Facebook merupakan sebuah laman sosial yang popular masakini, dari hari ke hari semakin ramai penggunanya. Begitu juga pengguna di Malaysia, dari kecil sehinggalah dewasa. Pasti memiliki akaun Facebook.
Kali ini saya akan kongsikan tip pengguna Facebook yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman yang banyak menyentuh panduan buat umat Islam dalam bersosial di laman sosial, terutamanya Facebook.
Tip Pengguna Facebook
- Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui penulisan, video, audio dan sebagainya.
- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dsb. Cukuplah sekadar menyatakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
- Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook.
- Jaga aurat dan pandangan mata. Jgn memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.
- Elakkan ghibah (mengumpat) dlm Facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara itu sendiri haram hukumnya.
- Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.
- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar “suka-suka” atau sebaliknya.
- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dlm aplikasi percuma Facebook, sama ada atas dasar “suka-suka” atau sebaliknya.
- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.
Begitulah sedikit sebanyak tip yang telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin mengenai penggunaan Facebook, khususnya buat umat Islam yang telah ramai menggunakan Facebook. Gunakan Facebook sebaik mungkin, terutama dalam menyampaikan sesuatu yang baik.
Tip Pengguna Facebook
bagus3 idea yang bernas
boleh diamalkan. 🙂
tips yang sangat baik untuk di share…tq
most welcome bro. 🙂