Salam hari Jumaat buat semua umat Islam, syukur alhamdulillah kerana diberikan peluang sekali lagi oleh Allah s.w.t. untuk terus bernafas di muka bumi ini. Tahukah anda bahawa mengumpat itu jijik? JIka memfitnah itu lebih besar daripada membunuh, apa pula bagi mengumpat?
Mengumpat Itu Keji
Dosa mengumpat ini adalah lebih besar daripada dosa seorang wanita yang tidak bertudung, itu apa yang saya ketahui dengan bacaan di sini. Menurut al-Zamakhshari dalam tafsirnya al-Kashshaf, kiasan dalam ayat 12 surah al-Hujurat ini didatangkan dalam keadaan menunjukkan betapa perbuatan mengumpat itu sangat hina dan keji.
Antaranya ia didatangkan dalam keadaan berikut:
- Menggunakan uslub istifham (gaya bahasa pertanyaan) tetapi memberi makna taqrir (kenyataan).
- Menjadikan sesuatu yang dibenci itu berkaitan dengan sesuatu yang disayangi iaitu “memakan daging saudara sendiri.”
- Menyandarkan al-fi’il (perbuatan) kepada “seseorang daripada kamu” yang memberi maksud bahawa setiap individu tidak suka kepada perkara tersebut.
- Tidak mendatangkan perumpamaan sekadar memakan daging manusia secara umum, akan tetapi sesuatu yang lebih dasyat iaitu memakan daging saudara sendiri.
- Menyifatkan daging saudara yang dimakan itu daripada tubuh badan saudara yang sudah mati.
Cuba anda bayangkan, mengumpat atau mengata kepada orang lain umpama anda memakan daging saudara sendiri seperti yang telah diterangkan di atas. Betapa jijiknya perbuatan mengumpat orang lain. Maka jagalah akhlak kita agar dijauhkan perkara sebegini.
jadi, mulai dengan kurang mengumpat sekarang. Lepas tu, tak yah dah mengumpat..
usah kurang, terus jangan mengumpat. tapi susah beno nak controlnya. hehe
Mengumpat memang tak elok
lebih-lebih lagi mengumpat dari belakang
aku pun ada juga buat entri macam ni aritu
semoga kita dapat manfaat bersama dengan artikel ni
itulah, berdosa juga aku pernah mengumpat kawan-kawan dulu. umpama makan daging saudara sendiri pula tu. insyaAllah lepas ini, kena jauhi benda-benda macam ni. bohonglah kalau manusia tidak pernah mengumpat atau mengata hal orang lain ye idak. harap artikel ini dapat mengingatkan semua orang tentang bertapa kejinya mengumpat.
kadang2 dalam kehidupan seharian kita akan mengumpat, cuma kita perasan atau tidak je…
betul tu bro, sbb itu kita perlu jaga setiap percakapan kita. insyaAllah kita akan dapat hindarinya.
definisi mengumpat tu secara jelasnya apa eh? kalau bergosip mcm laman web gosip tu dikira mengumpat tak?
yang itu kurang pastilah pula, itulah persoalan aku sejak isu poco-poco diharamkan aritu. kalau poco-poco diharamkan, kenapa berita hiburan yang selalu keluar kat akhbar dan televisyen tidak diharamkan sekali. boleh mendatangkan maksiat tu. 🙂
seringkali terfikir benda yang sama… rasanya istilah gosip tuh sekadar untuk melembutkan perbuatan tersebut, tapi tak berani nak komen lelebih, kang ada plaks orang marah, sebab bukan ahli untuk bercerita mengenai hal ini.
itulah bro, selalu gak terfikir pasal gossip2 artis ni. tak berdosa ke? mufti diam je. pasal duit kot. 🙂
Rasanya benda macam ni dah jelas dah kot, tak perlu pun mufti buat pengumuman, sebab guru-guru agama / ustaz / ustazah pun dah banyak bagi ceramah, terpulang kepada kita nak menjauhkan diri ataupun melakukannya… 🙂
tapi serius, mufti perak straight skit. dulu time aku duk ipoh, hom heboh dilarang buat kat perak. haha, mulalah budak2 muda kat perak bising. aku memang jarang baca bab hiburan ni, tambahan lagi bab gossip. memang aku tolak tepi terus. tp drama2 takpakan eizil, sekadar ambil teladan.
itu le, ada orang kata, kalau cakap belakang, tapi cakap benda yang betul, bukan mengumpat, kalau cakap benda tak betul, baru mengumpat, hmmm..tp bila ditanya balik, betul ke tak, ada bukti ke…org yang buka cerita tu pun cakap, dia pun dapat cerita dari org..hoho..
so dalam situasi tuh, dah jadi mengumpat aa kot kan… 😀 sebab sumber cerita pun dah tak sahih… hehehe… semoga kita akan terlindung daripada perkara sebegini…
itulah bro, kalau boleh. kita sendiri kena elakkan daripada mendengar perkara-perkara macam tu. klu dgr pun, better cari kebenaran. kalau benda tu salah, insyaAllah boleh kita betulkan.
itu dah jadi masalah, nak kata berong pun boleh. yang selalu aku dengar bila nak start mengumpat ayat ni mesti keluar dlu, “aku tak tahulah cerita ini betul ke idak, aku ada dgr bla..bla…” mulalah mengumpat org, terus aku cabut lari. hoho
entri yang baik,mendamaikan dan memuliakan orang yang bersifat baik.
Terima kasih. Semoga banyak pengajaran dapat diperolehi oleh pembaca.
sama-sama, semoga dengan perkongsian ini memberi pengajaran kepada semua. 🙂
aku tak suka orang mengumpat aku!!hahahaha. daripada mengumpat,aku lagi suka diorang ngutuk aku depan-depan. hehehehehe.
siapa yang suka menjadi bahan mengumpat ye, ada ke? haha, tahu takpa. kalau kutuk depan2 takpa, be positive. anggap satu motivate diri. 😛
perlu elakkan mengumpat..
yurp, bukan elakkan sahaja. hindari terus. 🙂