SEO : Tips Menarik Dari Aliff Cullen

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, sebelum aku pergi dengan lebih lanjut mengenai SEO. Aku ingin memberi ruang kepada pembaca dan juga rakan blogger kita mengenai SEO. Jika diikutkan, ilmu mengenai SEO ini memang tidak akan habis belajar. Kerana ia akan sentiasa berubah mengikut kehendak sesebuah enjin carian.

Bercakap mengenai SEO ini memang menarik, lebih seronok jika kita dapat berkongsi dan memberi pendapat yang berlainan mengenai SEO. Ini kerana ia dapat membantu sesebuah laman web atau blog untuk terus kekal di enjin carian seterusnya menambahkan trafik atau pelawat ke blog atau laman web korang.

Baiklah, untuk entri SEO kali ini. Aku ingin berkongsikan pendapat daripada seorang blogger yang sudi meninggalkan komen di Blog Mohd Isa iaitu saudara Aliff Cullen. Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Aliff mengenai SEO.

SEO : Tips Menarik Dari Aliff Cullen

Aku rase aku nak share jugak la pemahaman aku mengenai SEO. Beberapa teknik yang aku faham. Aku nak type entri kat blog aku malas. Aku share sini jerk. Mungkin membantu penulisan ko nanti berserta menambah artikel berkenaan KEYWORD mohd isa ini. (ayat skema. haha!)

Setiap blog atau website mempunyai robot.txt, terletak pada atau meta sesebuah page. Memang ada robot.txt yang power. Korang pun boleh edit bahagian ini. Revision perlu. Untuk memudahkan crawler atau spider mencari tajuk, definisi sesebuah blog atau website. Selain itu jugak aku pernah terbaca tentang Google Pigeon yang bertindak jauh lebih laju dari crawler atau spider mengindexkan sesebuah laman web (INDEXING). Kalau salah sila perbetulkan ini.

Aku tak nafikan yang keyword memain peranan paling penting dalam pengindexkan blog di enjin-enjin carian. Pengguna wordpress mempunyai kelebihan utama sebab resources wordpress agak tinggi. Sebagai contoh, blogspot tidak akan sampai PR10 tertinggi. Paling tinggi untuk pagerank blogspot hanyalah sampai PR7. Ko pun dah banyak cerita tentang apa itu SEO. Aku tak perlu terang banyak-banyak.

Bagaimana mengoptimumkan SEO sesebuah blog?

Aku pernah isu bende nih dulu sebenarnya. Tapi skang, tujuan aku blogging hanyalah sekadar hobi. Aku bukanlah seorang blogger yang amat mementingkan traffic ke blog. Atas moneytize blog. Setiap blogger ada target tersendiri untuk berblogging. Jadi kalau ada salah harap maaf. Saja berkongsi pengetahuan SEO. Kelebihan untuk wordpress.

Bermula dengan tajuk (HEADING), tajuk mestilah menarik dan tepat kepada isi kandungan yang bakal dicari oleh pengguna enjin carian. Ini kerana, jika sesebuah tajuk berketepatan dengan isi kandungan yang dicari, pencari enjin carian akan berulang kali ke laman web anda. Sekaligus meningkatkan ranking dan laman anda terus diindex di page enjin carian. Dan ini akan memudahkan pencari baru seterusnya untuk mencari artikel yang dingini. KEYWORD PERTAMA ANDA terletak pada sini.

Description atau dekripsi sesebuah blog perlulah melebihi 60 patah perkataan. Description ini juga termasuklan PERENGGAN pertama untuk sesebuah penulisan. Amatlah perlu anda meletakan kata kunci KEDUA (keyword) anda dalam bahagian ini.

Isi kandungan (BODY) Juga seperti bahagian TAJUK DAN DESKRIPSI. Korang bolehlah letak jugak keyword, keyword dalam penulisan anda di sini. Sebenarnya, kontra penulisan hendaklah seringkas mungkin dan mudah difahami dengan ketepatan dan kejituan. Kurangkan juga pengunaan ayat berbunga-bunga (kecuali blog anda mengenai penulisan kreatif). Maksud ayat yang dikurangkan seperti penggunaan ayat; ( DAN, JUGA, ATAU, …) Rata-rata keyword anda cuma KEYWORD 1 terletak pada tajuk, KEYWORD 2 terletak pada deskripsi, KEYWORD 3, 4, 5 terletak pada BODY TEXT.

