Sebut sahaja mengenai search engine optimization atau lebih dikenali sebagai SEO, pasti sudah ramai blogger yang berjinak-jinak mempelajari mengenainya. Maklumlah, banyak kelebihan yang boleh diperolehi apabila anda menguasai SEO dan diamalkan dengan teknik SEO blog yang betul. Terutama yang mengejar trafik tinggi, sehingga keluar istilah “main SEO” dan “bermain SEO”. Sama tapi tidak serupa.
Tapi pada kali ini saya tidak akan terangkan istilah tersebut, melainkan anda boleh membuat andaian sendiri atau bertanyakan kepada yang lebih pakar dalam teknik SEO blog. Saya akan kongsikan tujuh kaedah bagaimana mengoptimakan entri blog anda supaya berada di kedudukan terbaik di enjin carian.
Teknik SEO Blog Pertama – Menjalankan Penyelidikan Kata Kunci (Keyword)
Perkara paling penting dalam menulis sesuatu entri sudah pastinya kata kunci (keyword), tidak kira beberapa patah perkataan. Untuk mencari sesuatu keyword yang bersesuaian anda bolehlah meneka sebarang keyword yang sering dicari oleh sesiapa sahaja di enjin carian.
Untuk mencari keyword yang bersesuaian anda bolehlah menggunakan tools yang telah disediakan, saya sering menggunakan Keyword Tool daripada Google Adwords. Maklumlah, Google merupakan sebuah enjin carian yang sangat popular digunakan masa sekarang. Selain itu juga anda boleh mencuba Free keyword suggestion daripada Wordtracker.
Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan Google Insights untuk penyelidikan dan frasa carian atau frasa keyword. Jika anda mempunyai wang lebih, bolehlah menggunakan premium tools seperti SEObook.com, SEOmoz.org atau Raven Tools.
Teknik SEO Blog Kedua – Fokus Pada Frasa Keyword Yang Rendah Saingan
Jangan bazirkan masa anda dengan menggunakan frasa keyword yang tinggi saingannya, ini akan menyukarkan entri anda berada di kedudukan terbaik di enjin carian. Sebaiknya anda fokus pada frasa keyword yang rendah saingan, ini dapat membantu entri anda berada dikududukan yang lebih baik.
Untuk melihat jumlah saingan untuk sesuatu frasa keyword, anda boleh melihatnya di enjin carian seperti Google. Lihat gambar di bawah:
Sebaiknya, jika saingan melebihi 75000 elakkan penggunaan frasa keyword tersebut. Cuba frasa keyword yang lain pula. Walaupun kurang saingan, ia tetap dapat membantu anda dalam menarik trafik daripada enjin carian.
Teknik SEO Blog Ketiga – Pilih Satu Keyword atau Frasa dan Mula Menulis atau Tweak
Perkara yang paling penting dalam teknik SEO blog ialah “content is king” seperti diingatkan selalu oleh sahabat saya Neo yang juga terdapat dalam artikel terbaru beliau iaitu bagaimana melaksanakan seo secara betul.
Dengan pemilihan satu keyword atau frasa, anda boleh mula menulis sebuah entri blog yang baru atau tweak entri lama anda agar lebih baik dengan frasa keyword yang lebih berkualiti. Selain itu juga anda boleh tweak sebarang artikel daripada mana-mana sumber dengan olahan anda sendiri agar ianya disampaikan dengan lebih berkualiti.
Apa yang dikatakan dengan frasa keyword ialah sebagai contohnya, anda ingin menggunakan keyword Harimau Muda. Dengan Harimau Muda sahaja entri anda mungkin tidak dapat berada dikedudukan yang baik, cuba gunakan frasa seperti “Harimau Muda Menewaskan Sang Garuda” yang sudah pasti saingannya rendah.
Teknik SEO Blog Keempat – Gunakan Frasa Keyword Pada Tajuk dan Tags
Perkara yang paling mudah sekali, sudah pasti jadikan frasa keyword anda sebagai tajuk entri blog anda dan jangan lupa masukkan ke dalam keyword tags entri tersebut.
