Drama Begitukah Cinta Slot Akasia TV3

Hari ini akan bermulalah sebuah lagi drama terbaru dalam slot Akasia di TV3 bagi menggantikan drama Tiramisu yang baru sahaja tamat pada minggu lepas. Drama Begitukah Cinta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama yang mempunyai 24 episod ini telah dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah. Selain itu juga, pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Begitukah Cinta adalah seperti Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, Ramona Zamzam dan ramai lagi.

Begitukah Cinta yang bakal ditayangkan di TV3 ini adalah hasil karya penulisan oleh Sharifah Abu Salem. Ilham penulisan beliau mungkin sedikit sebanyak datang daripada sebuah filem popular lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Ibu Mertuaku. Apa-apa pun jom layan sinopsis drama Begitukah Cinta dalam slot Akasia TV3 ini.

Sinopsis Drama Begitukah Cinta TV3

Nazril yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana. Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.

Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.

Sumber: SEDUT.ORG

Jangan lupa menonton drama Begitukah Cinta yang bakal ditayangkan bermula hari ini jam 7 malam dalam slot Akasia di TV3 sebentar sahaja lagi. Jika anda ingin mendapatkan drama Begitukah Cinta ini, pastikan anda mendapatkannya di SEDUT.ORG. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

38 thoughts on “Drama Begitukah Cinta Slot Akasia TV3”

  1. Pengalaman terlibat dalam 1 Episod (Episod Terakhir) BEGITUKAH CINTA Sungguh menyeronokkan.. Walau memegang watak tambahan tanpa dialog, Ia satu kenangan yang saya tak boleh lupakan selamanya.

    Reply
  2. citer nih mmg bez giler doe(!)touching aq biler tngk citer nih..plakon laki dye pown encem gak..caya r(!)..tp yg x bez dye ade pkul 7..org nk smbhyg maghrib 2..

    Reply
  3. bes la cite ni..hehe, hero heroin pn ok ape..xde msalah la tgk diorg brlakon..cntik n hnsem gitu..hehe,tp 2 la siaran die wmtu mgrib plak 2 yg ssah skit..mntak2 tv3 tkar blik siaran die mcm biase kul 6.30 ptg..

    Reply
  4. Pingback: Slot Akasia Begitukah Cinta TV3 | wazy84[dot]com
  5. ehehehe
    pelakon feveret aku Ainul Aishah Ada berlakon
    btw semalam dapat gak tengok episod pertama cerita ni
    memang best,aku nak copy sinopsis ni eh bro,kredit kepada blog ni dengan sedut,org

    Reply
  6. ala mcm best je tp
    syg x dpt tngk sbb kat rmh x dpt siaran
    rasa nk mrh je
    rasa sedih pun ada..
    nk buat mcm mane
    x ada rezeki…
    “_”

    Reply

Leave a Comment