Selalunya keyword dalam kiraan KEYWORD 1 hingga 5. Bagi memudahkan crawler catch bahagian nih. Jangan melebihi 5. KEYWORD ADALAH TAJUK!! Dalam BODY TEXT anda boleh memulakan perenggan baru dan memberi HEADING 2 untuk sub tajuk. Korang boleh jumpa option nih. Ader HEADING 1, HEADING 2, HEADING 3. Korang perasan tak?

Selesai bahagian penulisan. Jom bincang mengenai SEO plugins untuk WordPress pula. Ada beberapa plugin yang boleh meningkat catch crawler seperti, ALL IN ONE SEO PACK, SEO SLUGS, KEYWORD GENERATOR, dan banyak lagi.

Paling penting, ALL IN ONE SEO PACK.

Kat sini. korang boleh paste balik TAJUK, Description (lebih 60 pth perkataan), dan keyword. Keyword hendaklah dimasukkan sekali dengan keyword 1, 2, 3, 4 atau 5 jika mempunyai lebih. Korang jugak boleh menambah sebanyak mungkin keyword relevan. Jika anda mempunyai keyword generator. Dengan senang anda boleh mengGENERATE keyword dari penulisan anda. Kebanyakkan business web besar mengandungi kira-kira 1000 keyword tak silap aku untuk satu-satu page. Untuk keyword anggaran 20 hingga 30 keyword sudah memadai. Keyword janganlah terlalu pendek dan relevan untuk diindex ke enjin carian.

Korang boleh bereksperimen dengan KEYWORD. Sebagai contoh, check Google untuk top keyword ANAK akan mengeluar kata kunci lain selain ANAK; BUANG ANAK no 1, ANAK SOLEHAH. Jika penulisan anda mengenai ANAK SOLEHAH, anda boleh meletak keyword ANAK SOLEHAH PILIHAN, ANAK SOLEHAH KELUARGA, DOA ANAK SOLEHAH dan sebagainya. Keyword panjang akan membantu anda bersaing dengan keyword-keyword yang sedia ada dan mengindexkan web anda di ranking tertinggi carian keyword ANAK. ULANG sekali lagi, keyword hendaklah relevan dengan penulisan, pencari artikel selalunya mahukan sesuatu artikel yang berkualiti dan bermanfaat.

Aku tak faham sangat kaitan SEO nih dengan Google Sandbox. Aku pernah terbaca jika web korang masih dalam TARI-TARIAN google sandbox. Tidak mudah blog korang untuk dicatch oleh encik crawler atau SPIDER. Sebab ianya hanya bermain datang untuk check kemudian berlalu pergi. Tetapi, dalam TARIAN Google Sandbox ini. Jika kandungan blog anda berkualiti dan optimum SEO. Dalam 4 bulan dah boleh mendapatkan PR tertinggi.

PERBANYAKKAN BACKLINK juga TRACKBACKLINK

Kebanyakkan blogger lupa akan perihal ini. Ini untuk mengoptimumkan ranking blog korang. Jika korang perbanyakkan backlink ke artikel-artikel blog yang berkaitan, juga ke twitter, RETWEET merupakan contoh BACKLINK terbaik. Blog korang akan mudah meningkat ke PR4 atau 5 dalam waktu yang singkat.

XML RPC PING

Korang boleh automate ping blog anda ke directory-directory blog. Korang boleh search google, “WordPress XML RPC PING LINKS” untuk cari links ping. Untuk mempercepatkan PING korang ke enjin-enjin carian, direktori-direktori, korang boleh menggunakan plugin NO PING WAIT. Setting XML ping dalam Setting > DISCUSSION dalam wordpress CMS korang.

Juga perlu untuk menggubah attribute comment dari NOFOLLOW ke DOFOLLOW. Boleh dapatkan plugin nih DOFOLLOW. CommentLUV juga sila sertakan ke blog korang bagi memudahkan blogger meninggalkan backlink pada sesuatu komentar.

Jika benda di atas digunakan sebaik mungkin. Aku jamin blog korang boleh maintain traffics masuk hari ke hari. Cuma SABAR dan TABAH. Satu je aku pesan. PLAGIAT selalunya tidak diendahkan oleh crawler, spider. Sensitive case, Benda yang telah dindex ke enjin carian TIDAK akan dindex semula. SPAM juga agak menjadi luar biasa masuk ke blog korang sebab blog korang senang dan mudah dikenali oleh SPAM spider. Sila gunakan Akismet.

