Sudah lama rasanya aku tidak menulis mengenai SEO di dalam blog ini, kalau cerita bab SEO ini belum tentu sampai kepenghujungnya. Maklumlah, hampir setiap masa sesebuah enjin carian itu akan mengemaskini algoritma carian untuk mencari artikel yang lebih tepat dan memenuhi kata kunci carian. Kali ini aku ingin ceritakan sedikit mengenai kepentingan tag Heading dalam SEO.
Apa itu tag Heading?
Terlebih dahulu, aku rasa lebih baik korang semua fahamkan dahulu apa itu heading di dalam struktur blog atau laman web. Heading merupakan tajuk utama untuk satu-satu artikel/kandungan atau elemen-elemen lain yang wujud dalam satu-satu dokumen HTML. Ini merupakan satu asas untuk pendalaman ilmu SEO korang semua.
Secara amnya, tag heading dalam HTML digunakan untuk menerangkan tajuk untuk satu-satu artikel atau kandungan. Kini, kehadiran kod aturcara yang terbaru iaitu CSS, membolehkan kita menetapkan paparan satu-satu frasa menjadi sama seperti heading. Dalam konteks SEO, heading memainkan peranan yang besar dalam membentuk struktur satu-satu dokumen.
Heading terdiri daripada enam variasi yang dinamakan dari h1 sehingga h6. Penggunaannya secara hierarki dan berturutan membolehkan satu isi utama difokuskan dan dipecahkan kepada beberapa isi-isi kecil di bawahnya. Keadaan ini secara tidak langsung memetakan satu-satu kandungan secara lebih teratur bagi memudahkan pengguna membaca dan memahami satu-satu tajuk.
Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada pembaca tetapi juga kepada agen carian. Penggunaan heading yang betul membolehkan agen carian mengindeks keseluruhan kandungan lebih pantas dan tersusun. Oleh itu, bagi mendapatkan tahap SEO yang lebih sempurna dan tinggi, kita perlu pandai dan bijak dalam memanipulasikan heading.
Rasanya cukuplah setakat ini sahaja sebagai pengenalan kepada kepentingan tag heading dalam SEO terlebih dahulu. InsyaAllah, aku akan sambungkan mengenai tag heading ini di masa yang akan datang. Bukan apa, kalau cerita panjang-panjang pun nanti ada pula yang pening. Jadi lebih baik korang fahami dahulu struktuk tag heading di dalam blog atau laman web korang dahulu.
Sebenarnya aku sendiri pun pening mengenai tag heading dalam blog aku ini, macam ada yang tidak kena. Apa-apa pun, nantikan sambungan mengenai tag heading dalam SEO dalam artikel yang akan datang. Jangan lupa follow aku untuk mendapatkan update terbaru dari blog aku ya. 🙂
Menarik infonya,mmg penting tag heading ni,klu tak btul susunannya maka sukar nak terindeks oleh engine carian.Aku ada google juga tentang ini, h1 adalah tajuk blog, h2 adalah tajuk entry h3 adalah widget.Klu kau org nk tau tag heading kau org ok ke tak try la cek valid html,ada error ke tak,,,mmg banyak kena belajar dalam blogging ni klu nk suksess….
Nampaknya makin banyak benda yang aku kena belajar ni..
seo ni sampai bila-bila tidak habis belajar, maklumlah algoritma enjin carian sentiasa berubah.
macam mana nak guna h1 dan h2 tu dalam entri? ade kod html ke?
untuk blogspot rasanya perlu lihat pada kod html template, rasanya ada di dalam kot html tersebut. kalau takda, kena tambah sendirilah jawabnya.
yea… betul tuh…. sy pon sedang belajar SEO ni.. dapat plak ilmu tambahan lagi kat sini… boleh la up SEO blog sy lepas ni.. tu pon klu menjadi.. hehe….
siyes aku x faham langsung apa benda ni..haha
erk, heading…xkan xfaham lansung? ko xpnh godek code theme ko ke?
heheeh..pernah cuma godek sikit jer..x mendalam…
h tags mmg penting..manakala wordpress, joomla dan drupal dah support h tags ni dan gunakannya dggn baik.
selalu gak tgk heading de problem guna SEO tool tu, tapi tak tau cmne nak betulkan.. nak kena tunggu artikel berikut ni..
selalu heading mana yang jadi masalah? klu h2 takpa lg…klu h1 masalah besar tu…
Sama la, saya pun pening. Kat blog, masih ada problem dengan H2. Sampai skrg tak dapat solve =)
hurm nak tlg pun xbape mahir sgt bab blogspot ni, nak kena wat eksperimen dlu…insyaAllah kalau dah jumpa…nnt sy sharekan…
Kalau jumpa, share la ye =)
insyaAllah…akan dicuba xlama lagi…:)
Saya tolong jawapkan :)…untuk Blogger/blogspot h2 diletak pada tajuk setiap widget. Kalau nak ubah boleh, tapi kena ubah secara manual satu persatu.
