Awak Suka Saya Lagi Suka

Dalam hidup ini ada perkataan suka yang mana lawannya adalah duka atau tidak suka. Tidak kira kita suka kepada sesuatu atau seseorang, apa yang pasti perasaan suka itu akan membuatkan hati kita senang dan menimbulkan perasaan keinginan.

Kalau dalam perhubungan atau bahasa lain relationship, mestilah ada perasaan suka di antara satu sama lain. Barulah timbul “Awak Suka Saya Lagi Suka” dalam perhubungan tersebut, tidak kira ikhlas atau tidak. Yang penting perasaan suka itu timbul dalam diri masing-masing.

Itu kisah suka di dalam kehidupan, bagaimana pula dalam dunia maya ini? Pasti ada suka dan tidak suka juga bukan. Terutama dalam dunia blogging yang penuh persaingan, ditambah pula butang SUKA (LIKE button) di Facebook. Hampir semua blog sudah memasang butang suka di dalam blog tersebut.

Terutama kepada blogger yang sudah membuka sebuah laman (page) di Facebook dengan erti kata lain membina sebuah empayar untuk blog atau diri mereka sendiri. Begitu juga saya, membuka sebuah laman yang diberi nama Mohd Isa Network di Facebook. Sudah agak lama rasanya, tapi yang tekan butang suka anda boleh lihat di sebelah ataupun di bawah ini.

Awak Suka Saya Lagi Suka
Sebanyak 800 orang sudah menekan butang suka (LIKE) untuk mengikuti saya di laman tersebut. Satu angka yang agak sukar untuk dicapai jika dibandingkan blogger lain, mana tidaknya. Kalau masuk blog lain, ada sampai beribu-ribu. Tengok sahaja empayar Oh! Media Network, sampai beratus ribu. Mampukah saya untuk mencapai angka sebegitu?

Itu kisah laman Facebook dengan butang suka, bagaimana pula dengan pelanggan blog ini melalui Feedburner. Jika diikutkan memang boleh dikatakan agak besar jugalah angkanya, seramai 250 orang yang sudi melanggan Blog Mohd Isa. Terima kasih diucapkan, semoga ianya akan bertambah lagi dengan adanya Hello Bar di atas nun. 🙂

Nota: Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel sebelum ini iaitu Facebook Lawan Twitter Mana Lebih Hebat?

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

16 thoughts on “Awak Suka Saya Lagi Suka”

    • bab ni malas sgt nak promote, siapa nak. follow je la. tiada paksaan, fan page ko pun aku tgk makin hari makin byk LIKE nyer. 😛

      Reply
    • tahu takpa, biasalah manusia. org buat, kita pun nak buat. saja suka2. mana tahu boleh mendatangkan faedah pada kita. 🙂

      Reply
  1. Pingback: Tweets that mention Facebook VS Feedburner — Blog Mohd Isa -- Topsy.com

Leave a Comment