Usah kata dalam dunia realiti sahaja ada gadis yang bajet cun, bajet lawa, bajet comel, bajet cute gitu dan menggedik sana sini, dalam dunia internet pun ada yang macam itu. Perasan cunlah tu, mulalah keluar kenyataan yang menggedik.
Ada juga blogger perasan cun selalu, keluarlah kenyataan yang ala-ala semua orang mahukan dia. “Saya sukalah mamat yang nyanyikan saya lagu tu tadi”, “Saya mahukan lelaki sekacak Fahrin Ahmad”, “Saya bla bla dan bla.” Itu baru perempuan, kalau lelaki pula?
Anda jawablah sendiri, Lisa Surihani, Heliza dan Fasha Sanda menjadi sasaran. Tiada pula kenyataan yang keluar macam ini, “Saya mahukan suami sekacak Sulaiman r.a” atau “Saya mahukan bakal isteri saya secantik Siti Khadijah.” Cuba cari, kalau ada. Doakan kepada beliau ya.

Itu sekadar mukadimah saya berkenaan sebuah lagi filem melayu yang bakal ditayang esok, filem Cun. Ini pun dah kira bajet cun juga, bila semua blogger buat entri pasal filem dan drama. Kira cunlah tu. 🙂
Sinopsis Cun
Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Sumber: Portal Perfileman Malaysia
Nota: Jangan lupa untuk menyokong projek terbaru Denaihati iaitu Network Blogger, untuk keterangan lanjut sila klik sini.
ape name kg tuh .. n dekat mane .. alor star ke jitra ke mane ke .. sgt berminat .. n jaoh tak dari airport
kat alor setar tak silap, sebab dia ada ckp balik kg tom kat alor setar…
Adeh, rupa-rupanya review filem
tunggu kat astro jelah nampaknya hehe
astro 1st boleh bro, tgk la 24jam. hehe
citer ni nampak cam best gandingan diorang berdua. nak gi tgk la nanti 🙂
betul tu bro, memang best la kalau dorg berlakon. 🙂
ceh, tipah tertipu bang..ekeke
aku ingat aku bajet kacak..:DDD
uiks, kalau ko bajet kacak. aku lagi kacak kot. 😛
kekeke…wat suspen je bace tajukk.pe2 pun tgok trailer cter cun ni mmg lawakk best,..
hehe, napa? ana terasa yerk? tp ana memang cun pun, kalau takda bf ckp tau. nak ngorat. 😛
FFFUUUU, tajuk nak dapat banyak clickthrough. kekekeeke. Btw, hi cik anajoe. 😀
ko gak yg ajar aku…haha…uiks…menggatal plak dia kat sini yerk…
kekeke…dan2 je.ti ana nk bg tajuk cmtuh gak lah. 😛
haha, boleh ana. test la wat tajuk camtu, blogger bajet macho. jgn lupa tag nama saya. hehe
hahaha..ingatkan awek mana la yang bajet cun..suprise.. 🙂
Jom baca ni: EBOOK Kuasai Industri 2015..
uiks, memang ada kot. ce cari…
tunggu link download.. keh3..
haha, sabar2…:)
kena tengok nih
mesti kelakar… i like Maya Karen
hehe, layan…maya karin terbaik…
harap movie ni mmg cun..
aku lama dah tak masuk panggung
samalah bro, dah lama tak masuk panggung ni…bosan betul duk perlis ni…takda panggung…
eja tak sabar nak tgk cerita nih…lg2 hero encem awk lawa..aha
tahu takpa, mesti lawak abis ni…:)
dengan penug bangga diri…aku merasakan diri ini kacak seperti remy ishak lah…heheh…bajet hensem je
haha, power2…bajet hensem abis tu…
maya karin memg cun..hehe
tau takpa…comel gitu…
As salam…
cun tak ——————————————————>
hehe…ini dah betul2 perasan…haha.
Nak balik kg tp banjir la pulak.
Jln nk ke padang melangit boleh lalu tak?
padang melangit tak tahulah plak, yg tau start bintong smpi arau air dah naik…tp hari ni dah start surut balik kot…
Cun! Kena tengok nih 😀
layan bro, teman tak sempat nak g cinema dah ni. tgu sedut je…hehe
Nampak mcm best jer.. lg pun maya mmg cun.. hehe.. ada gak org buat contest filem cun ni kt FB..
uiks, siap ada contest ke? hadiah menarik ke?
A’ah.. ada contest.. hadiah dpt tiket wayang dgn sedikit cash rasanya..
menarik gak tu, tp aku noob skit pasal contest camtu. hehe
dari sinopsis, macam best je. Maya Karin tuuu. hehe 😛
tahu takpa, memang cun abislah kalau maya yang berlakon. hehe
Tengok maya karin je la ni ek? huhuhu
haha, layan kot. 🙂