Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi saya pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w? Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
- Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
- Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
- Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
- Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
- Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”
Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau. Mari kita lihat pula rasul-rasul yang telah ditugaskan untuk menjaga lapisan langit.
Rasul-rasul Penjaga Langit
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim
Ini sekadar peringatan kepada kita semua, bahawa setiap lapisan langit telah dijaga oleh rasul-rasul yang dilantik oleh Allah s.w.t. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengingatinya. Mari kita lihat pula wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.
Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua. Salam Maulidur Rasul daripada saya. 🙂
cuba la kita contohi rasul kita.
supaya hidup akan selamat.
maaf agak terlambat bro… salam maulidur rasul
wasiat nabi tu nk ikut la, banyak kelebihan tu..
harus diikut bro, benda baik. 🙂
salam maulidur rasul kpd sahabat dan semua umat Islam seluruh Malaysia………dr kami rangkaian barakahemas999.c0m. wassalam…
salam maulidur rasul..semoga kita dpt jadikan rasulullah s.a.w contoh ikutan bagi kita dalam segenap aspek kehidupan…..jgn kita jadiikan sambutan memperingati kelahiran dan sejarah hidup rasulullah s.a w habis bergitu sahaja tetapi apa yg penting ialah kita menghayati sirahNya dan mengamal segala Sunnah Nabi dlm kehidupan seharian semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari Nya…sekian Wallahuaklam…….
Salam Maulidur Rasul 1432H… 🙂
Salam Maulidur Rasul juga buat bro…
Assalamualaikum mohdisa.
Salam maulidur rasul
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
salam maulidur rasaul sahabat..
pagi td sempat join perarakan.. 🙂
Salam Maulidur Rasul juga..
Salam Maulidur Rasul Isa..hari kekasih ramai yang kena tangkap basah..maulud nabi, tak ramai yg ke masjid…dunia2…
Salam maulidur rasul jugak bro.. Mna sambut arini? Jai sambut kat ofis je..kne kje.. 🙁
salam maulidur rasul jugak
salam…
tq for such a gud info, mudan2an kite sume dpt manfaat drpdnya..
oh yer, sy ade link blog awak dlm entry sy ari ni.
feel free to visit k=)
salam maulidur rasul..mudah-mudahan semangat yg ditinggalkan oleh rasul kesayangan kita dpt diterapkan dlm diri kita..amin
Salam Maulidur Rasul bro
Salam Maulidur Rasul.