Salam semuanya, hopefully anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kelewatan untuk mengemaskini artikel terbaru di blog ini. Kerana dalam tiga hari yang lepas saya lebih fokus kepada kejohanan olahraga tertutup UniMAP.
Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada kejohanan olahraga tertutup UniMAP kali ke-7 ini. Pada tahun ini saya telah menyertai enam acara termasuk acara jemputan pada majlis penutupan kejohanan yang dirasmikan oleh Tuanku Canselor, Raja Muda Perlis.
Tiga Rekod Empat Emas Dua Gangsa
Seperti biasa saya akan menyertai acara kegemaran saya iaitu 100m dan 200m serta ditambah satu lagi acara individu lompat jauh. Nampaknya usaha saya sebelum ini membuahkan hasil setelah berjaya memecahkan rekod 100m dan 200m pada kejohanan kali ini yang juga rekod milik saya.
Manakala lompat jauh saya sekadar memenangi pingat gangsa, setelah kepenatan berlari dalam acara 200m saringan sebelum itu serta memikirkan kecederaan saya yang belum pulih sepenuhnya. Satu lagi rekod telah berjaya dilakukan dalam acara 4x100m oleh kuartet saya.

Satu lagi acara yang saya sertai ialah 4x400m dan berjaya memenangi emas dan sepatutnya berjaya memecahkan rekod berdasarkan 3 time keeper tidak rasmi. Tetapi mengikut time keeper rasmi, kuartet saya tidak berjaya memecahkan rekod. Amat mengecewakan time keeper pada tahun ini.
Dalam acara jemputan iaitu 4x400m, sebanyak 7 penyertaan diterima termasuk kuartet staf UniMAP dan pelajar UniMAP. Dalam acara jemputan ini, kuartet 4x400m UiTM Perlis telah memenangi emas, perak dimenangi kuartet staf UniMAP dan gangsa milik kuartet saya, pelajar UniMAP.
Apa-apa pun saya amat berpuas hati dengan pencapaian saya pada kali ini dengan semua acara yang saya sertai berjaya membawa pulang pingat. Jadi semuanya 4 emas dan 2 gangsa, syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada jurulatih saya, rakan-rakan yang membantu dan memberikan sokongan dan kepada pihak UniMAP. Terima kasih. 🙂
Congratulation bro… tlg hantar keputusan penuh kalau ada. Klu x pun keputusan terbaik pun okay.
Thanks !!
Thanks bro, okay. Nanti aku cuba dapatkan keputusan penuh atau yang terbaik. 🙂
teringat kawan bilik sebelah masa belajar kat UTHM dulu. Firdaus namanya. dia pun selalu menang pingat dalam olahraga. salah satunya lompat tinggi, pernah dapat pingat perak dalam MASUM rasanya tahun 2005 atau 2006 dulu. kot2 kenal 🙂
2005 ng 2006 masih di poli, tak join masum lg. 2008 baru start join masum. 🙂
bila nak wakil malaysia?
wakil malaysia? haha, macam dah tua plak nak wakil malaysia. 😛
Wah.. memang hebat lah bro.. laju betul berlari.. kalau dengan aku, jauh aku ketinggalan.. hehe.. anyway, tahniah bro.
thanks bro, wah projek baru tu…fossil malaysia. dasyat2…reseller ke bro?
Wlcm.. x de lah bro.. tolong2 anak beranak jer.. 🙂
wah, ok la tu. masyuk la nanti yerk. 🙂
perghh..memang power lah, tahniah isa…nmpk olahraga akn jadi darah daging ko 🙂
thanks bro, insyaAllah. aku memang minat berlari dari kecil lagi. 🙂
eh, tahniah. kiranya atlet la nih. hebat woh.
thanks bro, uiks. baru tahu ke bro? aku ingat ko dah tahu lama. 😛
wah, hebat. tahniah bro. body pun mantap nampaknya 🙂 memang body seorang atlit olahraga.
tak hebat lagi, kena usaha lebih lagi ni. terima kasih bro.
Fuiiyyoooo tahniahh tahniahhh!
Klo Pojie dah pancit dah ;p
PojiePooh; Hanya Satu…
haha, usaha kena lebih pojie. terima kasih. 🙂
memang hebat. congratz!
masih perlu berlatih dengan lebih giat lagi, thanks bro. 🙂
Tahniah bro.. Semua acara dpt pingat tu..
thanks bro, alhamdulillah. berkat berlatih hari-hari. 🙂