Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti

Bila dan bila kesedihan ini akan terhenti? Begitulah persoalan yang sering timbul dalam pemikiran saya. Sudah agak begitu lama ianya terpendam di lubuk hati ini, tidak tertahan rasanya diri ini untuk menghadapinya. Doa demi doa dipohon kepadaNya agar kesedihan ini dapat dihentikan.

Sebelum ini saya ada menulis kisah ibu saya di entri “Hidup Ini Tidak Selalunya Indah” sebelum menjelang hari raya Aidil Fitri yang lalu, banyak bantuan yang diterima dan sokongan yang diterima. Terima kasih saya ucapkan di atas bantuan dan sokongan itu, tidak terbalas rasanya. Tapi keadaan itu masih belum reda dan kian berpanjangan sehingga kini.

Sedih melihat akan penderitaan yang ditanggung oleh ibu, pilu rasanya melihat orang yang paling saya sayang di dunia ini terlantar di katil tanpa mampu berbuat apa. Hanya iringan doa setiap masa dilafazkan agar ibu cepat sembuh, agar tuhan mengembalikan keceriaan di wajah ibu.

Buat pengetahuan rakan-rakan, ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan. Membuang ketumbuhan yang berada di dalam perutnya. Lain daripada itu, saya sendiri tidak tahu dengan lebih terpeinci. Teringat akan luahan ibu, “Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sakitnya menjalani pembedahan tersebut.”

Pembedahan ini telah dijalankan di hospital swasta, apa yang saya tahu. Jika ingin menunggu daripada hospital kerajaan, pihak hospital kerajaan berkata perlu menunggu perkembangan pada bulan Januari tahun hadapan. Cuba anda bayangkan, penyakit yang dihidapi oleh ibu saya yang sekian lama perlu menanti dalam masa yang lama untuk mendapat perubatan daripada hospital kerajaan.

Agak terkilan juga dengan layanan daripada hospital kerajaan, pernah saya mengikut ibu ke hospital. Pelbagai bahagian atau jabatan di hospital perlu ibu pergi, seperti bermain bola sepak. Ibu umpama bola dibuatnya, sekejap dihantar ke sana-sini. Akhirnya, terpaksa dibawa ke hospital swasta.

Itupun hasil bantuan daripada seorang ibu saudara saya yang berada di Kuala Lumpur, maklumlah kos rawatan di hospital swasta mencecah beribu-ribu. Mana mampu keluarga saya menampungnya, apatah lagi saya sebagai anak sulung yang masih belajar. Saya berasa amat sedih, kerana saya sendiri tidak dapat membantu.

Dalam masa selepas pembedahan, ibu ada juga dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan lanjut dan ubat-ubatan. Tapi itupun dalam dua atau tiga kali sahaja, kerana kos yang mahal. Abah tidak dapat membawa ibu lagi ke klinik, sehinggalah semalam (3 Nov 2010) abah menghubungi saya sewaktu berada di Perlis. Meminta saya agar segera pulang ke Taiping melihat ibu.

Cuba bayangkan, titisan air mata yang keluar daripada mata apabila mendengar suara abah dalam tangisan meminta agar saya segera pulang. Secepat mungkin saya pulang ke Taiping dengan menaiki bas ekspres. Apabila tiba sahaja di rumah, dengan segera saya memasuki bilik mencari ibu.

Menitis lagi air mata saya apabila melihat keadaan ibu, terlantar di atas katilnya. Hendak bersuara pun sudah tidak berdaya, apatah lagi ingin bergerak atau bangun. Saya hanya mampu memeluk ibu sambil berdoa di dalam hati agar tuhan dapat meringankan penderitaan ibu. Rasa ketakutan mendengar cara ibu bernafas, seolah-olah ibu sukar untuk bernafas lagi.

Apa yang mampu saya lakukan, hanya berdoa dan terus berdoa kepada Ilahi agar diringankan penderitaan dan kesedihan ini. Teringat akan kata-kata ibu sebelum ini, “Mak ingat, kalau mak dah sihat nanti. Mak nak buat kenduri doa selamat.” Pilu rasanya mendengar kata-kata ibu, “InsyaAllah mak.” Itu sahaja yang mampu saya jawab ketika itu.

