Hari Kemerdekaan ke-56 dengan tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku umpama menyingkap kisah perjuangan lampau untuk memerdekakan tanah air tercinta iaitu Malaysia. Menyingkap kembali peristiwa pencerobohan oleh pengganas di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Jika tema sebelum ini iaitu Janji Ditepati menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia yang boleh katakan lebih kepada permainan politik, rasanya tema kemerdekaan 2013 ini mampu memberi semangat perpaduan masyarakat Malaysia agar lebih menghargai kemerdekaan negara.
Maksud Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-56

- Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56.
- Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanah air yang merdeka.
- Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku secara ringkasnya memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia merupakan negara yang berdaulat. Selain itu juga, ianya menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
Tema Hari Kemerdekaan 1970 sehingga 2013
1970: Muhibbah dan Perpaduan
1971: Masyarakat Progresif
1972: Masyarakat Adil
1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975: Masyarakat Berdikari
1976: Ketahanan Rakyat
1977: Bersatu Maju
1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979: Bersatu Berdisiplin
1980: Berdisiplin Berbakti
1981: Berdisiplin Berharmoni
1982: Berdisiplin Giat Maju
1983: Bersama Ke Arah Kemajuan
1984: Amanah Asas Kejayaan
1985: Nasionalisme Teras Perpaduan
1986: Setia Bersatu Berusaha Maju
1987: Bersatu
1988: Bersatu
1989: Berjaya
1990: Wawasan 2020
1991: Wawasan Asas Kemajuan
1992: Bersatu Menuju Wawasan
1993: Nilai Murni Jayakan Wawasan
1994: Jatidiri Penggerak Wawasan
1995: Budaya Penentu Kecapaian
1996: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1997: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1998: Bersatu Ke Alaf Baru
1999: Keranamu Malaysia
2000: Keranamu Malaysia
2001: Keranamu Malaysia
2002: Keranamu Malaysia
2003: Keranamu Malaysia
2004: Keranamu Malaysia
2005: Keranamu Malaysia
2006: Keranamu Malaysia
2007: Malaysiaku Gemilang
2008: Perpaduan Teras Kejayaan
2009: 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
2010: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
2011: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2012: Janji ditepati
2013: Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Cerita Kaki: Teringat pula zaman sekolah dahulu, di mana saya terlibat dengan sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan pada tahun 1999 dalam membuat formasi bendera dan logo hari kemerdekaan dengan tema Bersatu Ke Alaf Baru. Dengan duit elaun itulah saya membeli kasut bola sepak. :p
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56
tema 2012 tu slack cikit huhu
jadikan ianya sejarah, sejarah yang menjadi pengajaran. 🙂
Mungkin kerajaan kena buat satu perubahan drastik untuk sambutan hari merdeka di negara kita. Contohnya seperti melarang makan nasi dan lauk pauk mewah sebaliknya makan ubi kayu rebus sahaja….buat sukar macam sebelum merdeka dulu le katakan…baru ada keinsafan!
Itulah, sebaik-baiknya semua merasa susahnya memerdekakan sesebuah negara. Tanamkan sifat bersyukur hidup aman damai di bumi Malaysia.
selamat menyambut hari kemerdekaan bro jg bro..
terima kasih…
Selamat hati merdeka yg ke 56, tak pergi tengok perarakan ke hehe
typo di situ nampaknya, hehe. berarak kat umah je, esok kena keje plak. student baru nak masuk.
Bila tengok logo, teringat kisah logo ‘Microsoft Word’ tahun lepas. Hohoho!
haha, dah menjadi sejarah pun bro. hopefully menjadi pengajaran. harap lepas ni akan menjadi lebih baik. 🙂