Edisi ketinggalan zaman sekali lagi, mana tidaknya. Saya rasa sudah ramai yang mengetahui mengenai My Brute ini, sebuah laman yang menyediakan sebuah permainan lawan-lawan (fighting) yang menarik tanpa menekan papan kekunci.
Hanya perlu klik pada mouse sahaja, ini barulah permainan video yang tidak memerlukan mouse gaming. Klik dan tunggu sahaja sehingga perlawanan selesai, lihat dengan teliti dan nantikan keputusannya sama ada anda menang atau kalah. Kemudian sedikit demi sedikit level anda akan naik dengan mudah tidak seperti Google Pagerank yang banyak kerenahnya.
Bagi yang belum mencubanya, bolehlah mencubanya sekarang juga. Hanya masukkan nama pilihan anda, pilih kareter dan warna yang anda suka. Akhir sekali anda lawanlah dengan sesiapa sahaja yang anda suka. Buat pertama kalinya anda diberi 6 atau 7 peluang untuk berlawan dan 3 kali pada hari berikutnya.
Mudah bukan? Apa yang penting menarik, sekadar melepaskan kebosanan. Jom lawan saya sekarang juga di My Brute, anda mampu menandingi saya. Nanti kalau saya sudah mencapai level 10, saya boleh buka clan macam game dota. Bolehlah anda join clan saya kelak, mudah. Klik dan tunggu sehingga anda menang. 🙂
Rakan blogger saya Anarm dan Azman Ishak sudah membuli saya, anda pula bagaimana? Jom lawan kalau berani di My Brute sekarang juga!
lama aku x main game bro.. 🙂
aku boleh kata, tiap2 hari main game. klu ada masa la. 😛
Ho3.. Siaplah Jai x kje asyik main game ja nih…wahahaha
haha, game simple je jai. test la. 😛
aku pernah main sekejap game nih, tapi lepas tu tinggal gitu jer..
haha, kalau rajin mehla lawan aku. tlg aku up level jerk. 😛
aku belum sempat main game ni 😀
main la bro, game simple je ni. saja suka2. 🙂
hebat game ni..kalau anak2 dapat tak ingat dunia.
game suka2 jerk, dari biarkan buka benda yg takda faedah. 🙂
da lama tinggal.. hehee
haha, kira aku yg tertinggallah ni yerk. saja suka2 jerk. 😛
dah macam strategi lak game nih…
haha, tak sama kot ng strategi game. game mudah jerk, klik dan tgu. abis citer. 😛
Dulu sakan gak main mende ni… hehehe… skang dah takder masa nak layan game kat lappy… huhuhu
haha, game dua tiga minit jerk. bukan leh main 24jam pun. aku pun jarang main game sebenarnya. paling lama pun main dota dengan kawan2. 🙂