Bagi yang benar-benar mengenali saya sudah pasti mengetahui saya ini seorang yang aktif bersukan. Bukan sahaja aktif di dalam blog sahaja, malah minat saya terhadap sukan membuatkan saya juga turut aktif dalam bidang sukan.
Antara sukan yang saya pernah sertai untuk mewakili sekolah, daerah, politeknik dan universiti ialah hoki, bolasepak dan olahraga. Banyak juga kejayaan yang pernah dikecapi tidak kira di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Cuma saya tidak berpeluang untuk mewakili negeri dan negara sahaja di atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Terutama saya terpaksa menumpukan perhatian saya lebih kepada pelajaran. Apa-apa pun saya berpuas hati dengan apa yang dikecapi sekarang ini walaupun masih ada sasaran yang belum dicapai.
Sejak tahun lepas sehingga kini saya lebih menumpukan pada sukan olahraga, kerana saya rasa ia lebih memberikan kepuasan kepada diri saya. Selain sihat tubuh badan, ia juga melatih diri saya untuk mengawal mental dan kemampuan saya sendiri. Kerana sukan olahraga lebih mendapat tekanan daripada emosi.
Kalau bersembang dengan orang yang aktif dengan sukan, tahulah ia mengenai mental dalam sukan ini. Terutama sukan olahraga, tekanan kepada diri sendiri. Jika mental tidak kuat, memang agak sukar untuk mencapai kejayaan. Itulah yang sering dikatakan oleh jurulatih saya.
Tekanan bukan sahaja hadir di dalam pertandingan, ia juga datang di dalam sesi latihan. Terpaksa melawan mental yang lemah untuk terus berusaha di dalam latihan, perlu dikawal dengan baik. Barulah kita mampu mengatasi kemampuan diri sendiri jika ingin berjaya. Tambahan pula, sukan olahraga terpaksa menjalani latihan yang berterusan tanpa henti.
Pasti ada yang tertanya acara apa yang saya sertai dalam sukan olahraga ini, maklumlah sukan olahraga ini terdiri dalam pelbagai acara. Jika anda ingin mengetahuinya, sila tanya kepada Roslan Nazri. Seorang blogger yang pernah menonton saya beraksi di atas balapan Universiti Putra Malaysia. Terima kasih Lan sebab sudi datang memberi sokongan. 🙂
Semalam berlansungnya USM Open Relay untuk kali kedua yang menawarkan hadiah keseluruhan RM19,000 dan kejohanan pertama yang saya sertai pada tahun ini. Saya telah menyertai dua acara dan salah satu acara saya telah berjaya menghasilkan satu pingat gangsa berserta hadiah wang tunai RM120. Satu lagi acara bungkus, agak kecewa jugalah rasanya.
Apa-apa pun saya bersyukur dengan pencapaian itu, kerana saya mensasarkan sekurang-kuranngnya sebutir pingat untuk dibawa pulang tidak kira warna apa. Maklumlah, acara relay (lari berganti-ganti) ini lebih kepada kekuatan pasukan dan bukan individu. Seorang buat silap, satu pasukan akan kalah.
Lepas ini kena jalani latihan yang lebih mencabar lagi, kerana banyak lagi kejohanan akan disertai. Terutama sukan MASUM 2011 (Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia) di Universiti Putra Malaysia pada akhir bulan Mei dan awal bulan Jun 2011. Bolehlah Roslan Nazri datang memberi sokongan lagi. 🙂 Adios, majulah sukan untuk Malaysia. 😛
Thanks! 😀
As usual, 3rd USM Open Relay 2012 will be held at Stadium USM on 21st April 2012. Starting from 8.00 am – 10.00 pm
Hopefully u can check out our website for more information such as tentative schedules, categories and prices.
Thanks again 😀
okay, thanks for your information. i will check it as soon as possible.
Salam.
I would like to share the news that 3rd USM Open Relay 2012 is back!!!
Join us at Facebook: http://www.facebook.com/usmopenrelay
or our blog
http://usmopenrelay2012.blogspot.com/
Do share n spread the news.Thanks 😀
pssst: The total prize money is now RM 23, 100. Join us now!!!
thanks nadiah, insyaAllah. i will share about this, please tell me a detail about date, categories and prices. thanks again. see you. 🙂
terbaiklah bro…paling tidak membuahkan hasil juga…
4×100 ek…4×400 bro tak masuk ke?
moga terus sukses dalam bidang yg diceburi…
pssst…rindu zaman sekolah2 dulu… 😀
usm open relay takda 4x400m…dia buat event yg takda dalam sukan biasa…4x100m tu mix…2 laki 2 perempuan…kalau sukan biasa…ada gak masuk…
ooo..faham2…tapi first time dengar mix lari berganti-ganti ni…lebih mencabar tak kalau mix…ye ke bro?