Teknik SEO Blog Kelima – Ulang Frasa Keyword Dalam Entri Blog
Jangan lupa mengulangi frasa keyword anda di dalam entri yang anda tulis, sebaiknya wujudkan frasa keyword anda menggunakan heading H2 di dalam entri tersebut. Tetapi harus diingatkan, seelok-eloknya pengulangan hanyalah dalam linkungan 3-4% sahaja. Pengulangan frasa keyword ini lebih dikenali kepada keyword density, jika berlebihan ianya boleh dianggap spam atau dikenakan penalti oleh enjin carian.
Teknik SEO Blog Keenam – Gunakan Frasa Keyword Dalam Meta Description
Begitu juga dengan meta description, anda perlu memasukkan frasa keyword anda di dalam meta description. Kerana ianya sangat-sangat membantu di dalam SEO yang dapat menarik minat pencari untuk membaca entri anda apabila meta description ini dipaparkan sekali dalam hasil carian.
Teknik SEO Blog Ketujuh – Gunakan Gambar Berkaitan Dengan Frasa Keyword
Sudah menjadi kebiasaan para blogger untuk memasukkan gambar dalam setiap entri, bagus. Tetapi adakah ianya membantu dalam teknik SEO blog anda? Pastikan ianya lengkap dengan frasa keyword pada alt tag gambar tersebut yang dapat membantu entri tersebut. Terdapat dua sebab utama, enjin carian akan melihat entri anda sebagai sebuah entri yang lengkap dan ianya akan jadi hebat untuk dibaca.
Terdapat juga teknik SEO yang boleh dipraktikkan dalam menulis entri atau artikel pada blog, tetapi saya sarankan tujuh kaedah ini dahulu kerana ianya benar-benar akan membantu anda dalam menulis sesebuah blog. Jika anda mempunyai kaedah lain, bolehlah kongsikan bersama saya dan pembaca lain dengan meninggalkan komen di bawah.
Terima kasih atas info.. makin lama, makin malas seo ni. haha
Terima kasih atas info.. Moga-moga berhasil.. =)
Insyallah akan cuba dipraktikan untuk contest seo yang sedang disertai
semoga berjaya dalam contest tersebut. 🙂
Bagaimana dengan teknik tag and ping? saya masih gunakan cara ni, walau dikatakan sudah tidak relevan sekarang ni.
tag and ping? di mana ya? kalau di fb tidak memberikan kesan pun pada seo, sekadar menarik trafik sahaja.
Terima kasih bro untuk tips-tips SEO ni.. nak godek lebih-lebih tak berapa pandai lagi 🙂
takpa, godek pelan-pelan…try n error…pasti memberi banyak pengalaman…
Selalu jugak aku cuba try n error bro…ade jugak code yg aku letak…tp sekerat jalan jer…x habis, tp bila check ok jerr…aku malas nk edit2 lagi dah…he3x!!
Ok bro…thx…insyaallah nti aku emailkan kt ko…:)
haha, ok lah tu. kalau nak selamat main coding. buat kat blog tester yang lain. macam shah duk sll buat. dia sll test kat blog lain dlu baru buat kat blog sendiri.
seronok aku baca kat sini…banyak giler tips yg ko bagi tu…memula nak buat tapi dh disiplin tak de kelaut la jawabnya…hehehe
#Kalau la bro boleh komen ttg blog aku…:)
haha, apa-apa pun kena rajin mencuba bro. insyaAllah kalau ada masa, aku tolong komen seo blog ko. tlg emelkan request ko kat aku, pakai je contact form dalam blog ni. 🙂
Dulu2 masa memula belajar aku mmg rajin sesangat mencuba coding2 ni bro…tp bila dah masuk taun ke 3 ni…ntah lerr…cam agak kurang sikit nak test /edit2 coding…takat ni just layan je apa yg ada…hehehe
haha, biasalah tu. nanti ada niat nak main balik, main la. bukan susah mana pun. just makan masa skit jelah. 🙂
terima kasih kerana sudi kongsi ilmu…
Aku key word hentam kromo je 😀
sama-sama, keyword main peranan penting tu. kalau nak best pakai keyword semasa je, senang nak rank. 🙂
emm..kena pandai pilih kata kunci nih. nak conquer kata kunci berkaitan dengan pendidikan dan cikgu-cikgu. hehe..
kalau bab pendidikan, memang banyak kata kunci yang boleh digunakan. ianya terbuka luas. tambahan pula kalau bab keputusan, soalan ramalan, soalan spm dan sebagainya. 🙂
kena berlatih lagi nih. tak cukup kuat lagi seo kat blog ni.