Ada juga ibu meminta maaf kepada saya, “Abang, mak ada benda nak bagitahu abang. Abang ingat tak duit raya yang mak Enon bagi kat abang, sebelum kita pindah rumah kita duk rumah opah. Yang abang cakap hilang, sebenarnya mak yang ambil untuk beli lauk untuk kita makan. Mak minta maaf ya abang, mak harap abang tak marahkan mak ya.”

Menitis air mata ini, mendengar luahan dari ibu. Perkara yang begitu lama telah berlaku, diungkitkan. Bukan kerana duit itu saya sedihkan, tetapi dalam hati saya tidak terlintas difikiran saya untuk salahkan ibu. Apatah lagi untuk memarahinya, “Abang tak kisah mak, itu tak penting bagi abang.”

Ibu juga ada membuat permintaan kepada saya, kali ini benar-benar menyentuh perasaan saya. Menitis air mata saya lagi dibuatnya, “Abang, mak nak minta tolong dengan abang ni. Mak ada hutang dengan sedara-mara kita, dengan mak teh, pak jang…kalau mak takda nanti, abang tolong bayarkan untuk mak boleh?”

Sebak rasanya dada ini ketika itu, bukan kerana permintaan ibu. Tetapi apa yang dikatakan dengan “takda”. Risau dan takut, tidak dapat dibayangkan jika ibu pergi meninggalkan saya. Tidak tertahan rasanya, berlinangan air di mata saya ketika itu. Mana tidaknya, sebelum itu ibu pernah berkata. “Mak teringin nak merasa duit gaji abang bila abang dah kerja nanti.”

Banyak sebenarnya impian saya untuk ibu bila saya sudah ada kerja nanti, saya ingin membina sebuah rumah yang besar. Untuk saya tinggal bersama kedua orang tua saya, bersama insan yang saya sayangi. Terdetik di fikiran ini, sempatkah saya mengejar impian saya itu? Saya bertambah sedih dan takut.

“Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ibuku. Jauhkanlah segala musibah terhadap ibuku. Kembalikanlah keceriaan di dalam keluarga hambaMu ini ya Allah.” Perit rasanya mengalami keadaan yang tidak pernah saya jangka ini. “Mak, jangan tinggalkan abang dan adik-adik. Abang sayangkan mak.”

Nota: Saya ingin memohon maaf kepada anda semua jika artikel kali ini bersifat emosional, tiada tempat untuk saya luahkan lagi selain daripada tempat (blog) yang sering menjadi teman saya ketika suka dan duka. Bagi yang sudi, berdoalah bersama-sama saya agar ibu cepat sembuh dan kembali ceria. Saya teringin makan masakan ibu lagi, sudah lama saya tidak makan masakan ibu sejak ibu sakit.

Perkembangan terbaru: Pagi tadi (4 November 2010) kira-kira jam 6.30 pagi, ibu saya tidak sedarkan diri. Hampir dua jam rasanya, sehinggalah abah terpaksa menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Syukur alhamdulillah, ibu dibenarkan pulang dan dibekalkan beberapa jenis ubat-ubatan. Tetapi keadaannya masih dalam keadaan yang amat merisaukan. Harap-harap keadaan ibu saya akan beransur pulih hendaknya.

Teringat apa kata ibu di hospital tadi apabila saya menanyakan apa yang ibu rasa apabila tidak sedarkan diri, “Mak rasa terawang-awang di suatu tempat yang mak sendiri tidak tahu.” Dalam masa sama, ibu menitiskan air mata. Untuk pulang ke rumah, abah terpaksa mendapatkan teksi kerana kemudahan yang sedia ada sebelum ini (kereta) telahpun ditarik.

Sedih saya mengenangkan keadaan ini, “Takpalah, nanti abang dah keje nanti. Abang beli sebijik ya.” Kata ibu kepada saya, “25 ni abah kena naik mahkamah untuk perbicaraan” tambah ibu lagi berkenaan dengan penarikan balik kereta yang tidak mampu dibayar lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga rasanya, pasti memerlukan wang lagi.

