Raya datang lagi! Agak lama tidak merepek di blog ini, makin suram rasanya untuk menulis blog. Agak sibuk kebelekangan ini, kerja dan sukan membuatkan agak kelemahan sedikit untuk menulis. Sekali-sekala sahaja menjenguk blog ini, mungkin perubahan perlu dilakukan sedikit demi menaikan mood menulis kembali.
Buat pengetahuan pembaca semua, saya telah pun selamat sampai di kampung halaman iaitu Taiping Bandar Warisan atau lebih dikenali sebagai Tempat Tadahan Hujan. Selama saya hidup di muka bumi ini, alhamdulillah belum ada lagi banjir besar berlaku di Taiping walaupun merupakan kawasan tadahan hujan. Sejuk dan nyaman rasanya berada di Taiping jika dibandingkan dengan Perlis.
Al-maklumlah, Perlis berada di bawah iklim monsun tropika. Agak panas di sana, tapi kalau sekali datang hujan. Tak berhenti-henti dua tiga hari. Sebelum balik Taiping pun, Perlis sekarang musim hujan. Tapi alhamdulillah, tidak berlaku banjir seperti sebelum ini.
Semalam 3 Ogos 2013, alhamdulillah saya telah selamat sampai di Taiping kira-kira jam 5.30 petang. Sampai sahaja di rumah, terus bersiap-siap untuk menghadiri Majlis Iftar Blogger Perak di Taiping yang dianjurkan oleh kakak kawasan iaitu Cik Reena Tan. Majlis berbuka puasa pada kali ini diadakan di SSL Traders Hotel.
Majlis yang serba ringkas janji mencapai objektif walaupun kehadiran kurang, mungkin bertembung dengan sebuah majlis lagi yang diadakan di Ipoh. Apa-apa pun, saya rasa seronok dengan dapat berjumpa rakan-rakan blogger yang lain yang telah sekian lama tidak berjumpa. Rasanya kali terakhir berjumpa adalah pada majlis berbuka puasa pada tahun lepas.
Majlis Iftar Blogger Perak – Taiping Sebelum Raya
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang mengenali saya, tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang singgah membaca di blog ini.
Semoga di hari raya ini kita semua bergembira di samping keluarga dan orang tersayang, insyaAllah. Selamat hari raya juga kepada rakan-rakan saya dalam Blogger Perak, we are family. Semoga hubungan persahabatan kita semua kekal abadi hingga akhir hayat. Don’t touching touching ok!
P/S: Gambar tak dapat nak upload semua, line tenet tak bape laju. InsyaAllah saya akan upload dalam Facebook kelak. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya
Rasanya baru kemarin kita Idul Ftri kini tinggal beberapa hari lagi akan menginjak hari raya
Raya Coming Soon, mari menyambut dengan suka cita 🙂