Jangan Masuk Nanti Anda Menyesal

Baru-baru ini saya ada menonton filem terbaru yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam dalam Malaysia, tajuk boleh tahan. Ala-ala filem seram Jangan Pandang Belakang, kali ini tajuknya mudah dan ringkas. Dilarang Masuk arahan Jeffrey Chiang dalam genre ngeri.

Sinopsis Dilarang Masuk
Kalau tengok poster filem Dilarang Masuk ini, memang menarik dan memang mengerikan. Seramlah katakan sebelum menontonnya. Tapi sebelum itu sebenarnya, saya ingin menonton filem Cun. Tapi oleh kerana filem Dilarang Masuk baru keluar di pawagam. Saya pun mengambil keputusan untuk menonton filem Dilarang Masuk.

Sinopsis Filem Dilarang Masuk

Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ.

Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh terbayang kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut, setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.

Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Sumber: Sinema Malaysia

Jika dibaca sinopsis filem Dilarang Masuk di atas, memang agak menarik dan menyeramkan. Tetapi sekali anda menonton, pasti anda akan berkata โ€œDilarang Masuk, jangan sesekali masuk. Nanti anda menyesal.โ€

filem dilarang masuk
Itulah tweet pertama saya setelah tamat menonton filem Dilarang Masuk. Kemudian dibalas pula dengan tweet daripada @amirez di bawah:

filem dilarang masuk

Review Filem Dilarang Masuk

Babak permulaan sahaja boleh dikatakan penyampaiannya memang baik, diselang-seli dengan introduction atau credit filem Dilarang Masuk. Boleh dikatakan ada juga babak-babak yang mengejutkan, tetapi tidak membawa kepada bunyi jeritan.

Pada pertengahan filem Dilarang Masuk pula, mula menunjukkan kebosanan apabila sudah menunjukkan konflik yang sama di antara 4 watak utama filem ini. Iaitu Bad dan Ronnie sentiasa bergaduh, manakala Juli sentiasa berpura-pura terhadap Fatia.

Mula-mula terfikir juga, kenapa Fatia tiba-tiba dalam keadaan trauma. Mungkin kerana dia mula dirasuk makhluk ghaib yang berada di rumah misteri itu. Itu mungkin menyeramkan, tetapi ianya tidak. Sebenarnya, trauma itu hadir setelah mengetahui Fatia sebenarnya memamakai atau menggunakan jantung seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan di rumah tersebut.

Kiranya, Fatia menggunakan organ haram dan di bawa ke rumah tersebut oleh naluri yang hadir daripada organ tersebut untuk merungkap misteri mengenai organ-organ haram yang dipasarkan. Jadi tiada unsur misktik atau seram di dalam filem Dilarang Masuk ini.

Jadi seolah-olah tertipu dengan tajuk, poster dan iklan filem Dilarang Masuk ini. Filem ini hanya ingin menyampaikan mesej ingin menghapuskan penyebaran organ-organ haram untuk manusia. Jadi rasanya lebih baik, mesej ini disampai melalui filem yang bergenre penyesiatan.

Memang agak menyesal setelah menonton filem Dilarang Masuk ini, mesej yang disampaikan adalah baik. Tetapi tidak kena pada cara penyampaiannya dalam filem bergenre seram, lebih baik disampai melalui filem bergenre penyesiatan. Sekadar cadangan daripada saya.

Nota: Maaf jika review yang saya buat tidak berapa jelas, kerana saya tidak pandai mengolah ulasan sesesebuah filem. Ingat! Jangan masuk, nanti anda menyesal. ๐Ÿ˜›

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

45 thoughts on “Jangan Masuk Nanti Anda Menyesal”

  1. aku rasa mostly cerita hantu melayu membosankan..huhu…kalau ada yang best pun 1 2 je, hantu melayu nie kena lawak kot macam hantu kak limah..baru best

    Reply
    • haha betol2…cite ratu tu aku tgk tajuk pn dah tahu xmenarik..pastu penerbit n penagrah duk komplen filem xlaku..penonton xnk pegi..cmne nk pegi kalo buat pun filem smpah..tp sesetgh filem aku suke..cam filem leftenan adnan..aku tgk 100x pn x boring

      Reply
    • haha, tahu takpa. membosankan betul, tak semuanya menarik. jangan pandang belakang yg paling aku respek…yg lain cam hampeh jerk…

      Reply
  2. Pingback: Review Filem Cun โ€” Blog Mohd Isa
  3. owh, terima kasih bro isa. hari tu terasa nak tengok tapi bukan sebab cerita, nak tengok macam mana kualiti filem yg dibuat 100% menggunakan DSLR. tapi bila bro dah review cenggini, rasa tak berbaloi pula nak ke panggung…

    Reply
    • itulah pasal, memang rasa tak berbaloi plak tgk filem dilarang masuk ni. kualiti gambar memang menarik, tp jln cerita tak menarik lansung.

      Reply
  4. nak tengok dah semalam kat tgv Jusco ipoh.tapi dorang ade technical problem palk.panas betol la.sia2 cari parking.warrghhhh!!!

    Reply

Leave a Comment