Faktor kelajuan sesebuah laman atau blog adalah suatu perkara penting yang perlu diambil berat. Ini kerana kelajuan laman dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk melayari laman atau blog anda. Jika saya salah, sila betulkan.
Dalam masa yang sama juga, kelajuan laman web atau blog juga telah dimasukkan ke dalam algoritma pengusunan populariti oleh sebuah enjin carian yang ternama iaitu Google. Ini telah dinyatakan di dalam artikel “Using site speen in web search ranking” di Google Webmaster Central Blog.
Ini telah menyebabkan beberapa pembangun lawan web dan blog mulai resah mengenai kelajuan laman web atau blog mereka. Termasuk juga saya, pelbagai cara yang telah dilakukan untuk memastikan kelajuan blog ini meningkat sepantas yang mungkin. Teringat pula artikel sebelum ini mengenai Hello Bar yang saya gunakan di blog ini, agak-agak melambatkan kelajuan blog ini tak?
Di sini saya ingin kongsikan 6 langkah bagi meningkatkan kelajuan laman web atau blog anda yang telah disediakan oleh Kripkorn Studios. Antara langkah-langkah yang telah disediakan adalah:
- Kecilkan Saiz Gambar Yang Digunakan
Satu elemen yang pasti boleh dilihat dalam mana-mana laman web atau blog iaitu gambar. Oleh yang demikian anda dinasihatkan agar dapat menggunakan gambar yang bersaiz kecil. Seelok-eloknya cuba gunakan perisian seperti Adobe Photoshop untuk menghasilkan gambar yang hampir sama dengan kualiti gambar asal tetapi mempunyai saiz gambar yang lebih kecil. Jika boleh gunakan jenis fail seperti .GIF dan .JPEG dalam laman web atau blog anda berbanding dengan .BMP dan .PNG yang menghasilkan saiz gambar yang lebih besar.
- Buang Elemen Yang Tidak Perlu
Cuba buang dan elakkan penggunaan elemen yang tidak perlu seperti elemen multimedia yang terlalu banyak di dalam laman web atau blog anda. Elemen multimedia yang sering digunakan adalah seperti “flash” dan “animated gif“. Penggunaan elemen ini memerlukan masa yang lebih untuk dimuat turun. Guna alternatif lain untuk menggantikan elemen-elemen tersebut seperti menggunakan tajuk kandungan yang menarik dan susunan kata yang lebih teratur. Penggunaan elemen JavaScript dan AJAX juga mampu mengurangkan kelajuan laman anda, jika boleh kurangkan penggunaannya. Antara risiko penggunaan elemen ini adalah berlakunya ralat dalam pengaturcaraan yang boleh menyebabkan kelembapan laman anda.
- Hasilkan Kandungan Yang Standard
Cuba elakkan penggunaan elemen ketiga seperti PDF atau “flash embedded” di dalam laman web atau blog. Ini kerana pelayar (browser) terpaksa menggunakan plugin tertentu untuk membuka elemen tersebut. Jika komputer pengguna yang agak ketinggalan, sudah tentu masa yang diperlukan lebih lama. Cuba gunakan elemen HTML yang biasa dalam menghasilkan sesuatu kandungan laman web atau blog tersebut. Penggunaan teks biasa (plain text) adalah lebih professional berbanding anda menggunakan sepenuhnya gambar dalam mencorakkan laman web atau blog anda. Bagaimana untuk hasilkan satu laman web atau blog yang menarik tetapi dipenuhi hanya dengan teks adalah memasukkan elemen warna pada kata kunci supaya pengguna tidak hilang arah dan letakkan tajuk-tajuk penting pada permulaan teks yang panjang.
- Penggunaan Koding Yang Betul
Sekiranya anda tidak begitu mahir dengan bahasa pengaturcaraan laman web, cuba gunakan perisian-perisian seperti Dreamweaver atau Front Page bagi membantu anda. Salah satu sebab kelembapan laman web atau blog dibuka kerana terdapat banyak kod-kod yang tidak sah digunakan dan tidak diuruskan dengan sempurna seperti tiada tag penutup, script tergantung dan elemen-elemen yang dipanggil tidak sah. Keadaan ini akan lebih bertambah buruk kerana bot-bot akan terus meninggalkan laman web atau blog anda seandainya terdapat ralat atau penggunaan kod yang tidak menetapi syarat standard dunia.
