Teknik SEO blog terkini? Rasanya pada saya tidak jauh beza dengan teknik SEO sebelum-sebelum ini. Yang menjadi perbezaan, pengiraan atau algoritma daripada sesebuah enjin carian sahaja terutama Google.
Bagaimanapun, teknik SEO blog umpama sebuah puzzle yang harus diperbaiki dan diubah sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, teknik SEO ini juga terpaksa mengikut rentak enjin carian seperti Google yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki algoritma mereka agar keputusan carian (SERP) adalah lebih tepat.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 10 teknik SEO blog terkini yang boleh dianggap sebagai peringatan kepada pembaca terutama rakan-rakan blogger yang sering tercari-cari apa itu SEO sebenarnya.
10 Teknik SEO Blog Terkini
- Gunakan tajuk/title yang relevan dan bebeza serta bersesuaian dengan kata kunci/keyword yang digunakan dalam sesebuah laman atau artikel.
- Tulis artikel yang menarik dan utamakan kandungan penulisan yang asli. Hindari perbuatan plagiat (kecuali fakta). Tulis artikel yang benar-benar menarik dan mampu menarik minat pembaca untuk menghabiskannya. Jangan lupa masukkan kata kunci yang disasarkan.
- Gunakan anchor text untuk link ke artikel yang berkaitan (inbound link). Anda juga boleh menggunakan plugin SEO Smartlinks.
- Pastikan blog atau laman anda mudah dimasuki, laju dan pantas (fast loading). Ini kerana page load menjadi salah satu faktor penentu dalam SERP di Google.
- Kemaskini atau tambah artikel blog anda secara berkala, sehari sekali pun jadilah.
- Tema atau rekabentuk sesebuah blog juga memain peranan, pastikan ianya mesra pengunjung dan juga mesra SEO. Melalui pengalaman saya, Thesis dan Genesis merupakan salah sebuah tema yang benar-benar mesra SEO.
- Bina backlink yang berkualiti dan bukannya dengan kuantiti yang banyak sahaja.
- Gunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mempromosikan artikel atau blog anda sebaik-baiknya.
- Lebih menarik lagi jika anda tambahkan video di dalam artikel anda, agar ianya menarik minat pembaca untuk berkunjung dengan lebih lama.
- Terbaru dan terkini, pastikan blog anda bersedia dengan pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar. Saya menggunakan plugin MobilePress, mudah dan ringkas untuk pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar.
Apa macam? Menarik atau tidak 10 teknik SEO blog yang saya kongsikan di atas? Bagaimana pula dengan pendapat anda? Pasti anda juga mempunyai teknik SEO tersendiri, kongsikan dengan saya melaui komen di bawah. Teknik SEO Blog
terima kasih atas perkongsian….
tips yang amat bagus ini bro terima kasih kerana sudi berkongsi.
sama-sama, semoga perkongsian teknik seo ini dapat membantu saudara. 🙂
Pendekatan yang baru dalam SEO, bagus utk newbie seperti saya!
pening study bab seo ni..ciktom install jgk plugin MobilePress tue..
yg no 10 tu 1st time dengar 🙂
terimakasih tips nya boss..
saya masih perlu banyak belajar lagi ni..
Terima kasih perkongsian ilmu yang baik.
Entry ni bener2 maknyos, mengupas tuntas soal teknik seo
nice share agan..
banyak perlu belajar lagi..
Huhu.terbaik la bro.hehe
semua tips SEO utk pengguna WP.. cuba buat tips kalau guna blogspot mcm aku… Ada bran?? hahahahaa..
Thanks ya Isa.Thumbs up Isa..
terbaikkk
terima kaseh bebanyak bro =)
Assalam…
Bagus teknik tu..
Ada kalanya iklan terapung juga mengganggu pembaca jika tidak menggunakan mobilepress. Hanya nampak iklan bila buka sesetengah blog melalui smartphone…
terbaik .. hehe .. byk g kna bljaq nie ..
Terbaik bro….
aku guna hentam seo aje. haha..
Terbaik….. Google algorithm sentiasa berubah… jadi SEO teknik kena sentiasa diperbaharui
Terima kasih dengan perkongsian ini. Saya amat memerlukan tip begini untuk menaikkan laman web saya. Semoga tuan dipemurahkan rezeki.
terbaik la, berkenaan tema reka bentuk blog, paling sesua dengan Genesis..hikhik tunggu sidia kacak rupawan bagi 😛
dan apa nama plugin yang vote tu eea? nak kena tanya shah danial ke
dan lagi..
terimakasih atas perkongsian:)
bagus tips ni bro. ada idea untuk penulisan akan datang.
wow info yang berguna kepada saya ni,hurm camne ekk nk cari backlink yg berkualiti..??
terkini dan selamanya.. memang byk lagi yg perlu sy belajar lagi..