛
bila la blog aku nk jadi macam blogger2 terhebat yg laen..
hehhehee…. 🙂
boleh je bro, janji ada usaha. rajin berkomen di blog2 superb mcm tu. 🙂
Assalam..
Kalau tak silap, trafik dari sini pun byk ke sana kan…
Gud luck..
salam iza, trafik di sini byk ke sana? maksud iza, blog mohd isa jari referral blog dorang la yerk? hehe
dah mantop dah blog hang ni isa. keh keh keh 😛
contest menarik?? nie yang berminat nih.. semua blog2 diatas memang bagus… erm takda pun blogger perempuan??
Blogger perempuan pun ramai yang hebat2 kan sekarang.
apa lagi, sebat je hadiah dia nak kasi.
bolot saja mohd isa tu..ngeh3
hoho, bolot yerk. siut jerk, meh join. 🙂
tahu takpa bro, apa kata bro senaraikan. 🙂
contest dah kuar tu bro, jgn lupa support tau. tahu takpa, blogger perempuan ada juga. ramai juga kalau nak senaraikan semua. 🙂
wah contest mahal tu.. caiyoklah.. ada blog yg jarang den tgk
hehe, dah kuar tu bro. jgn lupa join tau, hope dapat support dari rakan2. 🙂
ya baru jer tau pasal blog dorang ni. memang sanga berguna .
nanti nak try baca lagi entry mereka.
Okey wah nanti Isa buat contest?? Nanti beaty join
kalau beaty nak cari blog berjaya, boleh contohi blog2 di atas. memang banyak benda yg boleh dipelajari daripada sana. 🙂
diorang ni mmg sumber rujukan aku sama…
diorang ni balance dalam segi trafik dan info yang di paparkan…
tak semata2 nak kejar SEO… content unik n berinfo
Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
yurp, kalau nak kejar seo boleh contohi blog dorang. memang superb la. 🙂
Blog mereka2 ni mmg powerrr…bykk info n tips bguna utk readers.
Huhu…ade contest ek? Sy org ptama yg akn join nnt. 😛
awak2 jangan lupa saya ye..kikiki
menggatal plak dia kat sini yerk…haha
tahu takpa ana, dah la power. superb plak tu, hehe. memang banyak yg dorg kongsikan. jgn lupa pasal contest tau. join je, memeriahkan majlis la katakn. 🙂