Sindrom Malas Sudah Kembali

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan, terpulanglah kepada kita sendiri untuk menghargai setiap kelebihan dan memperbaiki setiap kekurangan yang ada. Tetapi apa yang pasti bagi aku, setiap manusia di dunia ini pasti mengalami sindrom malas dalam sesuatu masa. Tidak kiralah sewaktu belajar ataupun bekerja, pasti akan merasai sindrom malas ini.

Jika yang tidak pernah mengalami sindrom malas ini, aku rasa orang itulah yang paling bertuah di muka bumi ini. Bukan mudah untuk menghilangkan sindrom malas ini daripada diri kita sendiri jika tidak menanamkan perasaan ingin berubah daripada malas kepada seorang yang rajin. Pasti semua orang ingin menjadi seorang yang rajin dan akhir sekali menjadi seorang yang berjaya.

Begitu juga aku, sindrom malas tidak pernah lekang dari hidup aku. Tidak kira daripada bangku sekolah lagi sehingga kini. Ada masa rajin, ada masa menjadi malas. Malas boleh membuatkan seseorang itu kurang berjaya dan tidak berjaya dalam mengejar cita-citanya. Itulah yang ingin aku jauhi, sindrom malas. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya, aku perlu terus berusaha dan berusaha menghapuskan sindrom malas ini.

Tetapi sindrom malas sudah kembali, itu yang aku rasa sekarang ini. Rasa malas bangun pagi, tapi kerana rasa tanggungjawab. Aku bangun juga pagi menunaikan tanggungjawab aku. Rasa malas berfikir, masalah yang paling ketara sekarang ini. Sindrom malas berfikir, membuatkan aku terpinga-pinga di dalam kursus yang aku hadiri. MSC Malaysia Job Camp, aku faham atau tidak. Aku sendiri pun tidak mengetahuinya.

Pada pendapat korang semua, apakah yang patut dilakukan untuk menghilangkan perasaan sindrom malas ini? Sehingga hendak menulis entri ini juga, jenuh aku menyusun ayat. Sindrom malas, argh malasnya!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

23 thoughts on “Sindrom Malas Sudah Kembali”

    • betul tu, antara waktu puncak bermulanya perasaan malas. hampir semua kerja tidak mampu dijalankan dengan sempurna jika kita takda motivasi diri yang tinggi.

      Reply
  1. semua org akn merasa malas bila syaitan menghasut.. itu semua terpulang kepada individu tu sendiri samada akn melawan atau mengikut saja hasutan syaitan itu.. itu je.. anyway, nice post n aku retweet entri ni..

    Reply
    • kursus kat unimap gak, pusat perhubungan industri
      aku tak jadi konvo tahun ni
      sebab aku drop satu paper
      tahun depan jelah jawabnya baru konvo

      Reply
    • aku lain, nak tdo pun susah kalau tak mengantok atau tak penat. apa org kata, penyakit susah nak tdo tu…lupa la plak nama dia…hehe

      Reply
  2. hakhak.. kadang2 aku pon macam ni..bila MALAS dah datang, segala menda buat serba tak kena.Last2 terbengkalai je. Bila tengah rajin, hampir semua nak buat.. wakaka

    Reply
    • betul tu bro, pasti ada cara untuk mengatasinya. mungkin memerlukan ketenangan. sesuatu yang boleh membuatkan kita lebih bersemangat. 🙂
      tapi setiap orang ada caranya, right bro? thanks for comment.

      Reply
  3. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment