Workstation Yang Sempurna Buat Designer

Setiap pereka atau designer mempunyai stesen kerja mahupun seorang blogger seperti saya. Tidak kira di pejabat atau di rumah. Kali ini saya akan kongsikan infografik ilustrasi yang menarik dan mungkin idea menarik untuk diamalkan.

Bagi seorang designer, mereka lebih cenderung untuk menyediakan sebuah workstation dengan cara tertentu dan terbaik untuk kesesuaian diri mereka sendiri. Begitu juga dengan saya sebagai seorang blogger picisan. Workstation adalah penting untuk meningkatkan semangat dan mutu semasa menulis.

Workstation seseorang juga mampu melahirkan anggapan orang lain terhadap personaliti designer tersebut. Mungkin dari segi mutu kerja yang dihasilkan dan penulisan mungkin bagi seorang blogger seperti saya.

Jadi workstation yang bagaimana ideal dengan anda? Adakah workstation yang menimbun dengan dokumen, majalah dan alat tulis? Jom lihat ilustrasi di bawah yang mungkin memberi sedikit idea kepada anda untuk menyediakan sebuah workstation yang sempurna.

The Perfect Designer Workstation

The Perfect Designer Workstation
*klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Menarik bukan, sampai lima monitor diguna. Saya di rumah hanya guna dua monitor sahaja, itu pun dah memeningkan. Anda pula bagaimana? Adakah serupa dengan Encik Titan dengan meja SOHO? I love my workstation.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

22 thoughts on “Workstation Yang Sempurna Buat Designer”

  1. Buat masa sekarang aku on9 guna tablet saja, laptop adik dah ambik. Tu aku kurang produktif sikit blogging sekarang. Home PC aku rasa tak selesa sebab besar sangat skrin. Takpa tengok next year macam mana. Hehe 🙂

    Reply
  2. Aku takde workstation khas sebab sentiasa bergerak sana sini.. Kadang2 buat kerja kat Starbucks.. kadang2 kat kedai mamak, kadang2 terperap kat opis je pagi sampai petang.. Teringin jugak nak ada workstation macam ni..

    Reply
    • Kira ok la tu, sy pun workstation depan tv sahaja. Maklumlah, bujang lagi. Duduk sorang plak tu, so tak kisah workstation depan tv lagi. Cuma dah kawen nnt, maybe nak kena ubah masuk bilik plak la. hehe

      Reply

Leave a Comment