Kemudahan lain seperti mesin basuh juga mendatangkan masalah, apabila sudah hampir dua bulan rosak begitu sahaja. Mengharapkan adik-adik sahaja untuk membasuh pakaian kotor secara manual. Sedih rasanya, ingin sahaja berhenti dari belajar untuk mencari kerja. Tapi saya fikir, itu bukan jalan penyelesaian. Malah mengecewakan ibu dan abah. Apakah yang patut saya lakukan?

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

70 thoughts on “Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti”

  1. hurmmm… sepinya tanpa dya d skolah td hurmm :'(.. biasanya dpt sma2 ngn dya setiap saat hurmm, tp td tak sbb dya sdg sakit.. sunyi sy..
    awk??? mna awk… hurmmmm

    Reply
  2. Hari baik,

    Kami ingin memaklumkan kepada awam secara keseluruhan bahawa terdapat
    firma pinjaman yang menawarkan pinjaman kepada semua individu dengan faedah rendah
    kadar. Kami Organisasi pinjaman pinjaman berdaftar, kami menawarkan syarikat
    pinjaman kebanyakannya tidak teragak-agak untuk memohon peluang hebat ini melalui
    mel: courageloans25@yahoo.com~~V

    SO JIKA ANDA MAHU PINJAMAN DI BAWAH ADALAH BORANG PERMOHONAN PINJAMAN MENGISI

    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN.

    Nama penuh anda:
    Alamat:
    Negara:
    Negeri:
    Jumlah Pinjaman:
    Jantina:
    Tempoh pinjaman:
    Nombor Telefon:
    Fax:
    Pendapatan Bulanan:
    Tarikh tertentu, anda memerlukan pinjaman:

    NOTA: Ini yang diperlukan sebelum kita boleh meneruskan
    transaksi pinjaman okay.

    Reply
  3. Bagi aku,jkeadaan ini sangat meruntun jiwa,pernah sekali hadapi keadaan macam ni,akhirnya aku bertawakal da berdoa sampai airmata memgalir,nescaya allah tidak akan menduga umatnya lebih dari yang mampu ditanggung,berdoalah sesungguh hati saudara

    Reply
  4. Pingback: Pengorbanan Seorang Bapa — Blog Mohd Isa
  5. salam,
    ini kali pertama saya komen di blog anda
    saya doakan ibu anda cepat sembuh, InsyaAllah..banyakkan berdoa kerana semuanya Allah yang tentukan

    berkaitan dengan kesempitan wang yang anda lalui, saya juga pernah lalui benda yang sama. Saya juga berhenti belajar kerana masalah wang, walaupun ibu dan bapa saya tidak benarkan tetapi saya tidak ingin membebankan mereka.

    Kenapa perlu study kalau ia menambah beban mereka? umur masih muda, bila-bila masa boleh sambung study. Jadi saya buat keputusan saya berhenti dan akan sambung bila masalah kewangan dah hilang. Saya tak nak study kerana ia menambah masalah bukan mengurangkan.

    Kalau anda rasa berhenti study adalah benda yang boleh buat masalah berkurang dan membantu ibu dan ayah anda, berhenti dulu buat sementara. Walaupun abah tak benarkan, tetapi anda kena lihat keadaan sekarang. Memang sayang nak berhenti study tapi saya tak nak study tapi ibu dan ayah saya susah. susah sama-sama, senang pun sama-sama.

    dan saya yakin dengan berhenti study, ia sedikit sebanyak membantu ibu dan ayah saya dan kurangkan beban mereka. Anggap saja ia satu pengorbanan. Jika mereka sanggup berkorban untuk saya, saya juga sanggup lakukan benda yang sama..

    buatlah apa yang patut untuk ringankan keluarga anda.

    Nasihat saya berhenti sementara dahulu study anda dan beradalah di sisi mak anda setiap hari dan keje untuk beli ubat-ubatan.Mak anda mesti gembira kan bila anaknya ada di sisi setiap masa dan mementingkan dia dari study. Umur anda panjang lagi dan tak perlu bimbang tentang study. Kalau ikut kata mak mesti tak bagi berhenti study tapi sebenarnya dalam hati dia, dia nak sangat anak dia berada di sisi dia…

    Reply
    • tapi saya tahu, ibu bapa sy takkan benarkan. lagipun tinggal satu sem sahaja lagi. itu pun buat projek sahaja. memang rugi kalau berhenti sekarang. takpalah, rasanya kena cari ikhtiar lain untuk menghadapi masalah ini. terima kasih di atas pandangan saudara.

