Pengorbanan Di Aidil Adha

Terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf di atas kelewatan saya mengemaskini blog ini. Saya juga ingin memohon maaf kepada para pembaca yang telah meninggalkan komen di blog ini kerana buat masa ini saya tidak dapat membalasnya di atas sebab-sebab tertentu.

Bagi yang sudah membaca entri sebelum ini iaitu Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti dan entri Hidup Ini Tidak Selalunya Indah sudah pasti mengetahui masalah yang saya hadapi kini. Sehingga kini, keadaan ibu saya masih di dalam keadaan yang membimbangkan. Kesihatannya juga tidak berada di dalam keadaan yang baik.

Tidak ada perkataan lain yang mampu saya terjemahkan lagi selain daripada perasaan sedih apabila melihat keadaan ibu sehingga kini. Saya hanya mampu berdoa dan menjaganya sahaja, sedikit pengorbanan daripada seorang anak kepada ibu jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu kepada saya yang begitu besar bagi saya.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba ini, saya ingin berkongsikan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa saya dalam keluarga terutama kepada ibu saya. Dari saya kecil lagi saya sudah mengetahui bapa saya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab di dalam keluarga.

Perkara yang saya paling ingat adalah di waktu makan, tidak kira makan tengah hari ataupun malam. Jika ada lauk ayam, bapa saya sanggup tidak menjamahnya kerana ingin memberikan kepada anak-anaknya. Kerana bapa saya mengerti lauk itu kegemaran anak-anaknya, sehingga saya ingin berkongsi dengan bapa. Pasti dia akan menolak, tapi saya tetap akan simpan buatnya.

Bab duit pula sudah pasti ia menjadi perkara yang tidak saya akan lupa sampai bila-bila, bapa saya bukanlah bergaji besar. Hanya cukup untuk membeli makanan dan barang keperluan lain, tapi bila memerlukan perbelanjaan yang besar seperti waktu saya ingin menyambung pelajaran pasti bapa bertungkus-lumus untuk mencarinya untuk memenuhi keperluan saya.

Tambahan pula apabila saya duduk berjauhan daripada keluarga, setiap minggu pasti bapa saya akan memasukkan duit untuk dibuat belanja. Kadang-kadang saya tidak memintanya, walaupun saya tiada duit untuk makan. Kerana saya tahu, bapa saya benar-benar di dalam kesusahan sekarang. Jika saya tidak memintanya, pasti dia akan menghubungi saya untuk memastikan saya mempunyai duit belanja ataupun tidak.

Kadang-kadang saya berbohong juga, menyatakan duit masih ada walaupun dompet saya kosong sahaja. Kerana saya tahu, ibu dan adik-adik lebih memerlukannya untuk makan. Saya fikir, saya minum air kosong pun sudah mencukupi. Mungkin itu sedikit pengorbanan saya jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan bapa saya.

Kini bapa saya sudah berhenti kerja beberapa bulan yang lalu, demi menjaga ibu di rumah. Bertambah rumitlah hidup keluarga saya, kereta yang dibeli untuk menjadi kemudahan sebelum ini juga sudah ditarik. Mesin basuh yang digunakan untuk membasuh pakaian kotor juga sudah rosak, bil api dan air juga kadang-kadang terpaksa ditangguhkan dahulu.

Amat besar pengorbanan yang dilakukan oleh bapa saya, tidak dapat saya balas. Saya hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja. Hendak membantu dari segi kewangan, saya sendiri masih belum bekerja. Ibu sakit, bapa pula terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Apa-apa pun, semoga di Hari Raya Aidil Adha dengan segala pengorbanan yang ada ini. Dapatlah Allah meringankan segala dugaan yang datang ini, mengembalikan kecerian di dalam keluarga saya ini. Amin, salam Aidil Adha daripada saya. Terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini.

Nota: Entri ini telah dikarang sebelum Hari Raya Aidil Adha, cuma lewat untuk dipaparkan di sini. Harap maaf di atas kelewatan ini sekali lagi.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

38 thoughts on “Pengorbanan Di Aidil Adha”

  1. aku doakan…moga dugaan yg ditanggung bro isa sekeluarga akan diringankan oleh Allah..dan diberi ganjaran dan nikmat yg lebih besar….ameen..insyaAllah…

    harap bro tak putus asa…moge terus tabah…

    Reply
    • terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. kadang-kadang tu aku sendiri hampir putus asa. semoga Allah dapat meringankan beban yang dialami sekarang ini. insyaAllah.

      Reply
  2. teruskan segala urusan bro dulu dalam belajar..
    dan banyakkan lah berdoa..Insyaallah..
    pengorbanan bro di hari raya ini

    salam aidiladha bro moh isa…

    Reply
  3. hehe, sabar bro.. aku xleh baca kisah2 camnie.. sedeyh, dahlaa aku dok jauh ngan parents.. hehe.. jom kita cari jalan cari duit bro! kite buat projek, aku bleh tolong XD

    Reply
    • projek apa bro? aku mmg tgh cari jalan nak cari duit lebih skit, tapi maklumlah. aku ckp pun org bkn percaya, org ckp alasan biasa. modal bukan ada, padahal aku nak makan pun kadang2 pinjam org. sedih pun ada.

      Reply
  4. kesusahan adakah guru yang tbaik untuk mendidik kita mjadi insan yang tabah n kuat…jangan putus asa thadap rahmat-Nya pasti pertolongan-Nya akan datang.. 😉

    Reply
  5. Dugaan yang anda terima sekarang ni telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jadi kita sebagai seorang manusia haruslah menerimanya dengan redha. Sentiasalah berdoa kepadaNya

    Reply
    • insyaAllah aku akan terima dengan redhanya, aku mengerti setiap ketentuan daripada Ilahi. semoga apa yg aku hadapi sekarang ini mempunyai hikmah disebaliknya.

      Reply
  6. Hi bro, kesedihan anda dapat saya rasakan…dan akan mendoakan agar bro sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah ni….Ujian ni menunjukkan Allah sayang akan bro sekeluarga….

    Reply
    • terima kasih rohaya atas keperihatinan anda, semoga Allah dapat mengurangkan beban yang ada sekarang ini dan permudahkan cabaran yang dihadapi ini. terasa perit yang amat sekali.

      Reply
    • mudah-mudahan begitulah hendaknya, semoga Allah dapat mempermudahkan cabaran yg dihadapi sekarang ini dan menabahkan lagi hati ini. insyaAllah.

      Reply
  7. sedih aku baca entri ni dan entri yg sebelum ni.. berkaca mata aku dibuatnya.. kan best kalau aku ni bergelar jutawan atau paling kurang kerja kat mana2 jabatan yg berkaitan dengan kebajikan, sure dah lama aku tolong bro.. hopefully bro bersabar dan redha dgn ujian dr NYA.. banyakkan berdoa ;(

    Reply
    • maafkan aku, aku tak berniat untuk menitiskan air mata sesiapa. cuma aku insan biasa, tiada tempat lagi untuk aku luahkan selain menulis. insyaAllah bro, aku akan cuba bersabar dengan sebaik mungkin.

      Reply
  8. When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.
    Kadang2 Tuhan sembunyikan matahari, lalu Tuhan berikan hujan dan petir, kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari…rupa2nya Tuhan berikan pelangi selepas hujan dan petir itu.
    Harap bro byk2 bersabar.

    Reply
    • terima kasih bro, insyaAllah. aku akan cuba untuk terus bersabar, terus terang aku cakap. kadang-kadang tu aku hampir berputus asa. 🙁

      Reply

Leave a Comment