- Server Terbaik
Kualiti server atau pelayar juga adalah amat penting, terutama dalam menentukan pembaca laman web atau blog anda dari mana. Jika target pembaca anda adalah rakyat Malaysia, silalah gunakan server di Malaysia. Memang tidak dinafikan, sebelum anda memuat naik dan menjalankan sepenuhnya laman web atau blog anda, pastikan server yang anda beli mempunyai keupayaan yang sempurna bagi menyokong laman anda. Ambil sedikit masa untuk melakukan tinjauan terhadap mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Kaji selidik sepenuhnya mengenai keupayaan server tersebut dari pembeli-pembeli yang sudah dan jangan terlalu ghairah dan terpengaruh dengan sebarang promosi yang diberikan. Kerana ramai di antara kita yang begitu taksub dengan promosi yang diberikan terlalu murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan, terus membeli tanpa mengkaji sepenuhnya keupayaan server tersebut. Saya cadangkan anda menggunakan ServerFreak, anda boleh dapatkan pakej hosting di Malaysia ataupun USA.
- Content Management System
Akhir sekali mengenai perisian web yang anda ingin gunakan untuk membangunkan laman web atau blog anda mestilah yang efisien. Perisian web yang popular adalah “Content Management System” (CMS), pelbagai jenis, nama dan fungsi CMS telah dihasilkan dan masing-masing bersaing untuk menunjukkan keupayaan dan kehebatan tersendiri. Pastikan anda memilih CMS yang betul dan sesuai dengan projek atau laman web yang anda ingin bangunkan. Tersalah pemilihan CMS dari awal mungkin akan menyebabkan proses pembukaan laman web kurang berbanding dengan harapan yang anda letakkan. Untuk membangunkan sesebuah blog, saya cadangkan anda menggunakan WordPress. Memang terbaiklah. 🙂
Jika diikutkan banyak lagi kaedah atau langkah-langkah untuk meningkatkan kelajuan sesebuah laman web atau blog. Terutama kepada pengguna CMS WordPress, terdapat pelbagai plugin yang telah disediakan untuk meningkatkan kelajuan blog.
Saya akan cuba terangkan lagi dalam artikel yang akan datang, pastikan anda melanggan Blog Mohd Isa melalui emel untuk mendapatkan update terkini terus ke inbox anda. Jangan lupa juga untuk LIKE page Mohd Isa Network dan follow @mohdisa di Twitter. Terima kasih. 🙂
terima kasih atas infonya…
payah jugak nak buat yang nombor belakang2 tu..
buat nombor belakang2, maksud bro? hehe, sori kurang faham skit ng komen ni…:)
salam bro, bleh tolong tengokkan blog zida tak? laju ke slow? sebab hari tu ada member komen lambat gila loading. huhu
boleh cek dekat http://www.iwebtool.com/speed_test cubalah.
tq 4 da good info..
=D
most welcome. 🙂
menarik..
salah satu blog berat gambar la, banyak sangat.hehe
tahu takpa, sila cek blog ko. kekadang byk gak gambar, tp its ok utk tutorial. ada gambar lagi sng. 😛
untuk menyampaikan maklumat dengan cepat sebagai seorang blogger wordpress adalah tempatnya… aku bukan kata keupayaan blogspot atau lain2 tak bagus… kesemuanya ada kelebihan dan kekurangannya… cuma tahap kepuasan maksimum memang wordpress… sekadar pendapat… harap maaf kalau ada yang tak setuju…
tahu takpa, rata2 pengguna wp sekarang pernah menggunakan blogspot. termasuk aku, bukan saja2 nak berkata2 yerk. 🙂
banyak benda aku kena improve lagi… buang lemak apa yang tak patut nih.hehe..
aku pun terasa macam nak buang lemak kat blog eheh. nice one bro isa…byk manfaatnya entri ni
thanks bro, hopefully will help for all. just sharing. 🙂
haha, tahu takpa. lemak kat blog aku pun makin lama makin byk. tiap2 hari nak kena adjust balik. 😛
satu lagi kurangkan guna plugin, guna yang penting2 je, kena memilih sketla 😉
betul tu bro, kalau boleh tak payah guna plugin lg bagus. tp tak selamat. hehe
Blog sy pun nak kena timbang ni.. gambar tu yg buat berat .. imageshack atau Photobucket mana satu yg ok
kalau diikutkan better upload gambar kat hosting sendiri, lagi laju. tp kalau nak jimat ruang, imageshack lagi better rasanya. tp skg tgk imageshack dah cuba nak jimatkan bandwidth, byk blog yg sy masuk. lihat imej yg hosting kat imageshack kena regester domain dlu. tak tahulah betul ke idak.