      Reply
  6. bro mohd isa…
    aku dan teman2 lain berdoa dan terus berdoa…moga dugaan Allah ini dapat dilalui dgn penuh kesabaran dan penuh redha…moga semuanya akan pulih seperti sediakala..

    pada aku, apa yg bro hadapi..cukup aku fahami…aku juga pernah alami apa yg bro sedang lalui malah dugaan bro lagi hebat…cukup yakin yg bro isa akan terus tabah…

    Ya Allah Ya tuhan kami…berilah kekuatan kepada keluarga saudaraku ini…rahmatilah mereka dgn kasih sayangMU…ameen

    Reply
    • terima kasih bro, tak dapat rasanya nak membalas di atas doa2 dari rakan-rakan. semoga Allah dapat membalasnya. terima kasih sekali lagi bro.

      Reply
  7. sedih sgt bila baca entry nie..isa, tabahkan hati, kuatkan semangat. selalu ingat, setiap yg berlaku tu ada rahmat disebaliknya…Allah tu tak zalim.Teruskan berdoa untuk ibu tercinta yer..

    Reply
  8. Ujian Allah memang ada bagi semua umat. Tapi percayalah ada hikmahnya.
    Amalkan perubatan yang alternatif jikalau berminat. Boleh dapatkan consultation daripada herbalis yang boleh membantu merawat ibu yang kesakitan insya Allah.

    Reply
    • memang agak berat dugaan kali ini, moga-moga ada hikmah disebaliknya. aku kalau boleh hendak mencuba semuanya, tapi keadaan tidak mengizinkan.

      Reply
  9. Pingback: Tidak Finis, Hayden Enggan Bersedih :: Olahraga Nusantara
  10. xpelaa, kita doa sama-sama.. iA bantuan Allah akan datang.. teruskan berdoa..

    aku takleh baca entri nie.. sebak gak jadik.. baca skip2… aku nie jenis anak manja.. hohohoho

    Reply
  11. Banyakkan bersabar. Saya tak dpat bantu banyak, tapi apa kata saudara cuba minta bantuan di Baitulmal, banyak bantuan yang Baitulmal sediakan. Cubalah dulu, insyaallah ia mungkin dapat membantu.

    Reply
  12. sebab Tuhan sayangkan awk, dia bagi dugaan ni.
    Dia tau awak mampu nak lalui dugaan yg dia bagi.
    Awak mampu, ktorang tau awak mampu lalui benda ni..

    sama2 la kita doa.

    Reply
  13. salam.

    is, setiap kali eyra baca entry is mesti eyra nangis. eyra tak mampu tolong is. tp cuma doa untuk ibu is yg boleh eyra beri. sabar is. moga is tabah. jangan abaikan pelajaran. moga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik utk ibu is.

    Reply
  14. sabar Isa, ada hikmah di sebalik kejadian..aku harap ko tabah hadapinya..sedih kisah ko..takpa, dugaan semua org tetap ada, cuma lain2, nanti2 mungkin dugaan kat aku pula..kita berdoa kepadaNya..insyaAllah mak ko akan sembuh..apa2 pun doa yang penting…redha ngan setiap kejadian..pasti hati kita akan ok..

    Reply
    • insyaAllah nine, aku akan terus bersabar. aku berharap sgt agar ibu aku cebat sembuh. berat rasanya dugaan kali ini. hanya mampu berdoa sahaja kepadaNya.

      Reply
  15. menitik-nitik air mata bila baca ni bro! :(( :(( :((
    semoga keluarga bro kuat dan tabah. semoga dikurangkan segala beban. semoga ur mom akan sembuh macam biasa.
    insyaallah,semuanya kuasa tuhan.