usm open relay memang buat acara berganti-ganti selain daripada acara olimpik. memang agak mencabarlah, maklumlah. berlari dengan perempuan, rentak dia lain sikit. 🙂
wahh tahniah la bro
kalau ada rezeki ,teringin gak nak tengok ko beraksi masa sukan nanti
terima kasih bro, datanglah bro. byk event yg aku akan masuk nnt. bulan 3 ni olahraga tertutup unimap plak. dtg la tgk aku lari. hehe
setuju sangat dengan pendapat ko bro, sukan olahraga mental lain macam..lebih pada kena lawan mental diri sendiri…tengok lawan badan taff sikit, dah psiko, tgk dia punya spike shoes..dah psiko, hahaha
aku tak tahan mental olahraga nie, masuk 1 circuit masum je, balik terus quit…hahaha..tahniah menang, aku taw ada acara nie..tapi hari sabtu..huhu, tido je la..tak taw plak ko masuk…pe2 pun, tahniah!!
haha, tahu takpa bro. coach aku selalu ckp pasal mental ni. tambah kalau g event, tgk org wat drill yg kita tak pernah buat. sibuk nak buat juga, aku pernah baca pasal legend jumping malaysia. dia g sukan olimpik, tgk pelompat china. rileks jerk pakai kasut getah pun boleh menang pingat.
kalau g masum lagilah, kena lawan star2 malaysia. tahun ni masum wat karnival plak. best nya, tak sabar nak g. hope jgn injured sudah. hehe, rugilah bro tak dtg aritu. kalau tak boleh jumpa. hehe, terima kasih bro.
Tahniah bro.. Tahun depan mai lagi usm.. 3rd USM Open Relay.. hehe…
terima kasih, erk. ko dak usm ke? tahun depan maybe aku tak masuk kategori ipt dah kot. sem last dah ni. hehe, klu masuk pun. maybe masuk open.
Em, aku dak usm. Ken Vun tu kitorang punya kapten utk Kelab Olahraga USM.. Aritu aku x masuk team USM, masuk under interdesa je sbb aku jadi ajk utk open relay aritu.. Lainla star cam korang leh wakil U.. Huhu..
oic, tak perasan plak aku. interdesa pun ok apa aku tgk. laju gak korang lari. hehe…takpa, ko training la lg. boleh jumpa kat masum nnt. 🙂
wah, tahniah dapat pingat. usaha lagi supaya dapat pingat peringkat masum pula. sayang, saya dulu tak berpeluang nak ke masum. sekadar jadi pelapis je
insyaAllah bro, itulah target saya sebelum ini. 3 tahun mencuba di masum. tapi tak berjaya menghasilkan pingat lagi, plg bagus pun tahun lepas. no.4 untuk 200m, skit lg jerk. kecewa pun ada.
Tahniah2.. Jai dh kje, langsung x bersukan dah.. Main dart kat ofis, mna peluh beb, lelama kena sakit jantung..hu3
haha, jgn camtu jai. luangkanlah masa skit tuk bersenam, sebelum atau selepas kerja. baru sihat tubuh badan. 🙂
Jai rasalah, senaman jari je Jai banyak buat sebab layan blog kat ofis, balik umah dah tentu penat, tido jelah.. Tme2 cuti boleh kot.. Seminggu sekali jelah senam, itupun kalo xde pape nak buat…
Umah Jai tingkat 5, xde lift, kira senaman jugak la tu kan, senaman tangga..ha3
haha, dah agak dah. biasalah tu jai, bila dah kerja. tp tak salah kalau jai duk opis pun boleh bersenam apa. bangun duduk dari bangku jai duduk sekarang pun dikira bersenam. 🙂
pergh…tinggi tu takda lift. ok la tu, kalau dah 3 kali keluar rumah. 3 kali la jai mendaki yerk. hehe
pergh tahniah2..hebat nie..pas nie masuk sukan sea pulak..hehe 😀
sukan sea? haha, umur dah lanjut kot. haha
ak setakat wakil rumah ja dulu.haha.plg best pun wakil sekolah bolasepak
haha, ko sek mana dlu. yg aku tau kat perlis ni, ssn sek syed hassan la paling power pun.
yup kat perlis syed hassan dgn syed alwi power sukan
aku ada sembang dengan cikgu syed hassan, semua budak sukan di syed alwi dorang dah tarik. tinggal syed hassan jelah, maklumlah SSN Perlis.
perghh…
ini dikatakan semangat kental bersukan
mesti badan tuff..ekeke
takdanya tuff sgt kot, kurus adalah. jenuh nak kasi naik badan ni, makan byk mana pun sama jerk. haha
Emm, apa2 sukan pun.. mental kene kuat.. 🙂
tahu takpa, tapi sukan olahraga ni mental dia lain macam skit bro. 😛
niceeeeeeeeeeee.
acara apa tu menang, tade tulis pun bro
terima kasih bro, haha…saja tak tulis. nak tgu org tya, acara 4x100m mixed. 🙂