Review Filem Takers 2010

Sudah lama agaknya saya tidak membuat ulasan atau review mengenai filem yang ditayangkan di pawagam, maklumlah sekarang ini lebih banyak menulis mengenai drama melayu yang ditayangkan di TV3.

Pada 30 Oktober yang lalu saya berkesempatan untuk menonton sebuah filem bertajuk Takers yang baru ditayangkan di pawagam 28 Oktober lalu. Sebuah filem aksi yang diarahkan oleh dikrektor John Luessenhop dan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang tidak kurang hebatnya.

Mengisahkan sebuah kumpulan rompakan yang berpengalaman yang dibarisi oleh Gordon Jennings (Idris Elba), John Rahway (Paul Walker), A.J. (Hayden Christensen), adik-beradik Jake (Michael Ealy) dan Jesse Attica (Chris Brown) yang baru sahaja berjaya menyudahkan sebuah rompakan di sebuah bank.

Boleh dikatakan aksi rompakan itu memang menarik, sehiggalah bekas ahli kumpulan mereka Ghost (Tip TI Harris) keluar daripada penjara dan berjumpa mereka kembali untuk mendapatkan kembali bahagian rompakan yang dilakukan oleh mereka bersama. Ghost telah merancang sebuah lagi rompakan besar dengan merompak sebuah kereta perisai yang membawa $20 juta.

Rancangan rompakan ini sebenarnya adalah rancangan rompakan yang ingin dilakukan oleh perompak Russia, tetapi Ghost telah berjaya memperdayakan perompak Russia tersebut agar membiarkan kumpulannya melakukan rompakan tersebut dengan membayar perompak Russia separuh dari hasil rompakan tersebut.

Tetapi Ghost adalah seorang pembelot dan ingin mengambil semua hasil rompakan tersebut, mereka hampir tertangkap oleh seorang anggota polis yang dilakonkan oleh Matt Dillon. Sebagai Takers, mereka telah merancang rompakan ini dengan begitu teliti. Rompakan yang dijalankan ala-ala Italian Jobs.

Kumpulan rompakan ini akhirnya telah mengetahui niat Ghost untuk merampas semua hasil rompakan itu, akhirnya berlaku pertumpahan darah sehingga mengorbankan beberapa rakan mereka. Sehinggalah Ghost tidak berjaya melarikan semua hasil rompakan tersebut dan Matt Dillon hampir mati ditembak oleh perompak tersebut.

Kesudahannya, hanya tinggal dua orang sahaja ahli kumpulan rompakan tersebut dan berjaya melarikan semua hasil rompakan tersebut. Memang best dengan aksi-aksi yang dipaparkan, tetapi saya hanya boleh memberi 6 bintang dari 10, kerana bagi saya Takers tidak dapat menandingi lagi Italian Jobs. Bagi yang belum menontonnya, yok tonton sekarang juga.

Promosi: Dapatkan Kupon Percuma Kugeeku yang bernilai sehingga RM50 sekarang juga dan anda berpeluang untuk memenangi SmartPhone Blackberry Curve serta tajaan produk Kugeeku.com klik banner di bawah:

Kupon Percuma kugeeku

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

29 thoughts on “Review Filem Takers 2010”

  1. Pingback: Tweets that mention Review Takers 2010 — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
    • itulah, ingatkan polis tu hero. rupanya hero utama filem ni, kumpulan perompak tu. haha, aksi dia pun kurang sikit berbanding dengan italian jobs. lagi menarik.

      Reply

Leave a Comment