Kredit: Aliff Cullen

Nota Tips SEO: Menarik bukan apa yang dikongsikan oleh saudara Aliff Cullen mengenai SEO ini. Apa kata korang pula mengenai SEO? Boleh kita bincangkan bersama, tinggalkan komen korang seperti Aliff Cullen. Mana tahu, komen korang pula akan dipaparkan sebagai entri seperti di atas. Free-free aje dapat kredit dari Blog Mohd Isa. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

80 thoughts on “SEO : Tips Menarik Dari Aliff Cullen”

  1. Perghh memang banyak la ilmu aku dapat dari entry ni. Btw, if i give u my username and password my blog, could you install / delete any plugin or html code oh mohd isa 😀

    Reply
  2. Pingback: Helen
  3. bro.. actually aku tak berapa faham tentang nofollow dgn do follow tu… orang kata.. do follow bagus.. tapi aku terbaca kat blog azilas bahawa do follow tu.. tak bagus…

    Reply
    • ok, kita ambil yang mudah sahaja. dofollow n nofollow adalah untuk kegunaan links. contoh, plugin commentluv yg aku guna akan keluarkan link entri terbaru pengomen. aku pakai pakai dofollow, so google akan indeks atau mengambil kira link tersebut sebagai backlink ke blog pengomen. nofollow tidak akan memberi sebarang makna. keburukkan dofollow plak, adalah dari segi spam. spammer mmg suka blog atau laman dofollow ni. tp itukan boleh dihindari dengan adanya plugin yg menyekat spam seperti akismet. 🙂 ini mengikut kefahaman aku la. 🙂

      Reply
  4. wah penerangan ringkas yang menarik dan senang nak faham… SEO memang macam2 teknik tapi yang penting SEO dengan isi sama menarik… sekadar pendapat

    Reply
  5. gua buat tak kisah jer psl seo ni..gua lemah jer..blog gua, gua skdr biar begitu saja tanpa teknik2 tertentu tu yg blog gua skdr mati x mahu hidup plaks beliau segan..

    alkisah – sebuah blog yg tidak dikisah

    Reply
    • haha, biasalah tu. kalau buat blog sekadar suka-suka memang tak penting sgt pasal SEO ni. tapi kalau nak bergiat secara serius, SEO memang amat penting. betul tak?

      Reply
  6. Pingback: Blog Loading Time slow kisah ke? | Denaihati
    • sama-sama, banyak perkara lagi yang kita perlu pelajari mengenai SEO ni. contohnya cara menempatkan keyword kita dalam entri, itu juga memainkan peranan dalam SEO.

      Reply
  7. aku kadangkala masih belajar pasal keyword ni…ari tu..aku ada baca dari blog member senegeri aku tu tentang menda ni iaitu allifcullen tapi aku belum beberapa faham ,bila bro terangkan sedikit baru aku faham….

    Reply
    • cuba cari pasal seo kat blog ariff shah pula
      dia ada ajar macam mana nak susun keyword dalam entri pula
      lebih mudah
      nnt aku akan publishkan kat sini plak.

      Reply
    • tak perlu banyak sebenarnya
      cukuplah sekadar pandai bermain keyword sewaktu menulis entri
      nnt saya ajar bagaimana hendak memasukan keyword pada entri

      Reply
  8. banyaknya info2 berguna tentang SEO, ada satu dua plugin dah install tapi tak guna secara optimum.. sekadar letak dulu plugin, blajar kemudian, bila baca entri ini terasa rugi pula

    Reply
    • ikutkan banyak lagi plugin pasal seo ni
      kalau pandai pakai semua lagi berfaedah
      tetapi ada plugin yang tidak boleh pakai secara serentak
      takpa, pelan2 kita pelajari pasal plugin ni
      sy pun sedang belajar lagi mengenai semua plugin ni

      Reply
  9. Aku pun masih tercari-cari keywairds yang top setiap hari bagi optimumkan seo di dalam blog,btw entri ni sememangnya wajib dibaca untuk semua blogger

    Reply
    • memang agak sukar nak mencari keyword yang menarik setiap hari
      untuk memudahkan lagi, gunakan sahaja keyword mengenai info semasa yang hangat diperkatakan dan pasti orang akan cari

      hopefully semua blogger sudi membacanya lah….

      Reply
  10. Kalau tips nie da lama expert 🙂
    Target aku nk rank tinggi dlm serp google.com, since blog niche aku english, aku nak ramai visitor dari US…buat masa skang agak susah tp x salah try…lama2 nanti jadi kot…hehe

    Reply
    • tahu takpa, komen macam ni la yg kita mahu. sebuah perkongsian yg amat bermakna. anyway, thanks. sharing is caring. 🙂

      Reply
  11. Pingback: Tweets that mention SEO : Tips Menarik Dari Aliff Cullen — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  12. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment