Salam sejahtera dan salam ukhwah dari saya, syukur alhamdulillah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi apa yang telah dikongsikan. Bukan buat saya seorang, malah buat anda semua. Mungkin sudah ada yang membaca mengenai artikel ini, tetapi tidak salah bukan jika dibaca sekali lagi untuk peringatan kita.
Sebuah artikel yang telah dikongsikan di laman Facebook yang bertajuk “Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita” untuk tatapan anda semua buat kali ini. Semoga dengan artikel ini dapat membantu umat Islam semua, terutama kepada kaum Hawa.
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. Jangan keluar seorang diri, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar.
Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah, “Dan tundukkanlah pandangan mudan jagalah kemaluanmu.”
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Semoga dengan apa yang disampaikan ini dapat membantu kita semua terus berada di dalam kejahilan. InsyaAllah, wassalam.
Promosi: Dapatkan Kupon Percuma Kugeeku yang bernilai sehingga RM50 sekarang juga dan anda berpeluang untuk memenangi SmartPhone Blackberry Curve serta tajaan produk Kugeeku.com klik banner di bawah:

syukran jazilan ya sahabat atas perkongsian ilmu ni juga…amat bermanfaat. semoga mendapat ikhtibar bt ana yg punya kekurangan…wassalam.
Assalamualaikum w.b.t…
maaf ya sahabat, ana terkeliru dengan pesanan sahabat yg terakhir berbunyi seperti ini “Semoga dengan apa yang disampaikan ini dapat membantu kita semua terus berada di dalam kejahilan. InsyaAllah, wassalam.”
jk ana salah tafsir, ayat ni berbunyi seperti membantu kita terus berada di dalam kejahilan…
maaf ya sahabat, ana punya kekurangan, jk salah apa yg ana katakan dan tafsirkan, harap dapat di maafkan…syukran jazilan ya sahabat. Wassalam.
mohon izin untuk dikongsi….artikel yg baik……
nice sharing.
iman kita hanya senipis kulit bawang, tapi godaan dunia setebal kubu constantinople…
betul tu, dunia oh dunia
subhanallah … satu peringatan untuk kita semua… lelaki dan wanita juga harus menjaga mata dengan sebaiknya…
betul tu, jagalah mata kita sebaik mungkin…
Nice info bro
aku tolong-tolong sharekan sekali eh entri ni
boleh, tak jadi masalah. sharing is caring bro. ingat tu. 🙂
suatu kupasan yang cukup menarik dan jelas…sama-sama kita pelihara dan pulihara mata kita…
terima kasih bro kongsikan artikel ni..
sama-sama, insyaAllah. sama-samalah kita pelihara dan pulihara mata kita.
Benar sekali mata lelaki memang nakal, dan sukanya yang aneh. aneh.. salam kenal.
salam kenal, maaf. saya ada sedikit teguran buat kamu, janganlan sesekali memasukan url artikel di ruangan website untuk author. ini akan dianggap sebagai spammer. saya sudahpun memasang plugin comluv untuk memaparkan entri daripada blog kamu. terima kasih.
Saya masih belum bersedia untuk pakai tudung
Adakah pemakaian tudung itu kepada seseorang perempuan itu akan berlaku apabila seseorang perempuan itu bersedia memakainya?
Aurat lelaki dan perempuan itu wajib dijaga agar perkara haram seperti maksiat tidak terjadi.
Zina dan maksiat itu akan terjadi apabila aurat seseorang manusia itu terdedah. Selain itu pegangan agama Islam itu kepada diri seseorang itu perlu dititikberatkan agar perkara-perkara yang boleh mengundang kita kepada dosa-dosa dapat dielakkan
Betul, aurat kita perlulah sentiasa dijaga. Bukan sekadar menunaikan kewajiban sebagai seorang Islam. Tetapi biarlah menjadi insan yang benar-benar beragama Islam. Bukan menanti bila sudah bersedia.
Saya masih belum bersedia untuk pakai tudung~ xD
adeh.. tengok gambar ko jer.. aku terpikir lain la pulak … hohohoho
haha, tahu takpa. tak senonoh betui pakai gambar awek mana tah. hehe
kah3… 😀
tahi mu…haha…bikin lawak plak…bro sorry…aku tak up lg…nak wat entri pun takda masa lg…hope bro fhm masalah aku skg ni…
xpe, ambillah masa anda. hehe…
satu perkongsian yg menarik dan lengkap.. thanks bro.. share bnyk lagi ye
most welcome bro, insyaAllah aku akan cuba kongsikan dengan lebih banyak artikel seperti ini di masa yang akan datang. 🙂
bro, aku dh buat akaun skype.. bro cari aku dgn nama bloggerboyz ok.. aku ada benda nak tanya ni pasal theme thesis.. skrg boleh online tak?
sorry lambat reply
aku jarang on9 skg ni
aku kat kg
ko boleh email aku tak?
id skype aku bloggerboy
takda z
takpe2..
nanti ada masa aku email je.. aku pon jarang on9 gak skrg..
maka terbongkar lah rahsia pandangan lelaki 😀
Ps: tapi wanita sekarang ni ramai yang sengaja nak tunjuk apa yang mereka ada (bukan semua)
banyak lagi perkara mengenai mata lelaki ini
kepada kaum hawa, beringatlah kamu untuk menjaga setiap perbuatan dan penampilan mu. kerana banyak mata lelaki memerhatikan kamu. 🙂
menarik3..
ingat..tak mo goda2 dah pasni..hehe
haha, yeke? ke ko yg tergoda lebih, ingat jaga mata kamu selalu. hehe
opps..alamak laki bro..hehe
insyaallah akan hindar sebaik mungkin =)
haha…hindar bro…jgn tak hindar…
haha! cobaan..=)
ni isa ke yg tulis? waaaaaaaaaaaa kagum!
haha, tahu pun nak kagum dengan aku yerk. 😛
Mula2 baca tajuk, ingatkan ianya dalam bentuk tips. Tetapi dalam bentuk olahan yang bagus. Menarik. Terima kasih banyak2. 🙂
Untuk tips, insyaAllah saya akan dapatkannya. Manalah tahu kita boleh bincangkan bersama. 🙂
terima kasih bro, artikel menarik, memang mata lelaki tu nakal, nak juga tengok sampai dapat 🙂
sama-sama, sekadar perkongsian. memang agak susah untuk mengawal mata ini. pasti ada sahaja yang tertarik untuk dilihat.
kena sentiasa beringat..mata ni pinjaman Allah..bila2 je Allah boleh ambil balik
betul tu, dan setiap pemberian Allah adalah amanah untuk kita menjaganya. jadi perlulah menghargai setiap pemberian Allah.
good sharing!!;)
thanks bro 🙂