Rasanya belum sampai lagi pertengahan tahun 2011, apatah lagi hujung tahun 2011 untuk menyatakan 5 blog paling kerap dilawati 2011. Tetapi memandangkan tugasan yang diberikan oleh sahabat karib saya dalam dunia blogging, tidak salah rasanya untuk dikongsikan bersama anda semua.
Buat pengetahuan anda semua, 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 ini merupakan sebuah lagi projek yang dijalankan oleh saudara Denaihati yang bertujuan untuk mengembangkan lagi dunia blogging di Malaysia ini. Malah ia juga bagi membina sebuah komuniti yang dipanggil Network Blogger, tujuan utama Network Blogger ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak rakan blogger.
Jika sebelum ini saya ada kongsikan sebuah artikel yang bertajuk Tips Meningkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Group, maka Network Blogger ini juga lebih kurang sama dengan konsep yang dijalankan oleh Facebook Group. Tetapi keutamaan Network Blogger ini bukan pada trafik blog semata-mata, ia lebih kepada membantu blogger sesama blogger.
Apa yang dimaksudkan membantu blogger sesame blogger? Seperti dalam setuasi membantu blogger kita memenangi contest luar atau contest yang lebih mencabar, membantu rakan-rakan blogger dalam kesusahan serta membantu apa yang patut kita bantu. Ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger.
Itu adalah serba sedikit mengenai projek 5 Blog Yang Paling Kerap Dilawati 2011, semoga rakan-rakan blogger lain yang membaca artikel ini dapat turut serta di dalam projek ini. Baiklah, waktu untuk saya umumkan 5 blog paling kerap dilawati 2011 oleh saya seperti berikut:
- Denaihati.com – Sebuah blog peribadi yang banyak berkongsikan artikel yang menyentuh isu semasa yang dihuraikan dengan baik sekali untuk dibincangkan bersama.
- SyahrilHafiz.com – Blog ini banyak berkongsikan tutorial yang menarik mengenai sistem operasi seperti Ubuntu dan Windows. Lihat sahaja Adibuntu yang ada sekarang hasil tutorial daripada blog SyahrilHafiz.com
- Wazy84.com – Kebanyak artikel yang dikongsikan adalah berkenaan dengan pembangunan komputer tidak kira software ataupun hardware.
- Anarm.net – Paling saya gemari mengenai blog ini adalah hasil tema yang dibina oleh empunya blog. Selain itu juga, artikel mengenai dunia software yang benar-benar berguna kepada saya.
- KulanzSalleh.com – Sebuah blog yang menggunakan tema Thesis seperti saya ini banyak berkongsikan artikel berkenaan informasi semasa negara yang berguna kepada semua.
Itulah 5 blog paling kerap dilawati 2011 ini, terdapat juga blog-blog lain yang saya kerap lawati dan mungkin saya akan nyatakan di dalam artikel yang akan datang. Oleh yang demikian saya ingin mengajak kepada blogger-blogger yang lain untuk turut serta mengembangkan lagi Network Blogger ini.
Nota: Maaf jika saya tidak nyatakan 10 blogger untuk turut serta dalam projek ini, kerana saya ingin mengajak semua blogger yang ada untuk memeriahkan lagi Network Blogger ini. 🙂
apesal.com provide citer len, tp citer nei lk y kuar
link lain artikel lain.. aduh
erk, kenapa plak bro?
Cocok banget infonya bos….trim’s y smoga sukses selalu.
ngomong2 boleh g tuker LINK nya..?
Salam kenal.
Kebanyakan yang buat ni melawat blog yang hampir serupa kan?
jom2 raikan, bantu dan sokong projek ni ramai2..
jom bro, sertai sekarang juga. 🙂
semua blog di atas tu hari2 aku terjah, termasuk blog ko Isa…hehe terbaik 🙂
thanks nine, hehe…aku selalu terjah time pagi2 jerk…:)
mmg saya pon slalu masok blog diorang. plg suka mestilah Denaihati dan blog bro 🙂
tahu takpa, memang menariklah. pasti ada info yg menarik, anyway thanks bro sebab sudi melawat blog aku. 🙂
goodluck ngan kontest.. hehe, tengok tajuk blog aku daa tak baca content, terus ke bahagian komen ntuk tinggalkan jejak.. hahaha
contest? erk, ni bukan contest la. ades
bagus nya ada network blogger. niat yg baik mesti mendapat hasil yg baik
betul tu kak, hopefully berjayalah tujuan network blogger ini dibina.
salam
wahh blog aku ada dalam list la
ehehehe btw tq bro
salam bro, mesti. haha, most welcome. 🙂
mmg bes bro blog diorang nih…byk gilerr info.mmg bagus utk readers.
betul tu ana, smart abislah. readers memang usah cakaplah, ramai sekali. hehe, readers ana pun bykkan. maklumlah, blog awek comel, takkan takda yang nak terjah. 😛
LOL
???
blog paling kurang dilawati tak ada ke..kalau ada, musti blog aku tersenarai
haha, jangan cakap macam tu bro. nanti aku akan rajin lawati blog ko yerk. 🙂
Wah….sumer belum diterjah…he he he
terjahlah, best…
wahh..mekasih sebab puji blog anarm, keh3..nape ramai yg ckp blog aku ubuntu je? aku rasa mcm biasa2 je..kadang2 nampak macam-macam aku kongsi..huhu
sbb itu yg menarik pun, yg lain tak pun. haha, itu aku suh ko tulis pasal ubuntu je. confirm meletup. dalam entri tu selit2 la benda len. hehe
hehe, tu tunggu ar kalau aku buat blog satu lagi yang betul-betul niche orang cakap..
bilalah agaknya, meh menulis kat kotakminda la, aku kasi ko ruang advertisement. 🙂
waahh.. mekasih sebab puji theme blog aku.. keh3.. nape ramai yg ckp theme blog aku cantik? aku rasa mcm biasa2 je.. kadang2 nampak buruk giler.. huhu..
serius aku suka, cuma kadang2 slow plak nak load. tak tahu napa, ce compize lg…
canthek la tu..haha..dah custom..bila tah dapat design custom made theme aku punya site..adus