seo kat blog ni? mean? memang masih pembangunan semula seo dalam blog ni. hehe
boleh lah test untuk next entri ni.
yurp, boleh amalkan selalulah lepas ini. 🙂
hehe..betul tu. aku tahu ni semua. tapi tak reti nak terangan bila orang tanya. haha..
haha, biasalah tu. nak mudah, bookmark entri ni…bila org tya…suh je dorg baca. abis citer. 😛
terbaik! keyword memang penting.. dapat keyword best2,kadang2 selang seli dengan perkataan lain.. dengan harapan mengena.. kadang2 nak pikir keyword je dah lama..
haha, itu biasalah bro. apa kata bro cuba fokus satu main keyword dahulu, dan pelbagaikan frasa keyword untuk beberapa entri dalam sebulan kat blog bro. mesti menjadi punya. pastu bina inbound link untuk setiap artikel tersebut. tips percuma utk bro. 🙂
salam..
memang menarik entri nih..
kebanyakkan penguasaan SEO
adalah bersandarkan pada Keyword
sesuatu entri rupanya ye..?
yurp, kuasa keyword pada entri adalah amat penting. yang paling mudah untuk dirankkan adalah blog atau laman yg berniche. tetapi harus diingatkan, kualiti didahulukan. 🙂
aku pening bab keyword density la bro…..macam mana nak calc dia erk? sampai sekarang fening aku…keyword tu kita kira total perkataan dalam entry atau termasuk sekali dianyer meta tag? setengah aku tengok (aku try free keyword density checker la) tak kira sekali meta, setengah tu, sekali dia kira… setengah tu ada pulak dia pecahkan kepada 1 perkataan keyword, 2 perkataan…hadoi….tolong beri tunjuk ajar..huhu…
aku pun tak abis kaji lagi, tetapi selalu aku kekalkan peratus keyword dalam artikel jerk dari 3-4% sudah. yang lain aku cek pakai add seoquake utk mozilla. hehe
keyword ni banyak kalau kita ikut tajuk entri,kena pandai pilih je ,asalkan jangan salah guna letak keywords “panas” sudah la
keyword panas boleh digunakan, asalkan kita pandai gunakan keyword tersebut untuk ke arah kebaikan. seperti keyword MELAYU BOLEH, pernah dipertandingan dalam contest SEO untuk menjadikan ia sebuah keyword yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.
dulu awal-awal rajin la jugak search keyword ni..sekarang main tulis jep..dapat menulis tu pun kira dah ok dah..hehe
itu perkara biasa bila mula-mula memanglah rajin sana sini, kalau boleh hendak mencuba semua. tetapi apabila sudah pandai main tulis, maknanya kemahiran itu sudah ada. just kena tweak skit kasi menarik. 🙂
pilih keyword yang kurang saingan ke? setau aku kena guna keyword yang hot untuk dapatkan lebih byk traffik.. .
bukanke kalo nak main micro niche blogging baru carik keyword yang kurang saingan? huhu… ke aku salah fakta?
maybe aku lupa nak mention dalam artikel aku ni, khas buat newbie. better guna keyword kurang saingan dan bukan semata-mata untuk mencari trafik, tetapi kualiti yang didahulukan. untuk niche blog plak, main keyword mestilah high bukan, so dalam content la kita main ng sub keyword. 🙂
pergh power ah entri ni…sangat best. salute ah….lu mmg otai bro.
haha, sekadar berkongsi ilmu yg dipelajari dari blog2 di luar sana. 🙂
dah lama tak mengkaji keyword.. sekarang ni main bedal je.. haha..
haha, ko takpa. dah hebat dah, lgpun ko ada tanggujawab lain nak kena buat. weh, bila denaihati nak wat contest seo ni? contest LIKE ni serius aku ckp tak adil…maklumlah…bukan semua org popular…yg popular setakat copy paste…boleh je dpt LIKE belambak2. padahal artikel takda kualiti lansung. denaihati pun dapat efek buruk apabila backlink takda kualiti lansung. sorry to say. hehe
denaihati ade motif yg tersendiri.. 😉
memaksimakan penggungaan butang2 yang ada? hehe, bermusimlah jawabnya. tamat je musim gajet impian, terabailah butang tersebut kembali. hehe
kalau diamalkan, dpt la trafik dr social network.. dan tak perlu terlalu bergantung pada seo.. impak dr social network lagi besar rasanya.. kalau ko jumpa denaihati ko tau la cmne pemikiran dia.. macam2 idea.. seo pon dia main tapi guna cara masing2 la kan..
