Bagi yang selalu mengunjungi blog ini, sudah pasti akan perasan dengan akan kelainan pada tema Blog Mohd Isa pada kali ini. Jika dulu boleh dikirakan agak serabut juga dengan pelbagai widget yang dipasang, saiz header yang besar dan iklan merata-rata. Kini tidak lagi.
Kali ini saya akan membawa sedikit kelainan pada tema blog ini, tetapi saya akan tetap dengan konsep yang minima atau lebih dikenali sebagai minimalist di kalangan blogger atau pembangun laman web. Masih menggunakan tema Thesis versi 1.8.5 dan masih tidak upgrade ke versi terbaru iaitu 2.1.2.
Perubahan hanya dijalankan pada bahagian Custom Editor, di mana hanya perlu bermain coding CSS dan PHP sahaja. Bagi tema Thesis, sesebuah tema yang telah siap dipasang pada blog ianya dipanggil skin. Skin asal yang saya gunakan ketika ini adalah rekaan saudara Izzuddin Fauzi iaitu pemilik blog SukaSedap.
Jika ada di antara pembaca yang pernah melawat blog tersebut, mungkin perasaan dengan beberapa persamaan rekaan skin yang telah dipasang di blog ini. Tetapi harus dilihat dengan teliti, saya telah melakukan beberapa perubahan pada skin ini. Ini juga di atas tunjuk ajar saudara Izzuddin Fauzi.
Kelebihan Thesis Skin Ini
Di antara kelebihan yang dapat dilihat adalah:
- Konsep minimalist di mana tidak banyak widget yang digunakan pada sidebar.
- Bahagian kepala atau header yang lebih kecil tanpa menggunakan logo atau banner.
- Warna putih dan jingga menjadi warna utama, agar sedap mata memandang.
- Kepantasan untuk melayari blog ini diutamakan.
- Responsive, sesuai untuk dilayari pada mana-mana peranti.
- Sila tambah sendiri.
Tetapi mungkin terdapat kekurang lagi pada skin ini, mungkin pakar-pakar boleh memberi pandangan di bahagian komen di bawah. Bagi saya, rasanya ini sudah memadai. Apa yang paling penting, konsep minimalist, responsive dan mesra SEO iaitu perkara-perkara yang amat penting di dalam teknik SEO sesebuah blog.
Semoga dengan wajah baru di blog ini dapat menaikkan lagi semangat saya untuk kembali menulis blog, boleh dikatakan agak lama juga menyepi dalam dunia blogging ini. Hanya menjadi pemerhati pada blogger lain serta blogger baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ewah!
Nota Kaki: Skin ini masih di dalam penambahbaikan, jika terdapat sebarang masalah. Harap dimaafkan.
Cantik dah ni. Macam berkenan pulak theme ni.
custom thesis skin yang simple sahaja bro, janji minimalist dan pantas. 🙂
Minat theme yang minimalist dan simple macam ni. Kalau nak jugak boleh ke bro? Haha
Boleh sahaja, jika benar-benar ingin mahukan. 🙂
Kena bayar ke skin ni? Haha. Kalau free boleh bagi tak? Haha. Slumber je buat muka tak malu mintak skin.
Free pun boleh, tapi kena bagi dua backlinks di home page bro la. Satu kepada saya, satu kepada owner asal. Kemudian bro kena ubah sedikit, terutama warna. 🙂
kemas dan ringkas dah ni, tak serabut sangat itu yang penting 🙂
terima kasih bro, kepala pun tak serabut nak menulis nanti. 🙂
try wat skin kat 2.1.2 ..
uuu, bleh jual.. masyuk !
haha, nanti aku cuba kat blog lain. takut semua setting dia lari pula.
Kemas… ingatkan thesis version 2 dah ni.. 🙂
tak pandai la plak nak guna version 2 lagi, nanti nak kena study plak. :p
dah cun dah bro..simple je..cuma kalau lebih lebar n tulisan sedikit besar, lagi ok kot
terima kasih di atas cadangan, guna font droid sans. memang agak kecil sedikit dari font lain. terima kasih sekali lagi. 🙂
hmmm suka2 sempoi je… terbaikkk
haha, terima kasih bro. blog bro pun apa kurangnya, hebat. 🙂
tahniah bro, dengan wajah baru semestinya ada semangat baru.
terima kasih sahabat, harapnya macam itulah. mood blogging sudah datang kembali, harap dapat menulis seperti dulu. amin.
hebat mike..tp cam kecik je aku tgk
apa yang kecik?
kecik baru comey bro 😀
oemyyy..nak gune gak :3
skin mung dah cukup lawa doh, kasi responsive sudah. bab tu mung minta bantuan izzuddin ye. :p
skin nie lagi lawoooo
rasanya tak sesuai dengan designer hebat, nanti nak taruk banner tak lawa dah.