ye x ye gak, sbb wp widget sbgi h3…betul x?
tepat tu bro. menda2 mcm ni selalu org amik mudah padahal salah satu elemen utama yg penting.
mungkin ramai yang tak kisah dgn prestasi blog diorang jadi diorang abaikan. sebagai cadangan mungkin boleh dibuat kompilasi berhubung tips2 mudah tapi penting mcm ni
itulah, kadang2 org pandang mudah jerk. tp dorg tak tahu betapa pentingnya heading ni. tambahan pula blogger2 yg menggunakan blogspot, byk blog yg xda tag heading. memang menjadi satu kerugian la. pasal kompilasi tu rasanya dah ada diterangkan dalam google seo guide. tp english la plak. hehe
h tags juga tersangatlah penting untuk pengguna screen reader (orang cacat penglihatan).
yeah, tahu xpa. 😛
oh macam tu ye…hari tu aku baru aku tahu h1 tag di homepage dia ikut jumlah berapa banyak post di homepage tu…
utk homepage x jadi masalah…yg sll jd masalah pada single page atau single post…:)
Sebaiknya hadkan kepada satu h1 tag dalam sesuatu page.
Biasanya untuk theme yang SEO-optimized, h1 disetkan pada tajuk blog semasa di homepage, dan disetkan pada tajuk post semasa di single post page.
betul tu bro, mcm thesis theme ni…h1 disetkan pada tajuk blog utk home page…utk single post h1 diset pada tajuk artikel sahaja…eh cam sama la plak ng komen bro…hehe
Maknanya setiap single post tu kena letak H1, h2, h3.
Kalau letak lebih dari 1 untuk h2 ada effect jugak ke?
h2 lebih xpa, yg paling penting dalam single post ialah h1. h1 pula hanya dibenarkan sekali sahaja. harap faham. 🙂
kalau ada 2 atau lebih heading h1 dalam 1 page, ada effect x?
kalau single page memang ada efek…akan declare spam…spider atau crawler xkan jlnkan proses indeks….
lol…penting jugak heading untuk seo ni.baru aku tau.haha…
masih cetek ilmu di dada…
haha…penting bro…xda heading cam mana crawler nak indeks…terus dia lari…:)
aku ada guna seo doctor untuk check seo aku ni.aku tengok h1 ok je.heading lain tak tau pulak aku…
cuba buka satu artikel…kat situ kita dapat tgk h2 sekali…:)
terima kasih diatas penerangan tentang tag heading nih… maknanya dalam setiap post tuh kena ada kepelbagaian dalam tag heading tuh.. tapi pastikan ia tersusun lah ek…
salam kena dari saya…
yurp, yg paling penting tag heading pertama (h1). itu yg paling penting, h1 digunakan untuk tajuk artikel. cuba pakai add on seo doctor pada mozilla utk periksa. 🙂
ya setuju aku pun.pening lg dengan tag heading ni,lg pun dah check blog yg tak dak cuma h2, so tak penting sgt kan?
dan lg satu, masih pening dgn meta tag, boleh xplain sikit tak kalau aku buang kat single post atau hides, mempengaruhi dak entri kat enjin carian tu..hehe
btw pasang la plugin mobile, sng sikit nak view komen..haha
haha, h2 aku pun xda dalam artikel…tak penting sgt…yg penting h1…tp kalau nak masukkan h2 gak…wat je tambahan dalam artikel mcm aku buat kat atas…meta tag pun aku xabis study lg…tp aku ada tulis sblm ni…ce tgk…tp aku rasa klu buang memang rugilah…klu hide xpa lag…sbb spider boleh indeks lg…wah…sejak pakai galaxy on9 pkai tu jerk yerk…yelah…nnt aku pakai…huh….
kekeke, ooo so aku boleh hides la mcm dalam tag single post hang ni, okok akan dicuba kemudian 🙂
yeh…tahu xpa…aku hide x jadi masalah pun…:)
Emm, tu pandai tu… 🙂
haha, basic bro…mana ada pandai…:P
Pandai lah tu bro blh buat.. 🙂
haha, buat apa bro? bukan memang dah ada ke? hehe
Mmg dah ada.. tp dlm entry x de h2..
oic, utk dalam entri bukan masukkan h2 je ke? h1 tak silap aku auto jerk…
itu yg aku ckp pandai tu… 🙂
haha…benda senang je kot…:P