Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik

Perkara apa yang kita biasa lakukan? Adakah yang baik ataupun sebaliknya, pernahkah kita terfikir semua itu pada setiap saat atau jam? Jika difikirkan kembali, boleh dikatakan banyak juga yang kurang baik. Apa kata kita tolak yang biasa, tambah yang baik.

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik

Tolak: Bangun pagi bermalas-malasan sambil berkata, “Alamak…nak pergi kerjalah pula! Hari-hari buat benda yang sama sahaja. Hmmm!”

Tambah: Celik mata terus berdoa, “Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Tolak: Berkhayal ketika di dalam pejabat sambil merungut di dalam hati, “Bosannya kerja ini. Bilalah nak habis waktu kerja.”

Tambah: Berwuduk sebelum masuk pejabat dan berdoa, “A’uzubillah…jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya.”

tolak yang biasa, tambah yang baikTolak: Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. “Buruknya perangai…ikut kelakuan atok nenek dialah tu!”

Tambah: Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa, “Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri.”

Rasanya setakat ini sahajalah yang perlu kita tolak dan tambah, mungkin banyak lagi yang boleh kita tolak yang biasa, tambah yang baik. Tambahan pula jika anda sebagai seorang blogger seperti saya. Tolaklah menulis perkara yang tidak bermanfaat, tambahlah menulis sesuatu yang berguna. InsyaAllah.

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik dari Gen-Q

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

6 thoughts on “Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik”

Leave a Comment