Perhubungan mesra di Facebook

Sebut sahaja Facebook, pasti sudah mengetahui mengenainya. Iaitu sebuah rangkaian sosial (social network) yang paling top digunakan selain Twitter. Tambah-tambah lagi, budak-budak dibangku sekolah juga sudah mempunyai Facebook.

Mana tidaknya, teringat saya di kampung waktu cuti kelmarin. Saja membuka laptop untuk mengisi gambar perkahwinan sepupu saya, tuptup datang pula sepupu saya yang masih sekolah lagi ingin menggunakan laptop saya untuk membuka Facebook. Padahal laptop saya mana ada talian internet ketika itu, beria-ia sahaja dia ingin membuka Facebook.

Itu kerenah budak-budak zaman sekarang, dah pandai bersosial di internet. Menambah kenalanlah katanya, tak cukup agaknya kawan di sekolah. Baiklah, berbalik kita kepada tajuk yang saya berikan kali ini mengenai status perhubungan mesra atau open relationship dalam English di Facebook. Jika dapat dilihat, ramai yang menggunakan status tersebut. Tetapi adakah mereka memahami di sebalik open relationship itu?

Mungkin ada yang sudah mengetahuinya, jadi saya ingin berkongsikan sekali lagi di sini. Agar kita dapat memahaminya dengan lebih mendalam mengenai status open relationship ini yang dapat dilihat ramai pengguna di Facebook menggunakan status ini.

Apa yang dimaksudkan dengan open relationship? Menurut wikipedia: An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

Oleh yang demikian, open relationship bermaksud sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan open relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila ada dikalangan kita yang beragama Islam menggunakan status ini. Maksud pun perhubungan mesra, lagi mahu digunakan.

Maka sebarkanlah artikel ini kepada rakan-rakan kita agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik open relationship tidak memandang remeh kepada umat Islam. Tekan sahaja butang Tweet atau Share disebelah kiri artikel ini untuk disebarkan dengan mudah, terima kasih.

Jangan lupa untuk update status anda di Facebook dengan menggunakan Twitter. Ikut saja langkah ini, Cara Install Twitter dalam Facebook.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

41 thoughts on “Perhubungan mesra di Facebook”

  1. Pingback: Cara Mengingati Nama β€” Blog Mohd Isa
  2. Pingback: Akaun Facebook Cuba Digodam β€” Blog Mohd Isa
    • most welcome, harap dapat kita sebarkan kepada rakan2 yang lain. betul tu, ramai juga rakan-rakan kita yg menggunakannya status open relationship ni. harap mereka dapat ubahkannya.

      Reply
  3. kekadang dorang ni main letak jek…xtahu dan xpenh fikir pon pe maksud disebaliknyer kan..kate pon budak2 kn..huhuh suke main2 jek..

    Reply
  4. biasanya yg guna status open relationship ni adalah mereka yg dah bercerai atau menyinggel kembali…tu yang aku selalu tgk laa…

    Reply
    • terima kasih, sekadar ingin menyebarkan apa yang patut. aku sediri pada mulanya kurang pasti dengan status tu. sekarang ni dah mengertilah. πŸ™‚

      Reply
    • betul tu, aku pun dari mulanya tidak mengehuinya. bukan sekadar open relationship, malah istilah married pun di salah guna. di mana pasangan yang belum berkahwin sudah meletakkan status married. boleh menimbulkan fitnah betul.

      Reply
    • ya, orang kita ni hanya tahu pakai sahaja. tapi tidak tahu maksud disebaliknya. sebarkanlah kepada rakan-rakan yang lain. sama-sama. πŸ™‚

      Reply
  5. saye dan suami dah tak menggunakan facebook lagi sbb bagi kami facebook lebih banyak mendatangkan kesan negatif dari positif.ade tak cara nk tutup akaun facebook tu?

    Reply
    • betul tu, tp tak salahkan kalau kita guna untuk ke arah kebaikan. mudah sahaja, pergi ke setting dah deactivate kan akaun tu. πŸ™‚

      Reply

Leave a Comment