Blog Jai pun dah semakin pening, makin hari main slow, agaknya dah berumur kot..wahahaha.. Cemna yer kalau nak detect script yang x guna dalam page kita. Yelah, senang sikit, buang je kalau dah tau mmg x guna.. Cara tu blh lajukan lagi ke blog?
ia bergantung pada template gak.. tadi daus tengok blog jai.. ada flash headerkan?
rasanya itulah masalahnya 😛
betul tu daus, better cari template atau theme yg kurang menggunakan imej. kalau boleh jauhkan dari penggunaan flash. 🙂
Owh.. Pasni nak kena usha theme barulah.. Tapi nak kena amek masa sikitlah.. Nak adjust Jai pening2 sikit..hu3
biasalah tu jai, kalay nak tukar theme kena luangkan masa skit. carilah theme yg betul2 sesuai yerk. kalau boleh test dlu kat localhost. 🙂
blog jai ok, cuma itulah. maybe byk image dan penggunaan flash header. itu antara faktor yg menyebabkan lambat sedikit, script tak kisah sgt, jji script itu betul. kalau nak bagus lg, guna plugin WP Minify untuk compress script tu. 🙂
Tiba2 rasa blog aku makin slow jer loading..
slow ke? aku rasa laju kot dari aku. haha
Hmmm…agak2 bro, berape berat blog yg ideal dgn kelajuan laman yg sesuai…ramai dh citer bab2 ni,tp tak jumpe lagi yg inform pasal berat blog tu….
btw, nice entri bro…thanks.
ikut aku, bukan beratlah. tapi saiz file keseluruhan sesebuah blog untuk loading. better bawah 25kb…sure laju punya. 🙂
Tengs bro…tapi bawah 25kb…hualamak…banyak kene buat diet tuu…
hehe, memang byk kena wat diet tu. kalau boleh widget yg tidak diperlukan tu letak pada page lain. macam rss utk blog lain tu, itu dah melambatkan. itu yg terbaiklah, better letak dalam page jerk. 🙂
thanks bro..nice info
most welcome…
aku kalo post entri sure ada gambo…
tapi tu lah,macam besaq sgt kot…
lps nie kene kasi adjust sikit
haha, samalah. aku kalau boleh nak taruk gambo bebanyak. boleh byk citer skit. tp tenet slow, nak upload pun kurang. hehe
wahhh brother isa
memang best.. arigato asante
haha, sama-sama. hope dapat memberikan pengajaran kepada semua. 😛
yup, gambar di blog juga main peranan dalam berat blog, oh, nak tambah sikit 😛
cara lain – Letak jquery lazy load ..
dan 1more things, ini saya dah buat experiment mengunakan beberapa buah blog. wp self hosting dan blogspot..
ternyata wordpress lagi ringan dari blogspot .
jadi gunalah wordpres..
jquery lazy load pun ada kekurangannya juga, tambah pula bila kita letak ads atau banner di sidebar…kita kena load semua pic di content…baru banner kat sidebar tu kuar….rugikan…hehe
aku try guna gak lazy load tu… tp mmg betul2 lazy la haha sampaikan imej dlm bahagian admin pun kena 2-3 kali refresh baru kluar hehe
jquery lazy load tak dikemaskini utk WP versi 3.0 ++ kalau tak silap kan bro?
entahlah, aku sendiri tak berminat nak pakai lazy load. maklumlah, aku sendiri tak gunakan imej yg banyak. aku pernah pakai sekali jerk, pasti macam tak menariklah plak. terus aku buang. hehe
Sebenar nya boleh setting utk tidak bagi banner di sidebar dari menggunakan fungsi lazy load tu..
ada yerk, aku tak perasan plak. aku tak guna dah pun, mcm tak perlu jerk. maklumlah, content aku takat satu gambor jerk. hehe
thanks kerana share tips yg sgt bergune nie…
most welcome…:)
saya baru perasan bro guna wp-minify. saya guna wp-minify untuk twenty ten theme tapi tak compatible.
itulah, tak semua plugin akan compatible dengan theme yang digunakan. so kena pandai memilihlah. 🙂
Salam…
Rasanya blog saya ok tak? dah buang semua widget yg tak perlu. Cuma H1 dan H2 je belum ada jln penyelesaian lagi. Tak tau nak buat macam mana nak bagi benda tu kuning atau hijau..
salam, baguslah kalau macam tu. penting untuk H1 dan H2 tu, tak kisahlah kaler apa pun. jji ada. 🙂
arghh byknye kene blaja dr ko ne bro.. tq utk info.. tertunggu2 utk next tutorial.. bro, ade x senarai theme blog yg best sket?
most welcome bro, aku guna thesis theme jerk. mudah nak up seo, mesra seo la katakan. tp kalau ko nak theme lain, aku suggest cari kat http://www.free-premium-wordpress-themes.com/
situ byk theme utk dipilih…tp itulah, dia nyer footer tak leh buang…hehe