Gadget Penulisan

Gajet Yang Menjadi Idaman di Hari Lahir

Pejam celik, pejam celik sahaja semakin hari semakin dekat hari lahir saya. Rasanya baru dua tiga bulan lalu saya menyambut hari kelahiran saya. Terasa semakin tua pula saya dibuatnya bila memikirkan usia yang kian bertambah angkanya. Tidak lama lagi saya akan menyambut hari lahir saya pada 9 April 2011, cepatnya masa berlalu.

Agak-agak apa hadiah yang saya bakal dapat pada tahun ini ya? Tahun lepas saya sudah mendapat sepasang kasut Adidas dan masih diguna pakai sehingga sekarang. Maklumlah hendak beli yang baru, makan minum sendiri pun belum tentu cukup. Student la katakan.

Memandangkan hari lahir saya yang bakal tiba, teringin pula rasanya berkongsi dengan anda semua apa yang saya idamkan selama ini. Manalah tahu, ada di antara anda yang bermurah hati ingin menghadiahkan sesuatu kepada saya. 🙂



Apple iPad 2 Percuma

5 Most Wanted Gadget

  1. Apple Macbook Pro

    apple macbook pro
    Gajet segala gajet yang saya idamkan sejak beberapa tahun dahulu, maklumlah bila minat mendalam terhadap dunia pengkomputeran ini ditambah pula dengan minat menulis blog dan melayari internet. Terasa ingin sangat untuk memiliki sebuah Apple Macbook Pro yang benar-benar membuatkan saya terliur.

  2. Apple iPad 2

    apple ipad 2
    Apple iPad 2 yang baru dilancarkan pada bulan lepas benar-benar telah menarik minat saya berbanding iPad keluaran pertama. Dunia komputer tablet yang kian berkembang pesat sekarang telah membuatkan saya teruja untuk memiliki sebuah komputer tablet dan sudah semestinya Apple iPad 2. Agak-agak sudi tak Denaihati mengahadiahkannya kepada saya?

  3. BlackBerry Torch

    blackberry torch
    Kalau diikutkan, pelbagai smartphone yang saya idam-idamkan. Hampir semua smartphone mempunyai fungsi yang saya, ditambah pula dengan fungsi keperluan yang saya inginkan. Oleh kerana saya tidak berminat dengan fungsi full touch screen, saya rasa BlackBerry Torch adalah yang terbaik bagi saya.

  4. Sony Playstation 3

    sony playstation 3
    Pelengkap dikala kebosanan, permainan konsol yang diinginkan sejak dibangku sekolah lagi. Kini telah memasuki versi yang ke-3 dan ura-ura akan keluar versi yang ke-4 tidak lama lagi. Betul atau tidak saya sendiri kurang pasti. Apa-apa pun ia tetap mengiurkan jika dapat bermain permainan video dengan Sony Playstation 3 ini, tambah-tambah bermain PES.

  5. Jam Tangan Adidas

    adidas watch
    Memandangkan masa amat penting dalam kehidupan ini, rasanya gajet terpenting pada diri kita ialah sebuah jam tangan. Hendak ditambah pula saya ini seorang atlet yang memerlukan sebuah jam tangan yang sesuai untuk dipakai ketika latihan, sudah semestinya sebuah jam tangan Adidas. Maklumlah, saya lebih gemar memakai barangan Adidas ketika ini. 🙂

Rasanya cukuplah lima sahaja gajet yang saya benar-benar inginkan setakat ini dan dikongsikan bersama anda semua. Jika ikutkan hati, banyak lagi gajet yang saya idamkan. Rasa-rasa anda semua, ada tak yang sudi hadiahkan kepada saya seperti gajet-gajet di atas? Kalau tiada, alamatnya sekadar angan-angan sahajalah jawabnya.

Nota: Sekadar ingin berkongsi gajet-gajet yang saya idamkan dan mungkin saya akan memilikinya suatu hari nanti. Budget 2020. 😛

38 Comments

  1. ekspresiruang March 29, 2011
    • Mohd Isa March 29, 2011
  2. .encik.SEDAP.™ March 28, 2011
    • Mohd Isa March 29, 2011
  3. Pingback: Mencantikkan Tema Windows 7 — Blog Mohd Isa March 28, 2011
  4. afique March 26, 2011
    • Mohd Isa March 27, 2011
  5. kulanz March 26, 2011
  6. syahrilhafiz March 25, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  7. myvitrd March 25, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  8. Mus March 25, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  9. akubiomed March 25, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  10. Finalcross March 25, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
      • Finalcross March 26, 2011
  11. Amirez March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  12. madlut March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  13. iza March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  14. zera March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  15. haru March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
      • haru March 25, 2011
        • Mohd Isa March 25, 2011
  16. leaflette March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  17. Eizil March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  18. nurmisnan March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011
  19. mancai March 24, 2011
    • Mohd Isa March 25, 2011

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.