Dalam beberapa hari yang lalu, saya menghadapi masalah berkenaan status update daripada akaun Twitter ke Facebook tidak berfungsi. Sebelum ini saya menggunakan aplikasi Twitter di Facebook untuk update status Facebook saya terus daripada Twitter.
Mengapa saya perlu untuk update status Facebook dengan menggunakan Twitter? Ini kerana ia memudahkan saya mendapat maklumbalas serentak daripada kawan-kawan di Twitter dan Facebook. Maklumlah, tidak semua kawan-kawan di Facebook mempunyai akaun Twitter. Begitu juga kawan-kawan di Twitter.
Selain itu, ia penting untuk medium untuk meningkatkan trafik di blog ini. Jika anda perasan, setiap kali saya update blog. Secara automatik status saya di Twitter berubah dan memaparkan link untuk update terbaru blog saya, cara ini saya menggunakan plugin Tweetable untuk WordPress.
Untuk plugin update status Facebook melalui WordPress saya belum jumpa lagi, oleh yang demikian saya mengambil keputusan untuk update status Facebook saya melalui status Twitter. Sehinggalah saya menjumpai aplikasi Facebook untuk update status Facebook melalui Twitter iaitu Selective Tweets.
Selective Tweets ini menggunakan trending atau hashtags #fb untuk update status Facebook secara automatik melalui Twitter. Ini bermakna, anda perlu menambah #fb setiap status Twitter untuk dipaparkan di akaun Facebook anda juga. Contohnya seperti di bawah:
Mudah bukan, hanya perlu menambah hashtags #fb di tweet dan akan terus dipaparkan pada status Facebook dan yang pasti ia mengurangkan gangguan kepada kawan-kawan kita di Facebook. Maklumlah, tidak semua perkara di Twitter perlu dikongsikan di Facebook. Betul tak?
aku memang selalu pakai teknik selektif tweet ni.. sng dan cepat… haha… 😀
aku baru tahu kot, patutla bila org tweet ada letak #fb
ingat trending jerk, rupanya utk selective tweet…
haha…noob gila aku. 😛
aku tak pernah cube lagi benda nie, macam best, nnt aku cube, kan lagi senang macam tu kn…
cubalah bro, mudah dan pantas. takdalah annoying sgt macam aplikasi lain. sampai berbual kat twitter pun masuk dalam fb. hehe
nice info…tapi saya jarang bertwitter.
belajarlah untuk aktif di twitter, banyak trafik boleh dapat dari sana. 🙂
Tenkiu2.. Nak try buat..
buatlah jai, tak susah pun. hehe
Aku ada buat guna selective tweet ni
tapi time tu tak menjadi pula
cubalah bro, kadang2 lambat tweet tu nak sampai ke fb. hehe
thanks. sharing yg baik
sama2 kak…
Mudah juga akak nak cuba lah,tapi akak blogspot…boleh tak?
boleh jerk akak, takda kena mengena dengan blogspot ke wordpress. yg penting ada twitter. 🙂
aku ade buat gak dulu..tp aku tak suke twit..heheso da tak kisahkan twitter tu..
best wooo tweet…bg aku la, hehe.
Menarik gak.. baru jer setting.. tp guna utk FB Page.. cuma kalau yg hashtag selain dr #fb ni akan keluar kt wall di Facebook. Lagi satu, post url kat FB tu dah x ada thumbnail..
aku tak tau plak nak wat kat FB page, cam mana yerk? aku test tak menjadi. aha, memang tak kuar thumbnail, sbb kita tak load link kat sana. hehe
dulu aku pon selalu guna selective tweet bila nk promote entri dkt twitter..senang trus direct ke fb & fp…skg fp dh guna smart tweet for fp…jarang sikit gune selective tweet
aku tak guna fp la plak, abis kalau ko nak update kat fb sekali. smart tweet boleh connect ke?
kalau guna smarttweet tak boleh kot..
jap2, fp tu meaning dia apa? hehe, jenuh duk pk ni. haha
Fan Page..
oic, kalau tuk fan page aku update dari fan page terus ke twitter. boleh taip panjang2. hehe
nak buat auto boleh gunakan Twitterfeed.. die akan submit terus entri blog ke facebook setiap kali update blog..
lagi 1, kalau ada guna SelectiveTweets, boleh gunakan fungsi Socialize di Feedburner utk hantar tweet ke facebook (utk blog update).. kat setting Socialize, masukkan hashtag #FB pada ‘Additional text’ dan setkan pada ‘at the end of the post’.. bila kita update blog, feedburner akan submit update tu ke twitter.. dan hashtag #FB tu plak akan berfungsi utk hantar ke facebook..
so, dh dapat kurangkan penggunaan plugin bg WordPress.. brilliant! hehe..
brilliant bro, aku mmg pakai twitterfeed. tapi untuk twitter jelah, sbb aku tak sambung ke facebook lg. nnt nak kena cek balik.
wah, baru aku tahu fungsi socialize kat feedburner tu, thanks bro. nnt aku cuba. tp risau plak, kang byk plak auto tweet aku. hehe
aku baru bercadang nk buat tutor..dkt blog lame aku dah ade, yg blogspot tu
haha, buatlah. aku bukan wat tutor pun, just sharing jerk. hehe
erm… bila dh private tweet…xbole connect dgn fb pulak…tau x kenapa??huhu
connect pakai apa, kalau connect Twitter applications kat Facebook. rasanya aplikasi tu dah rosak, sbb seblm ni mmg pakai tu. pastu tgk takleh pakai. test pakai selective tweets plak.