Saya Panggil Ia Adibuntu

Pernahkah anda terfikir mengenai paparan di skrin monitor anda mempengaruhi minda anda untuk terus bersemangat dan berasa suatu nikmat untuk melakukan sesuatu perkara dengan komputer anda? Bagi saya ia amat penting, kerana paparan yang menarik mampu membuatkan saya berasa amat seronok.

Walaupun saya masih tidak mampu memiliki sebuah Apple Macbook Pro atau iPad 2, saya tetap berbangga dengan laptop HP Compaq Presario CQ40 saya dan saya amat menyayangi ia walaupun sudah beberapa kali buat hal.

Dalam beberapa hari yang lalu dikala fikiran bercelaru memikirkan projek akhir tahun yang masih belum siap, tangan ini mula gatal untuk mengubahsuai paparan Windows 7 yang sekian lamanya tidak terusik.

Ini semua gara-gara si Syahril Hafiz yang menyediakan tutorial untuk tweak tema Windows 7 ke tema Ubuntu yang memang menarik minat saya untuk mencubanya. Ditambah pula saya amat menggemari paparan Ubuntu yang memang tidak jemu mata memandang, saya terus mencubanya.

adibuntu
Macam mana? Cantik tak paparan Windows 7 saya sekarang ini? Saya namakan ia Adibuntu kesinambungan wallpaper Adidas (jenama sukan yang amat saya gemari) dan Ubuntu. Adibuntu juga dilengkapi dengan perisian Rainmeter dan Rocketdock yang telah ditweak juga.

Untuk mendapatkan tema Ubuntu bagi Windows 7 anda, bolehlah dapatkan ia di 5 Cara Tukar Windows 7 ke Ubuntu Se7en.

Untuk mendapatkan Rainmeter, boleh dapatkan ia di Rainmeter.net serta skin yang saya pakai untuk Rainmeter adalah Omnimo 3 yang boleh didapatkan di sini.

Untuk Rocketdock, boleh dapatkan ia di sini dan pakej ikon yang saya pakai ialah Frost Icons yang boleh didapatkan di sini.

Selamat mencuba. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan di ruangan komen. Selain itu juga anda boleh mencuba cara yang diajar oleh saudara Syahirul iaitu Ubah Theme Windows 7. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

45 thoughts on “Saya Panggil Ia Adibuntu”

    • erk, aku memang pakai dual boot kot. kadang2 online pakai ubuntu, tapi selalu wat keje pakai windows je. 🙂

      Reply
  1. Pingback: 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 — Blog Mohd Isa
  2. Pingback: Blog paling kerap dilawati 2011 | Denaihati
    • haha, itu aku pakai game booster bila nak buat kerja atau main game. tak pun, aku end process mana2 aplikasi yang tak dipakai. 🙂

      Reply
  3. tak pernah guna ubuntu, tapi nampak cantik plak bila dah tukar…dulu penahla tweak windows jadi apple, skang pakai aje apa yang ada 😉

    Reply
  4. Pingback: ping.yanmieonline.com
  5. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment