Cinta itu banyak definasinya. Tiap orang membawakan maksud yang berbeza-beza. Ia juga boleh dipisahkan kepada beberapa bahagian atau jenis. Cinta kepada tuhan yang satu, cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada sahabat, dan yang selalu orang perkatakan adalah cinta kepada kekasih.
Cinta kepada pasangan yang selalu diperkatakan. Tidak boleh tidak, kita semua ada punyai satu perasaan yang dipanggil cinta, kasih atau sayang. Cinta hadir tanpa dipaksa. Cinta boleh mengubah hidup sesorang. Cinta juga boleh mengubah perangai seseorang juga.
Cinta itu pelik sebenarnya. Kita kadang-kadang mencari sebab mengapa kita mencintai sesorang itu. Kebiasaanya, jika itu dinamakan cinta, kita akan sukar mencari kenapa dan mengapa kita mencintai seseorang itu. Cinta buat kita buat, cinta buat kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita cintai, asalkan orang yang kita cintai itu bahagia.
Ada juga yang sanggup melepaskan orang yang benar-benar dicintai kerana orang yang mereka cintai mempunyai pilihan lain. Mereka sanggup melepaskan rasa cinta itu, hanya untuk melihat orang yang dicintai bahagia, walaupun bukan dengan dirinya.
Setiap pasangan yang bercinta haruslah bertolak ansur dalam segala aspek. Tidak boleh terlalu mengawal hidup pasangan, tidak boleh memaksa-maksa pasangan anda untuk berubah kepada sesuatu yang anda kehendaki.
Sebelum ini anda dapat menerima pasangan anda, kenapa tidak? Kenapa ada sahaja salah pasangan anda sekarang? Mungkin anda ingin membentuk pasangan anda menjadi manusia lebih baik, tapi perlulah caranya. Ada cara yang boleh anda gunakan. Jangan ugut pasangan anda, tidak ikhlas nanti perubahanya.
Sebagai contoh, kalau anda sebagai seorang lelaki, kebiasaanya, anda inginkan pasangan anda yang sopan santun dari segala aspek, mestinya inginkan yang bertudung, walau pada asalnya, gadis yang anda minat atau sayang itu tidak bertudung kan? Anda boleh paksa dia bertudung, tapi pastikan dia ikhlas. Jangan bila hubungan anda mempunyai masalah, tudung entah kemana dicampaknya.
Ini kenyataan, bukan cerita rekaan. Ramai sudah yang nampak macam ni. Jadi biarlah membuat perubahan itu secara ikhlas dari hati. J Kepada si gadis, tolong faham jejaka anda, jangan terlalu bergantung kepada mereka dan tolong jangan mengongkong kehidupan mereka. Percaya perkara amat penting dalam setiap perhubungan.
Si gadis, jika jejaka anda tidak melayan anda atau sibuk berkerja, anda harus paham, mereka juga mahukan kebebasan. Biarkan mereka bebas, biarkan mereka terbang yang pasti jika mereka benar-benar mencintai anda, mereka akan kembali. Mereka akan cuba mengembirakan anda setiap masa, Cuma ada kalanya mereka ingin sedikit kebebasan dalam berkawan sebagaimana si gadis juga.
Masing-masing perlu paham peranan masing-masing. Jangan terlalu mengawal pasangan anda. Samada pasangan anda sendiri akan menyampah, atau rakan-rakan yang lain menyampah. Yang paling penting, tolong jangan terlalu menunjuk yang anda mempunyai pasangan di depan rakan-rakan yang lain, sebab kadangkala akan ada menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakan-rakan anda. Berhemahlah dalam sesuatu perhubungan itu.
Cinta itu indah, peliharalah dia. Andai anda telah berada di dalam fasa perhubungan itu, jagalah hubungan anda itu sebaik-baiknya. Sayangi pasangan anda. Ramai lagi diluar sana yang inginkan kebahagiaan seperti anda.
Nota: Artikel ini adalah hasil nukilan daripada Qiela atau lebih mesra dengan panggilan Ayong yang juga merupakan seorang blogger. Artikel ini juga ditulis atas dasar pengalaman beliau sendiri, diharap artikel ini dapat membantu anda semua dalam mengenal erti cinta.
kalau takde kepercayaan dan kesetiaan. Hi hi bye bye la jawabnya..
tahu xpa…jenuh gak nak menjaga kepercayaan dalam perhubungan ni…
tolak ansur adalah kunci yang paling penting dalam sesebuah perhubungan itu selain dari kepercayaan…setiap insan inginkan yang terbaik untuk diri sendiri atau pasangannya…tapi, menjadi terlalu sempurna pun tidak elok juga..belajarlah menerima baik dan buruk pasangan kita..
ape pun, thumbs up utk artikel ni..terbaik
hehe, tahu xpa. tolak ansur, percaya, amanah, jujur dll perlu dipupuk dalam bercinta. byk perkara yg perlu dijaga ketika bercinta. insyaAllah akan kekal selamanya.
ape pun berpegang kepada jodoh di tangan tuhan.. lau de jodoh de la.. nak percaya 100% pun, ada jugak kes yg kena tipu la, diduakan la.. jadi, masing2 kena sedar tanggung jawab sendiri.. lau dah diberi kepercayaan, jgn pula salah gunakan.. tima kasih utk artikel ini..
betul tu, sentiasa berdoa kepada Allah. insyaAllah akan selamat semuanya, jgn sesekali mempersia-siakan kepercayaan yg diberikan.
kadang2 x berapa nak pasti adakah perasaan kita tu nafsu atau cinta,so jalan penyelesaiannya buat solat istiharah….
yurp, betul tu. harap dijauhkan daripada nafsu semata-mata. insyaAllah…
perempuan perempuan yang gemar bersosial hanya digilai lelaki untuk dipermainkan, manakala perempuan perempuan yang baik digilai untuk dijadikan pasangan abadi
-Asiah Yusra; Tautan Hati
tahu xpa, hope benda macam ni tidak akan berlarutan.
entri banyak point berguna. boleh digunakan untuk masa kelak bila betul-betul bercinta 🙂
wah, xkan xda awek lg…hehe
kalau semua kita tahu apa yang patut dan tak patut diamalkan masa bercinta takkan ada lah masalah. banyak orang buat silap dalam bercinta apabila terlalu control pasangan malah kdg2 cemburu buta.
betul tu, terlampau mengawal pun akan meretakan sesebuah perhubungan. bak cakap orang, belum kahwin lagi dah over.
betul cam ko kata..kalo pasangan bercinta, firstly kena ada sifat tolak ansur..takde tu mmg habis…siyes aku cakap…apatah lagi yg dah kawen…
tahu xpa, sifat tolak ansur dalam bercinta amat penting. xkisahlah dalam apa jua perkara pun…yg penting percaya antara satu sama lain…insyaAllah akan kekal sepanjang hayat.