    Reply
    • maaf kerana menitiskan air mata awk
      insyaAllah akan tabah menghadapinya
      semoga ibu cepat sembuh hendaknya
      tak mampu rasanya melihat penderitaannya

      Reply
  16. bro…
    dulu aku penah berada dlm keadaan hang skrang ni. aku paham apa yg hang rasakan. moga hang tabah hadapi semua ujian ni. doa aku sentiasa ada utk ibu hang insyaAllah.

    pesan aku. setiap ketika yang hang berpeluang. abiskan masa itu dgn ibu hang. gembirakan hatinya. pasal nk stop belajar tu hang pikir masak2. jgn buat keputusan terburu2.

    arwah mak aku dh 3 tahun pergi selamanya. rasa mcm baru sgt je. la ni hanya menumpang kasih dgn mak mertua saja….

    Reply
    • terima kasih bro, aku pun byk abiskan masa aku duduk di rumah menjaga ibu aku semasa di kampung. aku tak tahu nak hepikan dia macam mana, yg kerapnya diselubungi dengan kesedihan sahaja. sedih aku melihat keadaan ibu aku sekarang ni. tak tahu bagaimana nak mengurangkan sakit yg dihadapinya, hanya mampu berdoa sahaja.

      aku juga turut bersimpati di atas pemergian ibu hang, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. amin

      Reply
  17. Hosp kerajaan memang camtu, serve diorang lambat. Saya sendiri kena, kalau tak, tak tau lah sekarang nih ada lagi ke tak. Sabarlah, Tuhan tu tak sia-sia Dia tak datangkan dugaan dengan dugaan yang kita tak mampu lalui. Percayalah ade hikmah disebaliknya. Sabar dan banyakkan berdoa pada Tuhan. Dia nak menguji hambaNya.

    Reply
    • insyaAllah, saya akan lebih bersabar dan terus berdoa kepada Allah. semoga setiap ujian yang datang daripadaNya ada hikmah disebaliknya.

      Reply
  18. tak sanggup nak baca habis.. air mata tak henti2..Ujian yang kamu hadapi terlalu berat…Banyakkan bersabar ya.. Doa banyak pada Allah agar semuanya dipermudahkan…

    Reply
    • maaf, tiada niat untuk menitiskan air mata awk. insyaAllah sy akan terus bersabar dan berdoa kepada Allah, semoga dipermudahkan dugaan ini. terima kasih awk.

      Reply
      • sama2 kasih…:-)
        La Tahzan… jangan bersedih yerr..
        ”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah”

        Reply
  19. saya faham macam mana perasaan itu. sebelum ini saya memang tidak mengerti tetapi setelah ummi saya sakit, saya tahu bagaimana perasaan anak-anak yang mempunyai ibu yang sakit. tabahkan hati dan sebagai anak, senjata utama kita berdoa kepada Allah SWT

    Reply
    • terima kasih kerana memahami, insyaAllah saya akan tabahkan hati ini dan terus berdoa kepada Allah. semoga dimakbulkan doa tersebut.

      Reply
    • salam, terima kasih bro kerana dapat merasa apa yg aku rasa. memang besar dugaan aku pada kali ni. semoga Allah dapat mempermudahkan masalah ini.

      Reply
  20. aku tak mampu nak cakap apa pun…..
    nak suruh kau bersabar.. aku rasa kesabaran kau dah melebihi apa yang aku mampu bayangkan… hanya tuhan yang tahu

    Reply
  21. tabahkan hati bro..InsyaAllah,mak bro akan sihat..jangan berhenti belajar bro,habiskan apa yg bro dah mulakan..mak bro akan lebih gembira kalau bro habiskan belajar..

    Reply
  22. Pingback: Tweets that mention Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  23. Begitu kuat ujian Allah buat keluarga mohdisa. Saya pun tak mampu nak kata apa-apa saudara isa.. Hanya yang saya boleh katakan.. Sabar dan banyak-banyak berdoa..

    Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.. Allah tidak akan membebankan umatnya.. Melainkan beban itu boleh ditanggung olehnya..

    Amin-Amin Ya Allah.. Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Saudara dan Keluarga Saudara..

    Hanya doa yang mampu aku berikan buat setakat ini buat saudara isa.. Semoga Allah makbulkan segala doa dan permintaan kita ini.. Amin…

    Reply
  24. bro tabah kan hati erk..
    dugaan daripada Allah sangat bererti buat orang yang beriman..
    sabar erk..ak harap mak bro cepat sembuh dan keluarga ceria seperti sediakala lepas nih..
    Insyaallah….

    Reply

Leave a Comment