impak dia memang besar, aku pun tgh duk study pasal nak tarik trafik dari social network secara berterusan. cerita bab trafik ni memang sampai bila-bila tak habis, betul tak? itulah, aku teringin sangat nak berkolaberasi dengan denaihati ni. hehe 🙂
yup..memang betul..tapi skang ni nak mencuba ke arah lain..sebab by keyword ni macam dah biasa sangat..:D
ke arah lain cam mana yerk? boleh share tak bro?
kadang boleh takde idea bila nak mengolah keyword ni. tapi memang perlu rajin mengkaji tentang mengoptimakan SEO =)
biasalah tu, tambahan pula kalau blog personal. tak ber niche. memang pening jugalah. 🙂
gunakan keyword yg rendah saingan? adehhh, keliru nih, tp ramai yg kata kena guna keyword yg tinggi? mana satu yer
yurp, pada permulaan better guna keyword yang rendah saingannya. klu dah byk sgt saingan, memang susah nak rank. tambahan yg page satu semua blog power2 dan dah ada authority sendiri…
Guna keyword yg rendah mcm mana dan guna keyword yg tinggi mcm mana?
Kadang2 saya sendiri mensearch keyword dan mencuba 1 by 1,bermula yg pertama, lps tu bila berpuashati dgn apa yg kita cari barulah kita stop di situ. Maaf kalau ayat keliru sikit.!
boleh search keyword yang kita hendak guna di Google, selepas result dipaparkan, dibawah kotak carian ada tulis jumlah artikel atau laman yang berkenaan dengan keyword tersebut. lebih 75000, maka tinggilah saingannya. faham tak?
kurang faham dengan mensearch keyword, bagaimana ianya dicuba 1 by 1?
Baru ku faham, Oh ya bila tajuk blog kita berada di atas sekali dlm 75000 itu, bermakna kebolehupaya PR kita akan naik ke?
itu tidak dijanjikan, tetapi kemungkinan ia juga besar. jika sudah mahir bolehlah mencuba dengan competitor yg lebih tinggi. :
dulu aku rajin gak tngk keyword.. skrg men bedal je.. hahaha..
haha, takpalah…ang byk keje nak wat…mana ada masa nak research keyword ni suma. 🙂
baik ulasan ko bro…abis ko pakai keywords dlm post ni hahaha. 🙂
terima kasih bro, atas nasihat dan tunjuk ajar dari bro juga. 🙂
cukup malas deng nak search keyword mana yang perlu dioptimakan dulu..hehe
tapi itu lah. lebih suka cari yang mudah diingati
kalau bab malas ni memang tak boleh buat apa-apalah, ubatnya guna keyword semasa sahajalah jawabnya. tapi itulah, bila bermain keyword semasa. jangkamasa untuk keyword itu terhadlah. 🙂
Semua keyword 😀 … Tapi betul ko cakap .. Paling ‘king’ kalo kita buat searching kat keyword tool .. Carian tinggi tapi compete kurang di search engine… Aku banyak mula macam ko cakap diatas. Cuma kena berganjak juga rasanya dari frasa yg kurang saingan ke keyword yg banyak saingan bila sampai satu masa nanti, untuk practice n tau perubahan algorithm google. Nice sharing otai ni 😀
lupa nak mention kat atas, untuk compete kurang ni khas untuk newbie la. kalau dah expert dan blh g jauh. better bersaing dengan compete yang tinggi plak la. cam aku buat sekarang la, cuba bersaing dgn ko. hehe
byk la ko nyer otai. hehe
haha siut je compete2. Apa pun 1 page tu ada 10 list URL. aku ngaku kalah lah kalo ko comptete ngan aku haha 😀 .. x ngaku lak otai 😉
haha, aku takda masa kot nak up kaw2 cam ko. lgpun blog aku bukan ada niche pun. len la forblogger. nnt kte up projek yg len yerk. 🙂
heading H2 tu apa dia?
heading juga, macam aku gunakan dalam artikel aku…masukkan h2…:)
h2? apa tuh